Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, February 24, 2015

BILA KITA SESUAI UNTUK BERSELAWAT

ASSALAMUALAIKUM ...

Rugi rasanya kalau kita tak tahu waktu dan ketika dituntut untuk kita berselawat menurut hadis . Berselawat ni adalah cara yang mudah untuk kita dapat pahala selain ganjaran lainnya . Antara waktu dan ketika yang sesuai ada kat bawah nih .
 
1. SESUDAH AZAN

Sebagaimana sabda Rasulullah saw :
" Jika kalian mendengar muazin , maka ucapkanlah seperti apa yang ia ucapkan kemudian berselawatlah untukku . Kerana sesungguhnya barang sesiapa yang berselawat untuk ku satu kali Allah akan berselawat untuknya 10 kali . Kemudian mohonkanlah kepada Allah wasilah untuk ku . Sesungguhnya ia adalah suatu tempat di syurga . Ia tidak layak kecuali untuk seorang hamba dari hamba - hamba Allah . Aku berharap bahawa hamba Allah itu adalah aku . Barang siapa memintakan wasilah untuk ku maka ia berhak menerima syafaat ku . "
( Hadis Riwayat Muslim )

2. SESUDAH MEMBACA TASYAHUD AKHIR 

" Jika salah seorang dari kamu bertasyahud dalam solat maka hendaklah ia membaca , " Allahumma solli'alaa Muhammad , wa'ala aali Muhammad , kamaa sollaita wabaarakta watarhham ta'alaa Ibrahim , wa aali Ibrahim  , innaka hamidun majid . "
( Hadis Riwayat al - Baihaqi )

3. DI PERMULAAN DOA DAN AKHIRNYA 

Sabda Rasulullah saw bermaksud : 
" Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi , tidak naik barang sedikit juga daripadanya sehingga engkau berselawat atas Nabi mu . "
( Hadis Riwayat at - Tirmizi )

4. DI DALAM SOLAT JENAZAH 

Sebagaimana Imam Syafie di dalam al - Musnad : 
" Sunnah Rasulullah saw dalam melaksanakan solat jenazah adalah bertakbir pada permulaannya , setelah itu membaca al - Fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan setelah selawat bertakbir lagi ( yang ketiga ) ... "

5. DI ANTARA TAKBIR - TAKBIR SOLAT HARI RAYA .

6. DI AKHIR DOA QUNUT DAN DI HARI JUMAAT .

Sabda Rasulullah saw :
 " Perbanyakanlah oleh mu membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dipintakan kepada ku . " 
( Hadis Riwayat Tabrani )

7. KETIKA MENZIARAHI MAKAM RASULULLAH SAW .

Seperti yang disebut dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
" Tiada salah seorang dari kamu yang mengucapkan salam kepadaku , yakni di sisi kubur ku melainkan Allah  mengembalikan kepada ku roh ku untuk menjawab salamnya itu . "
( Hadis Riwayat Abu Daud )

8. KETIKA DI DALAM KHUTBAH .

9. KETIKA MEMULAKAN SUATU PEKERJAAN YANG BAIK ATAU URUSAN PENTING DAN BERHARGA .

Rasulullah saw bersabda : 
" Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulakan dengan hamdalah dan selawat maka pekerjaan dan urusan itu terputus dan hilang keberkatannya . "
( Hadis Riwayat Abu Hurairah )

10. KETIKA ORANG MENYEBUT DAN MENDENGAR NAMA RASULULLAH DI SEBUT .

" Orang yang kedekut itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut nama ku disisinya . "
( Hadis Riwayat Ahmad )

11. KETIKA DALAM KESUSAHAN DAN DI TIMPA UJIAN .

12. SETIAP KALI MENGADAKAN MAJLIS .

Sabda Rasulullah saw : 
" Tiadalah duduk satu kaum di dalam suatu majlis , sedang mereka tidak menyebut ( mengingat ) Allah dan tidak berselawat untuk Nabi melainkan ia akan menderita kekurangan maka jika Allah menghendaki nescaya Allah akan menyeksa mereka dan jika Allah menghendaki nescaya akan mengampuni mereka . " 
( Hadis Riwayat At - Tirmizi dan Abu Daud ) .
http://veesandii.blogspot.com

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA