A Kadir Jasin
APABILA peruntukan kepada sebuah kementerian sosial yang sangat penting seperti Kementerian Kesihatan dipotong, kita tidak dapat mengelak daripada berfikir bahawa sesuatu yang sangat buruk sedang berlaku kepada negara kita.
Menteri Kesihatan, (Datuk Seri) Dr S. Subramaniam dilaporkan berkata peruntukan kementerian beliau tahun ini dipotong RM300 juta “akibat kejatuhan harga minyak di pasaran dunia”.
Beliau berikrar pemotongan itu tidak akan menjejaskan rawatan kesihatan kerana kementerian “akan mengurangkan majlis mewah (lavish functions) dan penyertaan dalam persidangan.
Majlis mewah? Saya tidak tahu pula kementerian, jabatan dan agensi awam diberi peruntukan untuk “majlis mewah”.
Tetapi saya tahu ada majlis pecah tanah dan letak batu asas yang dihadiri Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak dan pembesar atasan menelan belanja hingga RM1 juta atau lebih.
Ini tidak memeranjatkan kerana satu dunia sudah tahu betapa boros dan mewahnya gaya hidup Perdana Menteri kita dan keluarganya walaupun Allahyarham bapanya, (Tun) Abdul Razak Hussein, terkenal sebagai seorang yang jimat (frugal) dan enggan menggunakan duit negara untuk keselesaan keluarganya.
Tetapi sekarang, Perdana Menteri kita bukan saja boros membelanjakan wang negara – seperti membeli-sewa jet eksekutif Airbus A319 dan pergi bermain golf di Hawaii dengan jet negara – tetapi tidak keberatan menerima tajaan daripada pihak lain.

Kenduri Kahwin Anak PM Ditaja?
Tidak cukup dengan duit negara dan duit yang kononnya
berpunca daripada harta pusaka keturunannya (family legacy), beliau juga
nampaknya tidak segan silu menerima tajaan daripada biras Kazakhstannya untuk
mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran anak perempuannya di Putrajaya,
Kuala Lumpur, Pekan dan Astana, ibu negara Kazakhstan.
Dalam hal kekayaan dan gaya hidup Mohd Najib, jurucakap Pejabat Perdana Menteri (PMO) memberitahu akhbar New York Times
bahawa beliau menerima pusaka daripada keturunannya.
Tetapi ini dinafikan oleh adik-beradiknya yang berkata
bapa mereka bukan orang kaya dan kenyataan PMO itu mencaci memori ayahanda
mereka.
Kemudian baru-baru ini, Pembantu Khas Perdana
Menteri yang dikenali sebagai Rizal Mansor memberitahu media massa bahawa kos
mengadakan majlis di KLCC dan Astana ditanggung oleh biras Mohd Najib-Rosmah
manakala ahli rombongan ke Astana bayar sendiri kos perjalanan atau ditanggung
oleh keluarga pengantin lelaki. Rizal adalah antara anggota rombongan ke
Astana.
Kita perlu bertanya, adakah elok bagi seorang
Perdana Menteri menerima tajaan daripada pihak luar untuk mengadakan majlis mewah
yang undangannya dikeluarkan oleh beliau sendiri?
Tidakkah ini membuatkan Perdana Menteri kita
terhutang budi dan boleh menjadi mangsa peras ugut oleh pihak-pihak yang menaja
perbelanjaan beliau, misalnya membeli berpuluh-puluh buah jam tangan mewah
untuk dijadikan hadiah?
Tanda Tanya Pengurusan Wang Negara
Berbalik kepada pemotongan peruntukan kepada
Kementerian Kesihatan, ia adalah selaras dengan maklumat yang mengatakan semua
kementerian, jabatan dan agensi kerajaan dikenakan potongan.
Wallahuaklam betul atau tidak, tapi seorang pegawai
atasan kepada seorang menteri kanan memberitahu saya semua kementerian, jabatan
dan agensi dikenakan potongan bagi tahun 2015 yang berjumlah RM2 bilion “bagi
membiayai pemulihan banjir” yang berlaku akhir tahun lalu.
Apabila hal sebegini berlaku, kita tidak dapat lari
daripada bertanya apakah Perbendaharaan kekurangan wang atau lebih teruk,
kehabisan wang?
Apa yang terjadi dengan peruntukan kecemasan
(contigency) atau apakah di bawah Mohd Najib sebagai Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan peruntukan seperti itu tidak disediakan?
Atau adakah peruntukan itu sudah habis dibelanjakan
untuk tujuan-tujuan lain seperti memberi pinjaman kecemasan RM950 juta kepada
1MDB Mac lalu?
Kalau Perbendaharaan kekurangan wang dan terpaksa
terus berhutang dengan menjual bon dan sukuk, mengapakah pemborosan dan
pengagihan yang meragukan terus berlaku?
Lagi Solidariti Dengan PM Dirancang
Saya difahamkan oleh sumber-sumber Umno bahawa satu
lagi majlis solidariti (daripada perkataan Inggeris “solidarity” yang bererti
perpaduan) dengan Perdana Menteri akan diadakan pada 11 Mei ini.
Sumber-sumber itu mendakwa di majlis itu, Mohd
Najib akan memberi peruntukan khas RM500,000 seorang kepada kira-kira 60 orang Ketua Bahagian Umno yang bukan wakil rakyat.
Kalau betul, kita perlu pastikan sama ada
peruntukan itu daripada sumber kerajaan, parti atau tajaan pihak-pihak
tertentu.
Kalau ia daripada Perbendaharaan, kita perlu
pastikan sama ada peraturan kewangan kerajaan membenarkan duit negara diberikan
kepada atau disalurkan melalui Ketua Umno Bahagian.
Sumber-sumber yang sama terbukti berwibawa apabila
memberitahu saya kurang dua minggu lalu mengenai 1MDB. Mereka mendakwa telah
melihat dan meneliti “akaun” 1MBD dan sedang mengambil tindakan menghalang isu
berkaitan syarikat milik Kementerian Kewangan itu daripada mengancam ekonomi
negara dan kredibiliti Umno.
Sumber-sumber itu mendakwa
pertanyaan Ketua U1mno Cheras, (Datuk Seri) Syed Ali Alhabshee dalam blongnya
mengapa pihak berkuasa lambat menyoal siasat ahli perniagaan misteri, Jho Low,
adalah sebahagian daripada gerakan menyelamatkan Umno dan kerajaan.
Jho Low didakwa sangat akrab
dengan Mohd Najib dan Rosmah, dan terbabit dengan 1MDB sejak syarikat pelaburan
strategik itu masih dikenali sebagai Terengganu Investment Authority (TIA)
Ini terbukti apabila dalam
jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat 16 Mac lalu, Mohd Najib mempertahankan Jho
Low dengan mengatakan usahawan kelahiran Pulau Pinang itu tidak terbabit dengan
1MDB.
Saya fahami mesej sumber-sumber
Umno itu sebagai menegaskan bahawa kesinambungan Umno adalah lebih penting
daripada kelangsungan (survival) mana-mana individu.
Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment