Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, January 17, 2015

BERNAMA - APA SUDAH JADI SEBENARNYA


Apa dah jadi dengan Malaysia kini, satu lepas satu peristiwa aneh berlaku, apa yang berlaku dengan BERNAMA TV mungkinkah ianya ada kaitan dengan peristiwa Penerbangan MAS, mungkinkan ada kitngan juga dengan keadaan di Sabah tempoh hari, atau pun ada kaitan dengan hutang negara yang kini sudah hampir menjejah angka 700 billion, mungkin, mungkin dan mungkin.

Kini yang terbaru BERNAMA TV, ianya milik penoh kerajaan, mengapa boleh " berhutang " dengan pihak pengurusan? apakah pula pihak pengurusan baru sedar keadaan pada syarikat kelolaan mereka? Ini semua tanda-tanda ketidak iklahan dalam pengursan.

 


Serba sedikit kaitan dengan Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA, ianya bukan satu nama kecil tetapi Bernama TV merupakan satu nama baru dalam industri penyiaran Negara. BERNAMA adalah lahiran dengan cara  senyap-senyap tanpa pengetahuan Menteri Penerangan ketika itu. Ia cetusan dari kepala otak Tan Sri Anuar Zaini orang kuat Pak Lah Badawi ketika tu.

Hari ini Bernama TV sedang kebuluran. Menurut CEO nya Datuk Ibrahin Yahya @ Ibrahim Tiger ( gambar ) mereka tidak lagi mampu untuk membayar gaji pekerjanya.  Sebaliknya, pekerja hanya menerima wang pendahuluan RM500 bagi gaji tertunggak. Pembayaran ini merupakan sebahagian dari pembayaran gaji November 2014 yang tidak dapat dibayar sepenuhnya pada tarikh yang ditetapkan disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh Bernama TV.
Menurut Ibrahim gaji terakhir dibayar oleh BTV pada 20 Oktober lalu pihak beliau juga belum pasti bila gaji penuh akan dibayar, kerana mereka kini telah pokai.
Nampaknya Bernama TV sedang nyawa-nyawa ikan dan akan hanyut pada bila-bila masa sahaja jika Kerajaan tidak campur tangan.
Yang sebenarnya banyak lagi cerita menarik di belakang tabir Bernama TV ini yang ramai tidak tahu kerana penonton hanya menonton wajah-wajah jelita penyampai  berita nya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA