Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, January 29, 2015

UMNO KINI BERTAMBAH KUSUT

 Pada 16 Januari lalu, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), suatu perjumpaan diadakan membabitkan presiden Umno dan ketua bahagian seluruh negara.Namun, bukan semua ketua bahagian hadir. Sama ada tidak dijemput atau enggan datang, tidak dapat dipastikan. Timbalan presiden serta ketiga-tiga naib presiden juga tidak kelihatan. Yang ada, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Setiausaha Kerja, Datuk Rauf Yusoh.

Media tidak dimaklumkan akan perjumpanaan tertutup itu. Bagaimanpun, TV3 datang juga dan menurutnya, setelah bos mereka “deal” dengan pihak tertentu dalam Umno.
Tetapi kru stesen televisyen pro-Umno itu tetap tidak dibenarkan masuk dewan bagi membuat liputan. Sejurus kemudian, wartawan Bernama pula muncul – pun duduk luar dewan .
Selesai pejumpaan, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan PWTC melalui side entrance.
Ada ketua bahagian memberitahu, perjumpaan diadakan untuk membolehkan “presiden memberi motivasi bagi menghadapi PRU 14".
Bagi saya, itu agak pelik kerana PRU14 begitu jauh lagi, walaupun setuju persiapan awal amat penting untuk parti politik.
Ada juga ketua bahagian yang kata perjumpaan itu “bagi membincangkan banjir teruk tempoh hari”, terutama soal peruntukan, usaha baik pulih dan rancangan masa depan bagi memastikan banjir besar tidak berulang.
Sekali lagi, pelik, kerana usaha baik dan penting seperti itu (yang boleh score political points) tidak diumumkan kepada khalayak menerusi sidang media dan sebagainya.
Difahamkan Tengku Adnan pula hanya berkata “tidak tahu" ketika ditanya apa yang dibincangkan pada pertemuan itu.
Semua itu membuka ruang bagi pelbagai interpretasi terutama ketika Umno sekarang dilihat berada dalam “war mode” – perang dalaman.
Sumber Umno mengakui “Umno makin kusut". (Kenyataan ketua Pemuda Umno bahawa perang saraf Najib-Mahathir akan lemahkan Umno boleh diibarat menyokong apa yang dikata sumber Umno itu tadi. Begitu juga tindakan Datuk Seri Shahidan Kassim menawar diri mendamaikan pihak bersengketa).
Menurut sumber Umno itu, "PM (presiden Umno) punya jentera sedang buat list penyokong dan mereka yang tidak. Ketua-ketua bahagian diminta beri komitmen. With us or against us."
Adakah tindakan diambil terhadap golongan “against"?
“So far, tak ada tindakan apa. Just nak tau stand saja”. Begitu jawapan sumber Umno berkenaan.

Sumber itu yang pernah menjadi ahli think tank parti semasa PRU13 dulu, bagaimanapun, tidak merujuk khusus kepada perjumpaan 16 Januari di PWTC .
Dan beliau turut mendakwa “level V-P (naib presiden) lagi kelam kelibut... pecah”.
Seperti yang kita tahu, antara naib presiden Umno ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan penyokong kuat Zahid mendakwa “ada grand design nak topple Zahid. Tak ada tempat buat beliau dan dah mula diserang”.
Penyokong Zahid juga mendakwa mendapat maklumat daripada “orang dalam” TV3 bahawa sekarang “tiada lagi berita Zahid “ dalam siaran berita stesen itu.
Si penyokong Zahid tidak menamakan siapa mereka syak “dalangnya", sekadar berkata “Siapa yang lahoba kuasa sekarang? Antara naib presiden sekarang siapa yang beriya iya sangat?"
Dua pengarang kanan berita Media Prima khususnya TV3 menafikan mereka “blacklist” Zahid.
"Tak betul langsung. If he has events we cover as normal. In fact two days ago (dua hari daripada hari memberi respon kepada saya) he was on TV”.
Penyokong Zahid pula kemudiannya memberitahu saya apa yang pengarang TV3 maksudkan itu ialah liputan sidang akhbar Zahid bagi menjelaskan kontroversi suratnya kepda FBI.
"Kalau tak pakai berita tu nampak sangatlah,” kata mereka. (Ada pihak dalam Umno yang percaya isu surat itu sendiri satu taktik musuh politik Zahid mencalar reputasinya).
Apa pun, kedua-dua pengarang kanan Media Prima tidak mahu nama mereka disiar atau membuat penafian rasmi.
Tiba masa untuk mengutarakan beberapa persoalan yang timbul akibat kemelut politik Umno sekarang.
Antara paling kerap ditanya orang - dalam dan luar Umno – adakah benar Dr Mahathir mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Najib?
“Bukan soal nak Muhyiddin. Najib yang incompetent,” kata sumber Umno sambil mengakui Muhyiddin ialah calon pengganti “buat masa ini” dan punya “advantage tunggu dan lihat sementara orang buat kerja untuk dia", jelas merujuk kepada kempen “anti-Najib" yang dijalankan kini.
Namun, satu lagi sumber Umno memberitahu “Muhyiddin dah penat", membayangkan kemungkinan dia memberi laluan.
Najib pula bagaimana? Ini juga soalan yang gemar ditanya pelbagai pihak.
Menurut sumber Umno, “Najib mahu Hisham". Semua maklum "Hisham" yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sepupu Najib. Mungkin ini yang mendorong Dr Mahathir bercakap mengenai betapa tidak eloknya sesuatu sistem dinasti buat Umno.
Beralih kepada soalan susulan: jika Hishammuddin mencabar Muhyiddin, tidakah itu bermakna Muhyiddin akan atau boleh mencabar Najib pula?
Diaju persoalan itu, sumber Umno menjawab pendek dan padat: "ya".
Tapi yang jelas, Najib tidak bercadang undur mahu pun diundurkan. Lantas "his apparent current fight back".
Jadi apa akan jadi ?
Kalau boleh saya pinjam kata kata sumber Umno tadi, "Umno makin kusut".

 Oleh Mohsin Abdullah - Detikdaily
Hj Hadi adalah Barua dan broker UG yang sebenarnya Komplot telah lama bermula....beriya-iya sungguh Hj Hadi mempertahankan Khalid Ibrahim selepas pertemuan diatas ini. Khalid Ibrahim satelah dipecat keahliannya oleh PKR, sekali gus dia telah kehilangan sokongan 28 Adun PR (13 PKR + 15 DAP= 28). Teknikalnya, Khalid juga sepatutnya turut kehilangan sokongan dari 15 Adun PAS kerana Khalid kini bukan ahli dari mana-mana parti gabungan PR! Tetapi PAS terus menyokong Khalid! Presiden PAS berkeras tetap mahukan Khalid sebagai MB walaupun Khalid bukan lagi ahli dari mana-mana parti dalam gabungan Pakatan Rakyat. Ketika ini timbul cerita tidak resmi, Khalid akan masuk PAS.....tetapi ianya segera dinafikan. Maka Khalid terus mempertahankan kerusi MB Selangor kerana sokongan PAS yang hanya mempunyai 15 kerusi. Apakah dengan hanya sokongan 15 Adun PAS itu Khalid mampu untuk terus kekal sebagai MB? Tentunya tidak, melainkan mendapat sokongan ‘darurat’ dari 12 Adun Umno pula. Dan Umno Selangor telah bersetuju menghulurkan sokongan darurat tersebut. Maka sebenarnya, telah terbentuk ‘Unity Government’ di Selangor tanpa ramai yang menyedari mengenainya. Kerajaan Pakatan Rakyat sudah ranap ketika itu! Apa nak dinafikan lagi mengenai kewujudan ‘Unity Government’ ? Bukankah teknikalnya : PAS 15 + 12 Umno+ Khalid (bebas)=28. Mujurlah ‘Unity Government’ Selangor ini umurnya pendek oleh kerana 2 Adun PAS telah bertindak menandatangani akujanji menyokong Wan Azizah. Tindakan heroic 2 Adun PAS tersebut telah menjadikan kedudukan UG ranap berkecai, tinggal – 13 PAS + 12 Umno + Kahlid = 26! Sebaliknya tindakan 2 Adun PAS itu telah menambah kuatkan kedudukan Wan Azizah menjadi : (13 PKR + 15 DAP + 2 PAS = 30). Kerana tindakan berani 2 Adun PAS inilah sebenarnya yang telah menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan menggagalkan cubaan Hj Hadi mewujudkan Unity Government di Selangor. Berapi-api marahnya Hj Hadi disebabkan tindakan 2 Adun PAS tersebut hingga sanggup melabel anak buah sendiri sebagai ‘Broker’ dan ‘Barua’. Tetapi akhirnya tembelangnya pecah berderai, rupa-rupanya dia sendiri adalah 'Broker' dan 'Barua'disebalik jubah dan lilitan serbannya!

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA