Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, March 17, 2015

KITA TERUS BERMAIN DENGAN API.... KENAPA?

Sejak akhir-akhir ini peranan pelapor Askar upahan UMNO terus memainkan peranan dalam isu " bangsa " -  rasis - mereka seperti kebal dari undang-undang. Mereka hebat tapi jika ianya dilakukkan oleh pihak pembangkang sudah tentu di saman oleh hampir kesemua cawangan UMNO. dan pihak Peguam negera terus mengambil tindakan undang-undang dan membawa mereka ke pengadilan, Lim Kit Siang defator DAP telah mencabar IPG atau KPN dalam isu ini.

YB Lim Kit Siang ( gambar ) melaporkan 4 pembohongan yang di laporkan oleh " askar upahan " ini. 

PEMBOHONGAN PERTAMA: 

Dakwaan mereka yang DAP cuba mendapatkan kawalan penuh ke atas negara melalui pengembalian undi ketiga, dengan mendakwa adalah rampasan kuasa oleh kaum Cina pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang merugikan orang Melayu – malah mendakwa DAP sudah pun mempunyai kelebihan untuk melakukannya kerana 60% kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam negara sudah dikuasai DAP. Penipuan ini boleh didedahkan sebagai sangat mengarut dan merepek sekiranya menggunakan pertimbangan akal, kerana ia mempunyai tiga kesalahan besar - (i) DAP tidak menguasai 60% kerusi DUN, kerana ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR) DAP, PKR dan PAS tidak menang 50% pun daripada jumlah kerusi DUN dalam PRU ke-13. Jumlah bilangan dan peratus kerusi DUN yang dimenangi parti-parti PR dalam PRU ke-13 adalah 229 kerusi atau 45% daripada jumlah besar 505 kerusi DUN di dalam negara. (ii) DAP tidak pernah menjadi parti untuk orang Cina atau sesebuah kaum atau agama, kerana sejak penubuhannya 49 tahun lalu, DAP terus komited kepada tujuan menjadi parti untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Malah, DAP adalah parti politik pan-Malaysia yang pertama di Malaysia, dengan cawangan di setiap negeri. (iii) Pengembalian pilihan raya kerajaan tempatan menjadi objektif DAP sejak ia ditubuhkan pada 1966. Saya membuat sekurang-kurangnya dua ucaptama di Parlimen mengenai pengembalian pilihan raya kerajaan tempatan sepanjang tiga tahun pembukaan semula Parlimen pada 1971 hingga 1974, penggal pertama saya dilantik menjadi Ahli Parlimen.

PENIPUAN KEDUA: 

Pengembalian pilihan raya kerajaan tempatan akan menguntungkan orang Cina dan merugikan orang Melayu, sambil mengabaikan penstrukturan semula dan proses urbanisasi Melayu dalam masa lima dekad yang lampau, menyebabkan Malaysia mempunyai 148 pihak berkuasa tempatan (PBT) yang 90% daripadanya mempunyai majoriti Melayu lebih 50% daripada populasi, manakala hanya 2 atau 3% daripada 148 PBT itu mempunyai majoriti Cina, dan baki 13 lagi dengan populasi bercampur-campur – tujuh daripadanya dominan Cina dan enam lagi dominan Melayu.

PENIPUAN KETIGA: 

Kononnya DAP “komunis” dan “cauvinis” kerana mahukan pilihan raya kerajaan tempatan. Pilihan raya kerajaan tempatan turut dianjurkan di Indonesia, Turki dan Iran. Adakah proksi-proksi dan tentera siber Umno ini mahu mengatakan presiden-presiden Jokowi dan Erdogan, serta bekas presiden Iran Ahmadinejad atau Indonesia, Turki dan Iran sebagai “komunis” dan “cauvinis”?

PENIPUAN KEEMPAT: 

DAP bertindak melulu dan secara bersendirian dalam menuntut supaya undi ketiga dikembalikan, melanggar Dasar Bersama PR, padahal sebenarnya pengembalian undi ketiga wujud di kedua-dua Manifesto Kebangsaan PR dan manifesto PR Selangor sewaktu PRU ke-13. Pada bulan Mac 2010, menteri besar Selangor dan ketua menteri Pulau Pinang menulis surat secara berasingan atas nama kerajaan negeri PR masing-masing kepada Suruhanjaya Pilihan Raya meminta supaya ia mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri masing-masing, yang kemudian dibantah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Kesemua rakyat Malaysia yang percaya politik baru yang jujur dan benar mesti membantah politik penipuan, pembohongan dan kebencian, serta mesti membantu untuk mendedahkan dan mematahkan keempat-empat pembohongan mengenai pengembalian pilihan raya kerajaan tempatan ini yang sedang cuba disebarkan dengan sedaya upaya oleh proksi dan tentera siber Umno sepanjang satu minggu lalu. 

YB Lim, yang juga menyarankan agar pihak  PDRM juga turut menyiasat kaitan  seorang pengguna laman Twitter kerana mendakwa kehilangan pesawat MH370 adalah satu konspirasi dan bukannya kemalangan.Dalam SMS kepada Malaysiakini, Khalid menyifatkan mesej pengguna Twitter itu sebagai berniat jahat dan meresahkan. 

Kaitan dengan isu 13 Mei, LKS juga mohon PDRM menyiasat satu tweet yang diterimanya Pada jam 11.12 pagi hari ini, seorang pengguna Twitter menghantar tweet kepada saya, mendakwa sayalah punca rusuhan kaum 13 Mei, dan pada 12 Mei 1969 kononnya saya berkata, “Melayu Balik Kampong. Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” 

Kesimpulannya

Apa yang dimuskilkan ialah kenapa PDRM tidak memainkan peranan sebagai agen untuk penambah baikan dalam " kekeluargaan " masyarakat masa kini? PDRM seolah-seolah membiarkan saja tindakan mereka untuk mecetuskan " huru hara " Kemudahan dan kecanggihan sebaran " alam maya, media sosial " masa kini memang susah untuk di kawal, dengan tweet, face book, blog dan sebagainya telah di salah gunakankan. Untuk itu PDRM tidak perlu " menyusahkan " diri dengan membiarkan kalangan yang tidak bertanggongjawab ini. Gunakan kuasa yang ada dengan tidak " memilih kasih " untuk bertugas.

Juga agak pelik oleh PDRM jika pihak lain dari UMNO yang menulis cukup cepat pihak mereka mengambil tindakan tidak sebaliknya... atau apakah memang PDRM sudah diarahkan " tangkapan " hanya untuk sebelah pembangkang? Atau mungkinkah PDRM beranggapan, rakyat masa kini berfikiran seperti " katak di bawah tempurong " Pengurusan dan pentadbiran negara perlu ingat rakyat sudah boleh berfikir, berfikir cara matang.

Kemakmoran negara terletak kepada kesepakatan rakyatnya, rakyat pula memerlukan khidmat dari semua mereka yang berkuasa.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA