Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, June 13, 2015

LAGI KENYATAAN " TIDAK CERDIK " SEORANG MENTERI

Kenyataan Nazri Aziz bahawa dia adalah antara orang yang paling gembira bila ringgit jatuh menjadi viral malam ni di media sosial.

Ramai menyelar kenyataan tersebut dan menyifatkan ia adalah kesinambungan pernyataan kurang masuk akal oleh para menteri yang seangkatan dengannya.

Walaupun kata-katanya tertakluk dalam ruang lingkup pelancongan, persepsi yang diciptakan olehnya ternyata sangat mengundang kemarahan.



Saya antara yang paling gembira bila ringgit jatuh' - Nazri Aziz
NAZRI: Kejatuhan ringgit juga menyebabkan rakyat Malaysia berfikir dua kali sebelum melancong ke negara lain, terutama sekali ke negara seperti UK. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini berkata beliau merupakan antara individu yang paling gembira apabila nilai ringgit mengalami kejatuhan.

Menurut beliau, ini kerana pelancong dari negara yang nilai wangnya lebih besar seperti United Kingdom and Eropah akan membelanjakan wang mereka di Malaysia dengan lebih kerana nilai pertukaran yang tinggi.

“Ringgit semestinya membantu Malaysia, seperti yang saya katakan tadi semasa ucapan penggulungan, saya merupakan antara beberapa individu yang gembira bila ringgit jatuh,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.

Katanya, pelancong-pelancong tersebut akan berasa mewah dan seperti orang kaya apabila melancong ke Malaysia.

Selain itu, kata Nazri, kejatuhan ringgit juga menyebabkan rakyat Malaysia berfikir dua kali sebelum melancong ke negara lain terutama sekali ke negara seperti UK.

“Jadi ianya mahal dan mereka akan membelanjakan wang mereka di sini sebagai pelancong tempatan… dan itu menjadikan saya amat gembira. Saya sangat gembira,” katanya.

Beliau juga menjangkakan sektor pelancongan tempatan akan menyaksikan penambahbaikan yang banyak dalam beberapa bulan nanti.

Ringgit baru-baru ini menyaksikan lagi kejatuhan apabila ia ditutup pada paras paling rendah dalam tempoh sembilan tahun berbanding dolar Amerika pada Isnin lalu.

Ringgit berada pada 3.7660/7690 berbanding 3.7170/7200 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA