Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, March 10, 2015

1MBD - SOKONGAN UNTUK NAJIB TAK BERBALOI


Dapatan dari YB Mahfus kaitan dengan 1MBD.


1. Pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1 Malaysia Development Berhad (1 MDB) membuktikan bahawa sememangnya 1 MDB ini dilanda masalah keraguan integritinya. Arahan ini dibuat hanya setelah kita digemparkan dengan pendedahan oleh Sarawak Report bahawa wujudnya penipuan dalam urusniaga 1 MDB.

2. Yang menghairankan kita, pada masa sama PM mendakwa kabinet telah berpuas hati dengan penjelasan oleh 1MDB dan Deloitte serta berkeyakinan bahawa tidak terdapat sebarang salah laku dalam 1MDB. Dalam keadaan 1 MDB mengalami kanser di tahap 4 ini, kabinet pula ikut bersekongkol dengan Perdana Menteri. Sepatutnya, ahli kabinet bertindak dengan berani menegur PM berkaitan 1 MDB ini demi menyelamatkan wang negara dan sistem kewangan negara daripada terus menanggung beban hutang yang mencecah RM 43 Billion.

3. Pihak 1 MDB hanya tahu menafikan tuduhan yang dilemparkan yang dikatakan berunsur politik dan spekulasi tidak berasas yang mempunyai potensi menjejaskan ekonomi, namun pada hakikatnya kegagalan menguruskan 1 MDB itulah yang akan membawa bencana kepada ekonomi negara kita. Ini terbukti apabila syarikat pelaburan nasional, cetusan PM Najib ini telah mengalami kerugian pada tahun lalu dan hampir-hampir gagal membayar hutangnya sehingga melemahkan ringgit dan pasaran bon Malaysia. Bahkan, laporan daripada  Reuters menyatakan bahawa 1 MDB mungkin dibubarkan dalam pelan pembayaran balik hutang-hutangnya. Jadi, apa lagi yang hendak dibanggakan dengan 1 MDB ini, tindakan kerajaan BN mempertahankannya lagi tidak ubah ibarat “memikul biawak hidup”.

Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA