SEJAK mendengar berita Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu (MPPM) akan diadakan saya sudah menyangka ia adalah acara anjuran ataupun ada kaitan dengan dan mendapat sokongan / tajaan kerajaan Umno-BN.
Apabila program yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, 28
Februari lalu itu dihadiri oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib
Abdul Razak yang turut berucap berdegar-degar, sangkaan saya memang
tepat.
MPPM di hebahkan bagitu hebat sekali, semua media memainkan peranan untuk memastikan MPPM hebat. MPPM juga telah memberi laluan kepada PM untuk menggariskan keperluan untuk memastikan MELAYU akan terus hidup. Semasa berucap dalam MPPM, Najib
menggariskan tujuh amanat sebagai rujukan kepada orang Melayu bagi
menjamin mereka terus maju dalam abad ke-21. Antaranya termasuklah
keperluan melatih orang Melayu menjadi bangsa berilmu dan mengukuhkan
ekonomi mereka.
1- keperluan melatih orang Melayu menjadi bangsa berilmu
dan mengukuhkan ekonomi mereka.
dan mengukuhkan ekonomi mereka.
2-
keperluan memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya;
3- mempertahan
institusi raja Melayu
4- mempertahanan keistimewaan orang Melayu;
5- menegakkan maqasid
syariah dan bersikap sederhana;
6- menjaga nilai-nilai murni,
7- memelihara institusi keluarga.
Apa yang di perhatikan, ucapan dan intn partinya senada dengan apa yang di ucap setiap kali perhimpunan Agung UMNO itu sendiri. Saban tahun nasihat ini di timbulkan tapi apakah ada perubahan " gaya " hidup orang melayu?. Sebaliknya kedudukan orang Melayu masih tidak berubah menjadi lebih baik.
Ada rakan menyimpulkan bahawa setiap kali Umno berasa lemah atau memang
sebegitu, ia akan menganjurkan atau menaja perhimpunan yang mengajak ke
arah perpaduan Melayu.
Kebanyakan yang datang adalah muka yang
sama kerana dipaksa atau diupah untuk menyertainya. Yang tersurat,
berhimpun. Yang tersirat, mengajak semua orang Melayu menyertai Umno.
Sungguh malang!
Seperti biasa, ada yang memuji dan menganggap
amanat tersebut sebagai baik, malah sangat baik. Tidak pasti sama ada
jujur atau kerana mengampu semata-mata.
Kepimpinan UMNO sendiri merasakan MPPM kali ini memberikan satu mesej
perpaduan yang dilontarkan untuk terus disuburkan untuk kekal memacu
kemajuan dan kelangsungan masyarakat Melayu pada masa depan.
Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh misalnya, mengakui wujud
anasir yang cuba memporak-perandakan perpaduan orang Melayu.
Namun, katanya, itu semua tidak menjadi halangan utama bagi orang Melayu melakar lebih banyak kejayaan.
Tegas Idris, orang Melayu jangan menganggapnya sebagai penghalang.
Katanya, orang Melayu perlu terus berfikiran positif dan memastikan
mereka sentiasa bersatu.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu
Zahar Ujang ( gambar ) pula berkata, perpaduan Melayu amat penting dan generasi
muda diharap dapat memperkukuh perpaduan dalam memastikan nikmat
keamanan terus terpelihara.
Sambil menyifatkan MPPM sebagai acara
bersejarah, Abu Zahar berharap di bawah kepimpinan Najib, orang Melayu
dapat membina semula semangat untuk bersatu.
Sementara itu,
Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man menganggap perpaduan adalah
kunci pada kekuatan yang akan melonjakkan lagi kecemerlangan orang
Melayu pada masa depan. Tujuh amanat yang diucapkan oleh Perdana
Menteri, katanya, amat baik dan relevan untuk orang Melayu capai hari
ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan
Kassim pula berkata amanat yang disampaikan oleh Najib perlu diteliti
dari semasa ke semasa. Ia, tambahnya, adalah satu agenda yang amat
serius dan perlu diberi perhatian.
Ucapan Najib juga di ulang-ulang setiap kali perhimpunan, bagitu juga dengan mereka yang sentiasa " mengampu " boss. Kadang-kadang mereka terlupa apa yang diampu itu sudah basi dan berkulat, implikasi dari ampuan mereka yang di ampu tidak merasakan kelemahan sedang di harungi.
Mungkin kerana itu jugalah tidak cukup dalam ucapan, Najib
menuliskannya dalam akaun Twitter beliau. Presiden Umno itu yakin Melayu
akan terus melangkah menjadi bangsa yang disegani di mata dunia.
PM amat teruja denagn ucapan dan sokongan rakan kepimpinan beliau dan kayakinan, terutama dengan kehadiran golongan belia yang ramai-ramai bersama-sama dengan beliau dalam MPPM.
Namun, tegasnya, Melayu tidak harus leka, tetapi terus melangkah maju
dan berdikari. Kata Najib, panduan tersebut wajar menjadi wadah dan
maslahah yang akan terus diperjuang dan digunakan untuk memajukan orang
Melayu.
MPPM dengan cara dan laongan slogan lama, apakah ianya mampu mengatasi masalah apa yang sedang di hadapi oleh rakyat masa kini, masalah harian, barang mahal, minyak tak menentu. Keadaan negara sentiasa huru hara dengan berbagai-bagai jenayah, perang ideologi politik, nampakya di lupakan oleh mereka yang hadir diperhimpunan tersebut.
Pengurusan negara pula seolah-olah menyebelahi mereka terlibat dengan parti pemerintah, setiap salah laku mereka di berikan tanda di persetujui, sebaliknya kepada rakan-rakan pembangkang cukup dan memadai dengan satu atau dua laporan polis dan tindakan akan di ambil.
Perwakilan di MPPM seolah-olah lupa denban apa yang sedang di lalui oleh rakyat, mana nak lupakan GST, mana pula krisis gadis Monggolia, mana nak buang sikap tamak dan haloba kepimpinan, boleh ke lupakan penghidupan mewah oleh PM dan isteri beliau. Mereka perwakilan " PUAS " sekadar dapat datang ke Bukit Jalil, bas di sediakan, wang pokek di berikan kemudian mereka terus melaungkan " HIDUP MELAYU, HIDUP MELAYU & HIDUP MELAYU "
Pengurusan negara pula seolah-olah menyebelahi mereka terlibat dengan parti pemerintah, setiap salah laku mereka di berikan tanda di persetujui, sebaliknya kepada rakan-rakan pembangkang cukup dan memadai dengan satu atau dua laporan polis dan tindakan akan di ambil.
Perwakilan di MPPM seolah-olah lupa denban apa yang sedang di lalui oleh rakyat, mana nak lupakan GST, mana pula krisis gadis Monggolia, mana nak buang sikap tamak dan haloba kepimpinan, boleh ke lupakan penghidupan mewah oleh PM dan isteri beliau. Mereka perwakilan " PUAS " sekadar dapat datang ke Bukit Jalil, bas di sediakan, wang pokek di berikan kemudian mereka terus melaungkan " HIDUP MELAYU, HIDUP MELAYU & HIDUP MELAYU "
Untuk itu PERPADUAN amat sukar masa kini.
http://bettamalaysia.com/mybb/member.php?action=profile&uid=12717
ReplyDeleteLagi2 Melayu. Tp yg terbukti Melayu jadi mangsa.
ReplyDelete