5 Duit Syiling Paling Mahal Di Malaysia
Siapa
sangka rupa-rupanya duit syiling Malaysia sebenarnya mahal. Selalu kita
dengar dari kecil hingga besar pasal kehebatan duit 10 sen keluaran
1971 di mana harganya mencecah ribuan ringgit.
Tetapi
tahukah anda bahawa sebenarnya ada lagi duit syiling yang paling mahal
di Malaysia yang telah terjual. Bayangkan duit 50 sen di jual dengan
harga puluhan ribu ringgit. Mungkin duit tersebuat anda pernah guna dan
tidak sedar akan nilainya.
Kebanyak
duit syiling yang akan disiarkan nanti telah dilelong oleh Collectibles
Auction Asia (CAA) di Singapura atau sebelum ini dikenali sebagai
Numismatic Society Asia (NSA).
Berikut adalah nilai syiling termahal di Malaysia.
5. 50 sen 1967 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM7600
Pada
4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled
Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika
Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM7,600
(termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh
Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura.
Duit
syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50
sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge
adalah pada Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.
4. 50 sen 1969 Milled Edge NGC AU55 dilelong RM10,253
Pada
19 Oktober 2013, sekeping Syiling 50 sen 1969 Milled edge telah terjual
dengan harga RM10,253 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara
lelongan yang diadakan oleh Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel
Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh Numismatic Guaranty
Corporation (NGC) sebagai Au- 55.
Khabar
angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut
memenangi Syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia
Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan
Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur.
3. 50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66 dilelong RM19,942
Pada
19 April 2014, didalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia
(CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50 sen 1968
Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga RM19,942
(termasuk premium pembeli).
Duit
Syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa
premium pembeli) tersebut adalah gred yang terbaik untuk syiling 50 sen
1968 Milled Edge didalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC)
pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong
Hon Sum.
2. 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB dilelong RM46,769
Pada
4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang
dilelong didalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) yang
sama seperti di atas turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga
RM46,769 termasuk premium pembeli.
Pada
masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang
telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat
daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel
yang melekat pada magnet.
1. 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846
Pada
4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled
Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika
Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM81,846
(termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh
Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah gred yang
terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969.
Selain
syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang
mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini.
Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura. Anda
boleh baca dengan lebih lanjut mengenainya disini: 50 sen 1969 Milled
Edge sold RM81,846.- Siakapkeli.com.my
No comments:
Post a Comment