Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, January 18, 2015

UMNO DAN ISLAM - SEPERTI KENTOT DENGAN NAJIS

Saya terpanggil untuk menjawab tulisan Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee ( gambar ) yang mempertahankan tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang memeluk jaguh badminton negara, Lee Chong Wei dengan menyifatkan pelukan itu sebagai suatu penghargaan seorang ibu kepada anaknya yang berjaya meraih kemenangan dalam sukan.

Beliau sudah hilang pedoman dan penghidupan atau pun sudah lupa hukum hakam dalam Islam? Apa nak jadi dengan beliua atau apakah mainan politik sudah cukup korap? Kenapa sanggup beliua menyifatkan  tindakan Rosmah memeluk Lee tidak sama dengan perbuatan tiga gadis yang bercium dengan artis K-Pop Korea Selatan.

Katanya lagi, "bagi saya tidak salah bagi isteri perdana menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai pemain badminton yang berjaya mengharumkan nama negara." 

Tapi beliau tidak pula mengesahkan kebenaran Rosmah terhadap geselan pipi antara Rosmah dengan bintang Bollywood arjun Rampal. Atau apakah dia " bercita-cita" atau bermaksud ingin menukar hukum bersentuhan antara lelaki dan wanita muhrim daripada haram kepada tidak haram. Atau apakah sebagai isteri PM, Rosmah adalah keistemewaan dalah hal hukum hakam Islam ini. Berpelok dengan LCW sebagai anak dengan ibu tapi bagaimana pula dengan Arjun Rampal, mengapa pula tidak dengan Shahrukh Khan? ini semua persoalan yang perlu di jawab oleh Syed Ali Alhabshee.

Syed adalah keturunan Nabi, dan sudah pasti sepatutnya Syed Ali lebih arif kaitan dengan hukum halal haram dalam Islam atau sebaliknya beliau mempunyai " nait " yang tersembunyai dengan dengan kenyataan sokongan tersebut.? Di usia mana LCW ketika di pelok oleh Rosman? adakah dia kanak-kanak atau pun sudah di usia akil baligh dan boleh membenihkanl zuriat? Faktor ini perlu di fikirkan oleh Syed Ali sebelum membuat kenyataan sokongan tersebut.





Sokongan sabagini boleh merosakkan sesebuah institusi, boleh di katakan sokongan sabagini juga adalah sseperti sokongan yang membawa rebah, yang memberi sokongan adalah kalangan mereka yang berselindung di sebalik sesuatu strategi untuk kepentingan pribadi, dan yang lain semuanya memberikan kritikan kepada yang menyokong, kerana bagi mereka perbuatan ini adalah salah.

Apakah satu hari nanti Najib juga akan memelok Nicol David ? guruan jahat.

Apa yang berlaku hanya satu pendedahan terhadap keadaan sosial di Malaysia masa kini, kita lihat sahaja di drama-drama TV, kita lihat sahaja di pub-pub, kelab-kelab malam, pusat-pusat disko, pusat-pusat karoeka, semua memperlihatkan bagaimana rosaknya akhlak masyarakat Malaysia masa kini, khususnya dari mereka masyarakat Melayu.

Di mana JAWI di Wilayah Pesekutuan, di Jamil Khir, Menteri di JPM ( urusan agama ) di mana penguat kuasa undang-undang, apakah mereka tidak kelihatan apa yang sedang berlaku? Atau apakah jika ianya berlaku dan melibatkan " anak-anak " bilis masa inilah baru jabatan-jabatan ini akan mengambil tindakan tapi tidak sebaliknya?

Tragedi K-pop sebenarnya membuka ruang kepada masyarak Melayu, mengetahui sejauh mana masyarakat Melayu masa ini sudah jauh menyimpang dari norma-norma KeMelayuan dengan berpegang kepada Islam. jika ingin mengambil tindakan terhadap remaja yang berpeluk dengan artis K-Pop itu, ambillah juga tindakan terhadap semua maksiat lain, termasuk Rosmah yang turut melakukan perkara sama, malah buktinya bertebaran di sana sini.

Jawi sudah terlambat, tindakan remaja berpelok dengan K-pop sebagai membuka pintu kepada penguatkuasaan undang-undang Islam di perkemaskan dan pihak penguatkuasaan agama di semua peringkat pula tidak memilih " bulu " dalam setiap tindakan. Bertindaklah untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA