Hari ini bukan hanya hari paling bersejarah buat negeri Kelantan
tetapi sesungguhnya ia suatu hari yang bersejarah buat Malaysia dan buat
mereka yang menyokong dan mendukung perjuangan Islam.
Pagi tadi
Ustaz Dato MB Kelantan ( gambar bawah ) telah membentangkan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah
Syariah II (1993) 2015 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kelantan.
Pindaan enakmen berkenaan kiranya diluluskan akan membuka jalan bagi perlaksanaan Hukum Hudud di negeri “Serambi Mekah” itu. Proses seterusnya selepas memperolehi kelulusan adalah membawa satu Private Bill ke Parlimen untuk mendapat kelulusan dan akhirnya akan menyaksikan Kelantan sebagai negeri pertama dalam Malaysia yang melaksanakan hukum jenayah Islam berlandakan al Quran. Persidangan dewan telah ditangguhkan tengahari tadi dan akan disambung pagi esok.
Pindaan enakmen berkenaan kiranya diluluskan akan membuka jalan bagi perlaksanaan Hukum Hudud di negeri “Serambi Mekah” itu. Proses seterusnya selepas memperolehi kelulusan adalah membawa satu Private Bill ke Parlimen untuk mendapat kelulusan dan akhirnya akan menyaksikan Kelantan sebagai negeri pertama dalam Malaysia yang melaksanakan hukum jenayah Islam berlandakan al Quran. Persidangan dewan telah ditangguhkan tengahari tadi dan akan disambung pagi esok.
Ustaz Dato Ahmad Yakob semasa pembentangannya pagi tadi dilaporkan oleh media sebagai berkata:
“….. pihak yang masih mengkritik enakmen hudud yang dibentangkan hari ini adalah “golongan yang tidak beriman”.
Jelas golongan yang dimaksudkan oleh MB itu adalah dikalangan
orang-orang Islam, kerana yang bukan Islam memang telah tidak beriman.
Satu fakta ketara dalam pindaan ini adalah bahawa ianya menidakkan sama
sekali perlaksanannya ke atas rakyat Kelantan yang tidak beragama
Islam. Malah tiada opsyen atau pilihan pun buat mereka untuk memilih
diadili di bawah undang-undang ini.
(Oleh itu tidak ada sebab samada Gerakan, MCA, DAP atau sesiapa sahaja
yang kononnya menjuarai kepentingan bukan Islam mahu meneruskan
penentangan mereka, ini hal dan urusan orang Islam)
Maka layaklah apabila MB berkata, yang terus mengkritik undang-undang ini sesungguhnya golongan yang tidak beriman.
PAS Kelantan memikul tanggungjawab meluluskan undang-undang ini kerana
itulah janjinya sejak memperoleh kuasa pada tahun 1990. Malahan itulah
janji PAS setiap kali menyertai pilihanraya umum, iaitu bergerak untuk
melaksanakan hukum dan peraturan yang diredhai Allah swt.
Ia diluluskan di Kelantan dan telah pun diluluskan di Terengganu semasa
penggal PAS memerintah negeri berkenaan selepas PRU 1999.
Oleh itu saya merasakan amat tidak adil apabila ada pihak-pihak
menggunakan bencana banjir sebagai alasan untuk Kelantan tidak mengambil
inisiatif ini.
Sesungguhnya Kelantan memang sedang pesat memulihkan negeri berkenaan
setelah menghadapi bencana banjir paling buruk akhir tahun lalu. Namun
usaha untuk meluluskan undang-undang dan peraturan yang merupakan
perintah Allah swt ini, tidak seharusnya dilontar ke belakang
semata-mata atas alasan pemulihan banjir.
Kerja-kerja pemulihan banjir perlu diteruskan dan dalam waktu yang
sama, kerja-kerja memungkinkan negeri berkenaan memperoleh redha Allah
swt juga perlu diteruskan.
Hari ini kita bukan mahu menguatkuasakan hukum berkenaan, ianya perlu
diluluskan dibanyak peringkat lagi.Hari ini kita sedang bertarung mahu
memungkinkan undang-undang ini mendapat kelulusan dan akhirnya nanti
dapat dikuatkuasa dan dilaksanakan. Prosesnya belum selesai, lantas
pemulihan banjir boleh sahaja berjalan beriringan, tidak perlulah
menjadi juara mengajar orang Kelantan mana satu keutamaan.
Diperingkat ini tidak ada orang Islam yang istiqamah dan komited pada
agama mereka yang tidak berbangga dan bersyukur dengan insiatif saudara
seagama kita di Kelantan.
Marilah kita berdoa agar usaha murni PAS Kelantan dan rakyat Kelantan
ini nantinya berjaya, dan Kelantan bakal menjadi “Serambi Mekah” sebenar
lengkap sebagai sebuah Negeri Madrasah Ilmu dan negeri yang mendukung
dan melaksanakan hukum dan peraturan Allah swt untuk dicontohi yang
lain.http://n32.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment