Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, January 13, 2015

MAHATHIR : BANGKAI MH17 ADALAH MILIK MALAYSIA

 Mantan PM Tun Mahathir terus mempertikaikan kepimpinan Najib, kenapa dan berapa lama lagikan beliau akan meneruskan usaha ini? Sedangkan apa yang di pertikaikan beliau, beliau sendiri pernah dan sedang lakukan. Pembaziran, penyelewangan serta penyalahgunaan kuasa juga menjadi amalan beliau.  Terakhir beliau mempertikaikan kaitan dengan MH17, kenapa Najib gagal untuk membawa balik bangkai MH17 tersebut?
Image result for mahathir
 
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ( gambar ) menuntut supaya bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS), penerbangan MH17 dibawa balik ke negara ini 'sebagai satu hak.' 


"Rakyat Malaysia yang harus memeriksanya secara penuh dan menyeluruh. Lagipun, Malaysia juga yang akhirnya akan disaman oleh keluarga mangsa, " katanya menerusi blog chedet.cc, Khamis. 


Memandangkan pesawat tersebut adalah milik Malaysia, begitu juga anak-anak kapal dan ramai penumpangnya adalah rakyat Malaysia, Dr Mahathir amat tidak senang bagaimana negara ini hanya dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pemeriksaan bangkai pesawat itu. 


"Malaysia seolah-olah terlalu bersyukur apabila dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pemeriksaan bangkai pesawat di Belanda. Mengapa kita perlu menghargainya?," katanya. 


Beliau mengakui bahawa penumpang yang paling ramai terkorban adalah dari Belanda, tetapi tertanya-tanya undang-undang apakah yang menyatakan pesawat itu sebagai milik mereka. 


Dr Mahathir turut mempersoalkan penyerahan kotak hitam pesawat kepada Belanda dan British walaupun pada awalnya ia diberikan kepada pihak berkuasa Malaysia.
"Setahu saya kotak hitam mengandungi pita atau rakaman elektronik perbualan dan bunyi beberapa minit sebelum berlakunya kemalangan. 


"Mungkinkah rakyat Malaysia tidak mempunyai keupayaan untuk mendengar rekod rakaman itu? Adakah hanya Belanda dan British mampu untuk berbuat demikian? " katanya. 


Penerbangan MH370, yang hilang pada awal pagi 8 Mac juga bermain difikirannya.
Dr Mahathir juga mempersoalkan jika terdapat 'sesuatu yang hendak disembunyikan' mengenai punca kemalangan itu.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA