Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, June 12, 2015

PAS - SUDAH MEMULAKAN LANGKAH KELUAR



Kecewa dengan barisan ulama, pemimpin akar umbi PAS Negeri Sembilan letak jawatan

Beberapa pemimpin akar umbi PAS Negeri Sembilan hari ini mengumumkan akan keluar parti Islam itu susulan keputusan muktamar tahunannya minggu lepas yang menyaksikan barisan kepimpinannya disapu bersih oleh golongan konservatif dalam parti.

Dalam satu kenyataan hari ini, 5 pemimpin PAS bahagian Jelebu berkata, haluan baharu parti itu melenyapkan harapan rakyat untuk melihat tumbangnya kerajaan Umno/Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

Mereka ialah Ketua Pemuda PAS Jelebu Mohd Faizal Fadli Idrus, Pengarah Pilihan Raya PAS Jelebu Saiful Bahri Jaaman, Setiausaha PAS Ladang Jelebu Maslan Mohamad Yusof, Ketua Penerangan PAS Geylang Raniman Rani, dan Bendahari PAS Bandar Klawang Omar Othman.

Saiful Bahri ketika dihubungi berkata, turut keluar parti ialah Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampai/Kuala Pah Farid Rohan, Ahli Cawangan Geylang Zali Yatim, serta 5 lagi ahli PAS yang lain.

Kenyataan yang ditandatangani mereka berlima menyatakan, imej dan kredibiliti PAS "tercalar" akibat keputusan muktamar yang menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP.

"Kami hilang sepenuh keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan PAS 2015 - 2017 yang baru dipilih dalam Muktamar Agung PAS ke-61 baru-baru ini," kata mereka.

Mereka berkata, PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti itu hanya untuk membuat pembersihan menyeluruh PAS daripada pimpinan blok progresif.

Saiful bagaimanapun menafikan dakwaan tindakan mereka dibuat kerana ditaja pihak luar termasuk Umno dan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

Beliau juga menafikan pihaknya akan menyertai badan bukan kerajaan (NGO) itu atau mana-mana parti lain dalam PR mahu pun Umno.

"Kami menyatakan dengan tegas, kami tidak akan masuk Umno dan tidak ditaja oleh Umno.

"Ada pihak tertentu yang cuba nak batalkan sidang media kami tadi dan mendakwa kami sewa hotel pakai duit luar.

"Tapi kami dah beritahu, tetap nak keluar PAS. Jadi maknanya, tidak ada pusingan U," katanya yang membuat keputusan itu selepas berbincang dengan Yang Dipertua PAS Jelebu, Bakri Shawar.

Mengulas muktamar PAS, Saiful berkata pihaknya kecewa kerana amalan label-melabel "jebon", "parasit" dan "munafik haraki" berleluasa dalam parti, malah tidak ada tindakan diambil pemimpin tertinggi untuk menyekat perkara itu.

Katanya, akar umbi juga mendengar khabar angin PAS ingin bergabung dengan Umno, serta melihat parti seakan hilang arah apabila agenda rakyat tidak lagi menjadi keutamaan semasa bermuktamar, sebaliknya menyerang sesama ahli.

"Ura-ura nak bergabung dengan Umno dah ada. Ini sensitif. Kita memang tidak suka nak bergabung dengan Umno.

"Apa agenda muktamar yang memperjuangkan rakyat? Tiada. Cuma 'bantai' kawan-kawan sendiri," katanya yang menjadi ahli PAS hampir 20 tahun.

Katanya, hubungan PAS dan DAP di Negeri Sembilan sebelum ini amat baik, dan mengakui keputusan muktamar PAS itu turut menjejaskan hubungan antara PR di peringkat negeri dan akar umbi.

Katanya, DAP dan pengundi Cina semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu banyak memberi undi kepada PAS terutamanya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang apabila hanya tewas dengan majoriti 282 undi kepada BN.

"Saya rasa kalau tidak putus (tahaluf siyasi) dengan DAP, kita menang DUN Klawang pada PRU akan datang. Parlimen Jelebu juga kita boleh ambil, tetapi bila dah macam ini payah," katanya.
-TMI


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA