Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, March 26, 2015

HUDUD - PAS TERPERANGKAP LAGI

Mustapa elak isu BN sokong hudud

Adakah parti komponen BN setuju dengan sokongan Umno ke atas usaha kerajaan Kelantan meminda undang-undang bagi melaksana hukuman hudud?
Soalan ini diajukan kepada pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, namun beliau mengelak daripada menjawabnya dengan jelas.

"Ada pertemuan di antara majlis tertinggi BN. Ada perbincangan dan saya difahamkan ada isu penting diperkatakan.

"Jadi ada banyak perbincangan, banyak pertemuan dibuat sejak beberapa hari lalu.

"Kita serahkan kepada pengerusi BN (Datuk Seri Najib Razak) untuk menanganinya,” kata Mustapa.

Ditanya lagi sama ada Umno membuat keputusan politik dalam menyatakan sokongan ke atas rang undang-undang pindaan hudud, Mustafa sekali lagi mengelak.

"Tidak. Perkara ini dibincangkan di (mesyuarat) majlis tertinggi BN. Perkara ini akan ditangani oleh pengerusi BN,” katanya.

Seterusnya, Mustapa ditanya mengenai dakwaan MCA bahawa Umno Kelantan melanggar kata sepakat dan BN berhubung pembinaan negara.

Mengulas perkara itu, Mustapa sekadar meminta agar pemberita hanya mengajukan soalan berhubung program keusahawanan yang dirasmikannya hari ini.

DUN Kelantan pada 19 Mac lalu meluluskan dengan sebulat suara rang undang-undang Enakmen Kamun Jenayah Syariah II 1993.

Mustapa turut hadir dalam persidangan itu.

Pada hari yang sama, parti komponen BN mengadakan mesyuarat tergempar dengan Najib untuk menyatakan penentangan mereka ke atas undang-undang hudud dengan alasan ianya bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA