Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, March 11, 2015

PM - APAKAH NURUL AKAN GANTIKAN ANWAR?

Nurul ‘tercampak’ di dalam kancah politik tanah air (dalam keadaan terlalu awal) bukan atas kerelaannya tetapi semacam dalam keadaan terpaksa. Namun demikian bukanlah kehendaknya begitu tetapi seolah-olah telah ‘ditentukan’ dan ditakdirkan terjadi sedemikian. Beliau terpaksa terlibat secara aktif untuk memperjuangkan nasib ayahandanya Saudara Anwar Ibrahim yang terpaksa menghadapi berbagai dugaan yang datang pada akhir tahun-tahun 1990an.

Dalam usia yang begitu muda beliau telah menjadi ‘jurucakap’, ‘duta’, ‘peguambela’, ‘diplomat’ bagi pihak ayahnda dan juga bagi pihak rakyat Malaysia untuk menjelaskan sesuatu kepada masyarakat Malaysia dan masyarakat antarabangsa mengenai nasib yang menimpa Anwar Ibrahim pada ketika itu. Persepsi masyarakat Malaysia dan masyarakat antarabangsa tidak yakin dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim yang menyebabkan beliau terpaksa merengkok dalam penjara dan merupakan tanggungjawab Nurul pula untuk menjelaskan kepada masyarakat Malaysia dan dunia tentang keadaan sedemikian walaupun dibantu oleh pemimpin Pakatan rakyat lain. 

Bak kata peribahasa Melayu,’ ke mana tumaphnya kuah jikalau tidak ke nasi’. Begitulah keadaan Nurul. Walaupun boleh dianggap sebagai ‘the reluctant politician’ pada ketika itu namun mungkin telah tersurat yang beliau terpaksa memikul tanggungjawab seberat itu demi untuk menyambung ‘agenda yang belum selesai’. 

Kini sekali lagi Nurul Izzah berhadapan dengan suasana yang mungkin tidak pernah terfikir olehnya sebelum ini ia itu menjalankan tanggungjawab sebagai ‘ketua pembangkang’ di parlimen tugas dan tanggungjawab yang begitu berat yang disandang oleh ayahandanya. Dengan sokongan yang kuat daripada parti DAP ( yang sentiasa mendapat jolokan seperti parti yang dimonopoli kaum Cina ) memberikan suatu isyarat yang jelas bahawa inilah tokoh yang betul-betul layak dan diyakini menjadi pemimpin negara Malaysia pada masa akan datang. 

Nurul Izzah mungkin dianggap sebagai tokoh muda berbanding dengan TG Haji Hadi Awang dari segi umur. Nurul Izzah juga boleh dianggap sebagai kurang berpengalaman berbanding dengan YB Lim Kit Siang tetapi Nurul adalah merupakan ‘wakil’ masyarakat Kurun ke 21 yang terdiri dari golongan muda kini yang akan menempuh kurun berkenaan. Hanya pemimpin-pemimpin muda seperti Nurul yang tahu dan merasakan denyut nadi masyarakat yang akan menempuh kurun ini dengan agak berkesan. 

Malah boleh juga dikatakan bahawa keadaan kepimpinan negara kini sudah tidak sesuai berada di temapt mereka berada sekarang disebabkan keadaan dunia yang berubah dalam keadaan yang terlalau pesat sehinggakan ternampak semacam pemimpin negara kini sudah tidak dapat menjejak perubahan-perubahan yang sedang berlaku. Dan apakah itu yang menyebabkan negara kita Malaysia kini tidak maju sepertimana yang diharapkan. Mungkin…. 

Pemimpin-pemimpin di Malaysia harus berfikir tentang perubahan-perubahan drastik yang berlaku dan seharusnya pula bergerak seiring dengan rentak dan gaya kehidupan masyarakat global. 

Pernahkah para pemimpin lama di Malaysia berfikir bahawa China dan India akan menggantikan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah lain sebagai kuasa besar dunia. Dan pernahkah pemimpin kita berfikir bahawa Brazil dari Amerika Latin akan menjadi kuasa ekonomi dunia juga disamping negara-negara Asia seperti Korea Selatan, Jepun dll. Sekiranya ‘mindset’ pemimpin lama tidak mahu berubah mengikut peredaran zaman maka lambat laun Malaysia akan terus ketinggalan dalam keadaan ‘syok sendiri’.
Nurul dan beberapa orang pemimpin muda lain harus sedar tentang hakikat ini dan hendaknya jangan lepaskan peluang yang ‘terhidang’ di hadapan anda walaupun kadang-kadang bukan dengan kerelaan. Nasib Nurul semacam ada persamaan dengan nasib yang dihadapi oleh Benazir Bhutto, anak perempuan kepada Perdana Menteri Pakistan Zulfikar Ali Bhutto. Sekembalinya ke Pakistan dari pengajiannya di Oxford University pada tahun 1977 beliau telah diletakan dibawah tahan di rumah selepas berlakunya rampasan kuasa tentera pimpinan General Mohammad Zia ul-Haq yang melenyapkan kerajaan pimpinan ayahandanya Ali Bhutto. Dari situlah Benazir melakar sejarahnya yang berakhir dengan dirinya menjadi Perdana Menteri wanita Pakistan pertama pada tahu 1998 sehinggalah pembunuhannya pada tahun 2007.

‘Langkah’ yang terlagang untuk Nurul mungkin sama juga dengan ‘nasib’ yang dilalui oleh Puan Indira Gandhi anak perempuan kepada Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri India yang pertama. Setelah kematian ayahandanya Indira telah dilantik menjadi Presiden Indian National Congress pada tahun 1960 dan tidak lama kemudiannya menjadi Perdana Menteri wanita pertama bagi negara India.

Apakah Nurul Izzah akan mengekori jejak langkah pemimpin-pemimpin wanita ini untuk menjadi Perdana Menteri wanita pertama bagi negara Malaysia akan datang? Hanya Allah yang menentukan..
abuhassanadam

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA