Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 30, 2015

PEMUDA PAS - KINI BERSAMA DI PRK PERMATANG PAUH

Ini Dia Pukulan Maut Buat BN Di PRK Permatang Pauh. Langkah Pemuda PAS Pulau Pinang hari ini, yang bersetuju bekerjasama dengan PKR di Permatang Pauh, diterima baik PAS Pusat dengan pimpinan parti menyifatkan ia contoh "mereka yang berjiwa besar" dan keputusan itu "pukulan maut" kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ( gambar atas ) berkata semua sayap di semua peringkat kawasan perlu sentiasa bersikap tegas dalam prinsip dan pada masa sama anjal dalam setiap tindakan tanpa menjejaskan perjalanan organisasi parti.

Katanya, organisasi PAS selama ini dibentuk dengan mengamalkan konsep wala’ pada keputusan parti dan jemaah, iaitu taat pada sesuatu perkara yang diputuskan pimpinan walaupun tidak mempersetujuinya.

"Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang membuat keputusan yang tepat membantu jentera Pakatan Rakyat (PR) untuk memastikan Umno-BN terus tewas di Permatang Pauh.

"Hanya mereka yang berjiwa besar dapat mengamalkan dan menghayati konsep wala’ sepenuhnya," katanya sambil mengucapkan tahniah kepada Pemuda PAS Pulau Pinang atas kejayaan mengekalkan semangat wala' itu pada saat yang sukar.

Ini Dia Pukulan Maut Buat BN Di PRK Permatang Pauh

"Tindakan Pemuda PAS Pulau Pinang yang akur dengan keputusan parti merupakan pukulan maut kepada Umno-BN dan medianya yang sememangnya mengharapkan isu ini bakal berlanjutan sehingga hari pengundian," katanya.

Pagi ini, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah mengumumkan menukar pendirian mereka yang sebelum ini tidak menyertai kempen untuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Katanya, mereka memutuskan untuk mematuhi pendirian yang ditetapkan pemimpin PAS Pusat dan akan membantu PR memenangkan PKR sambil menjelaskan, keputusan itu dibuat bagi memastikan kerusi Parlimen itu tidak jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, Yusni mengarahkan jentera dan aset Pemuda PAS negeri dibekukan daripada terlibat dalam semua gerak kerja PRK itu kerana PKR tidak mengendahkan desakan mereka supaya memohon maaf susulan kenyataan mengenai hudud yang dianggap menghina presiden parti.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim dalam kenyataannya hari ini turut melahirkan harapan Pemuda PKR menarik balik kenyataan mereka demi meningkatkan keharmonian PR dan pimpinan PKR melakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan.

"PAS Pusat mendoakan Pemuda PKR Pulau Pinang juga boleh berlapang dada dan berfikiran matang untuk sekurang-kurangnya menarik balik kenyataan mengkritik serta campur tangan terhadap masalah dalaman PAS.

"PAS Pusat juga mengharapkan pimpinan tertinggi PKR diberi kekuatan mengambil sesuatu tindakan dalam isu ini bagi menjernihkan lagi suasana sebagaimana yang dilakukan pimpinan PAS demi kejayaan bersama di Permatang Pauh," katanya.

Beliau juga berharap semua pihak dalam Pakatan Rakyat (PR) dapat mengambil pengajaran bersama dan tindakan pembetulan susulan daripada episod tersebut.

Katanya, kerjasama di dalam PR perlu dieratkan dengan memperkukuhkan sikap saling menghormati dasar parti masing-masing bagi menghadapi Umno-BN yang "semakin rakus dan zalim menekan rakyat".

2 comments:

  1. aku dah tawar hati melibatkan mana mana parti

    ReplyDelete
  2. aku masih manih hati...sebab medan politik aku adalah perjuangan menentang UMNO dan Barisan Nasional hingga depa tumbang dibumi malaysia.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA