Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, January 27, 2015

D1MB, RAKYAT TERUS TERBELANGGU.

1Malaysian Development Berhad (1MDB) gagal melunaskan hutang sebanyak RM2 bilion, yang sepatutnya dibayar pada penghujung Disember tahun lalu.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ( gambar ) berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan hutang RM5.5 bilion yang dijadulkan dan distruktur semula pada November 2013.
Menurutnya, 1MDB meminta lanjutan untuk membayar balik hutang tersebut kepada bank-bank tempatan sehingga 31 Januari ini.
“Difahamkan daripada jumlah hutang itu, 58.99 peratus adalah kepada Maybank, 32.41 peratus kepada RHB, 4.06 peratus kepada Alliance Investment Bank, 3.24 peratus kepada Malaysia Building Society Berhad dan 1.29 peratus kepada Hwang DBS Investment Berhad,” katanya dalam sidang Media di Kuala Lumpur.
Menurut Mahfuz, sebelum ini kerajaan memberi jaminan bahawa 1MDB tidak akan pernah gagal dalam membayar hutang tersebut dan akan melunaskan mengikut masa yang ditetapkan.
“Pemilikan utama Maybank adalah Permodalan Nasional Berhad (PNB) manakala Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah pihak berkepentingan dalam RHB iaitu pegangan sebanyak 41.4 peratus dan 65 peratus dalam Malaysia Building Society Berhad (MBSB),” tambahnya.

Sehubungan itu, Mahfuz risau akibat daripada kegagalan kerajaan membayar hutang tersebut, ia akan memberi impak kepada PNB dan KWSP kerana secara langsung melibatkan seramai 13 juta orang pencarum.
“Kita bimbang nasib 13 juta orang pencarum itu, jadi kita mahu pihak kerajaan bertanggungjawab untuk memberi jaminan kepada mereka dalam pelaburan Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Nasional serta KWSP tersebut.
Katanya, pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB yang baharu mengesahkan lagi bahawa syarikat pelaburan itu mempunyai masalah pengurusan.
“Ia terbukti syarikat itu kronik sehingga terpaksa mencari tokoh baru dalam mengemudi syarikat yang kian tidak jelas hala tuju dan masa depannya,” ujarnya.
Awal Januari lepas, Arul Kanda Kandasamy dilantik sebagai presiden baru dan CEO 1MDB. Malah Arul Kanda digambarkan sebagai seorang pakar dalam menyelamatkan perniagaan yang bermasalah.
ehsan : warta kerajaan.

1 comment:

  1. KAKI SAPU DAH SAPU LAH DANA TU .TAKAN TAK KENAL LAGI DENGAN PIHAK YANG KAKI SAPU NI.AL TANTUYA NAK MINTA KOMISEN UNTUK SARA HIDUP
    PUN DIBUNUH APA ADA DENGAN HUTANG BILION YANG INI APA DEPA PEDULI JANJI BOLEH SAPU

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA