Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, November 11, 2014

DEB - BUKAN UNTUK MELAYU TAPI UNTUK KRONI

DEB telah dieksploitasi oleh elit pemerintah untuk mengayakan kroni serta mereka yang berkuasa dan korup. Dasar yang sepatutnya mengurangkan jurang kekayaan menerusi 'social engineering' tidak membantu orang Melayu terbanyak tetapi hanya berfungsi untuk melahirkan towkay seperti Liew Kee Sin ( gambar )
Orang Melayu menaruh harapan kepada Umno untuk menjaga kepentingan bangsa; tetapi dibawah sistem DEB yang dikorupkan oleh elit pemerintah membantu melahirkan towkay-towkay Cina seperti Vincent Tan, Francis Yeoh, Jho Low dan Liew Kee Sin. Towkay-towkay inilah yang kini menjadi pujaan serta buah hati elit pemerintah.

Liew, yang sering memuji DEB, mengakui bahawa beliau adalah salah seorang yang berjaya melalui DEB.  Beliau adalah pegawai biasa dalam salah satu bank dagangan yang kecil sehingga beliau berkawan dengan dua orang peguam – Rashid Manaf and Zaki Azmi (sekarang Ketua Hakim Negara). Kedua, Rashid dan Zaki tidak mempunyai latar belakang dalam alam perniagaan. Syarikat perundangan mereka pun besar tapi tidak lah boleh membuat seseorang rakan kongsinya kaya. Tetapi apabila mereka dilantik sebagai peguam untuk Umno, dan bersahabat dengan pemimpin-pemimpin Umno seperti Mahathir Mohamad, Daim Zainuddin dan Ketua MIC Samy Vellu, maka perniagaan mereka pun mulai mengalami kecemerlangan.

Pada asalnya, Liew, Zaki dan Rashid membeli syarikat SPK yang kemudiannya ditukar nama ke SP Setia daripada Dollah Kok Lanas yang memegang ekuiti saham tersebut sebagai proksi kepada elit pemerintah.

Liew Kee Sin yang sebelum ini merupakan CEO syarikat pemaju SP Setia, telah menjual saham miliknya dalam SP Setia kepada PNB. Lanjutan daripada itu, Liew kini telah berhijrah ke sebuah lagi syarikat pemaju, Eco World bersama-sama dengan ratusan pekerja-pekerja SP Setia. Pelaburan PNB dalam SP Setia kini berhadapan kerugian yang tinggi akibat nilai saham SP Setia jatuh merudum selepas transaksi tersebut. Liew nyata sekali telah mengaut keuntungan besar daripada wang rakyat terutama sekali jutaan pelabur PNB iaitu orang Melayu. 

Seorang lagi kroni elit pemerintah, Vincent Tan turut berjaya kerana beliau dapat meyakinkan sahabat beliau, Mahathir Mohamad, yang Perdana Menteri ketika itu, untuk menswastakan Sports Toto kepada beliau, kerana kononnya, disebabkan judi itu haram, orang Melayu dan Kerajaan tidak boleh terlibat dalam penjudian. Tetapi beliau memilih orang Melayu untuk menjadi rakan kongsi beliau – anak saudara Mahathir yang ketika itu bertugas sebagai pengurus besar agensi berita Nasional, Bernama. Anak saudara Mahathir ini baik orangnya tetapi tidak lama selepas itu, beliau menamatkan perkongsian itu dan saya rasa beliau tidak dapat apa-apa pun. Inilah nasib orang Melayu yang menjadi rakan kongsi orang Cina yang pintar saperti Vincent Tan. Vincent semestinya harus disenaraikan sebagai salah satu cerita kejayaan DEB, seperti juga Liew.

Ayah kepada Francis Yeoh, Yeoh Tiong Lay, memulakan syarikat pembinaan yang tidak begitu menyerlah selama 30 tahun. Tetapi ini semua bertukar apabila Francis, yang berkawan dengan Mahathir, berjaya dapat kontrak membina hospital di Semenanjung Malaysia pada tahun 1980-an. Kemudian, Mahathir memberi kontrak paling mewah kepada keluarga YTL – IPP dengan bayaran yang paling lumayan sehingga kini dalam sejarah pengswastaan tenaga elektrik. Tenaga Nasional terpaksa membeli eletrik dari YTL dengan harga tinggi itu, biar tenaga itu diperlukan atau tidak. Macam mana tak buat duit? Pelanggan terpaksa beli, mahu atau tidak, dengan harga paling tinggi.
Pengerusi TNB ketika itu, Tan Sri Ani Arope, membantah perjanjian itu tetapi disingkir oleh Mahathir. Hari ini, YTL mempunyai rezab wang sebanyak RM9 bilion dan ianya digunakan untuk apa? Membeli syarikat jana kuasa di Singapuura, membeli separuh daripada Pulau Sentosa di Singapura, dan membeli tanah dengan harga yang paling mahal di Orchard Road. Satu lagi kejayaan DEB. Oh ya...siapa rakan kongsi Bumiputra Francis? Mungkin Mokhzani dan Mukhriz Mahathir boleh jawab soalan itu....
Kata orang bahawa pemuda 28 tahun Jho Low adalah sahabat baik Perdana Menteri Najib Razak; atau pun isteri beliau; atau mungkin pun anak sulung Rosmah. Beliau berada disana, sini dan mana-mana. Disini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada akhbar The Star kerana berjaya mendapat temuramah eksklusif dengan anak muda yang berjaya ini. Entah siapa yang mengarah mereka membuat temu-ramah ini....

Jho selalu kelihatan bersama PM Najib. Semasa pelancaran 1Malaysia Development Fund oleh PM, dia ada; semasa PM bercuti di Monte Carlo tahun lalu, dia ada; dan mereka juga bersama sama di St. Tropez dua minggu lalu. Ahkbar dari luar negara membuat laporan dan andaian bahawa anak muda Jho (kawasan mesra wanita glamor, Paris Hilton) ada penglibatan dalam mendapat Kerajaan Malaysia memberi jaminan kepada 1Malaysia Development fund. Bagaimana Kerajaan dan Perbendaharaan Malaysia boleh setuju kapada skim meminjam RM5 bilion dengan bayaran terlalu tinggi faedah terlalu tinggi 5.75% tak masuk akal. Ini  bererti jika 1MDB gagal membayar hutangnya, kerajaan akan menanggung hutang interest payment melebihi  RM2.4 bilion dari kadar yang lazim? Dan sekarang ini kawan kawan dalam sektor Bank bercakap tentang kononnya dalam akaun tahunan 1MDB menunjukkan  bahawa  hanya masih  ada  RM4.3 bilion dari jumlah asal RM5 bilion. Dimana agaknya RM700 juta dibelanjakan. Itulah dia – Jho Low, suatu lagi kejayaan Dasar Ekonomi Baru (NEP).

Jadi orang orang Cina tahu sebenarnya bagaimana mahu mendapat untung besar  dengan menggunakan Dasar Ekonomi Baru. Liew Kee Sin tidak perlu bimbang. Tetapi berapa ramaikah orang Cina yang ada kaitan dan hubungan intim dengan pemimpin besar UMNO untuk mendapat peluang ini? Itulah persoalannya. Bukankah lebih baik kita ada sistem pemerintahan dan dasar ekonomi  yang terbuka dan adil kepada semua lapisan rakyat? Dan adil kepada semua kaum? Dengan cara itu, peluang besar dan keemasan boleh juga dicapai oleh rakyat biasa. Tak payahlah mereka mesti ada hubungan baik dengan UMNO, atau pihak aristokrat atau pegawai tinggi kerajaan. Sepatutnya  sudah memadai rakyat  semua kaum yang  mahu berjaya hanya memerlukan kebolehan dan azam tinggi untuk berjaya. Malangnya di negara bertuah ini, peluang utama hanyalah kepada mereka yang terpilih.

Towkay Liew, teruslah berkokok untuk mempertahankan elit pemerintah dan seterusnya memastikan kocek kamu senantiasa dipenuhi wang rakyat.
Tranung kite onlie - Oleh : Red Giant

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA