Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, October 30, 2014

TANAH RIZEB MELAYU AMBIL 100 PULANG 80 ....

Tanah rizab melayu terus di " kurangkan " kenapa jadi bagini?

Kerajaan ambil tanah (rizab Melayu) 100 ekar tetapi hanya dipulangkan 80 ekar, di mana baki 20 ekar tersebut?
Dr Mohd Hasrol
Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara, Dr Mohd Hasrol Haffiz Aliasak ( gambar ), hasil kajian yang dijalankan pada 2009 hingga 2011 menunjukkan sehingga kini jumlah keseluruhan tanah rizab Melayu di Semenanjung Malaysia tidak termasuk Melaka dan Pulau Pinang hanya mencecah 11.99 peratus berbanding jumlah yang diperuntukkan sebanyak 50 peratus.
Antara faktor penyusutan tanah rizab Melayu ialah pengambilan tanah oleh kerajaan untuk kepentingan awam tanpa diganti semula.
"Contohnya kerajaan ambil tanah 100 ekar tetapi hanya dipulangkan 80 ekar, di mana baki 20 ekar tersebut? Sepatutnya tanah rizab Melayu yang dibatalkan statusnya perlu diganti serta-merta.
"Tetapi sekarang apa yang berlaku ialah tanah tidak digantikan serta-merta. Jadi kerajaan perlu semak semula adakah tanah rizab Melayu yang dibatalkan statusnya ini sudah diganti semula atau tidak," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Lembaga Amanah Tanah Rizab Melayu bagi menjamin pengekalan saiz tanah rizab Melayu.
"Dalam lembaga ini kita jadikan Yang di-Pertuan Agong sebagai penaung utama yang akan bertindak sebagai pelindung kepada tanah rizab Melayu. Badan tersebut mestilah bebas dan juga bertanggungjawab menyediakan sumber kewangan dan pembangunan tanah.
"Apa guna jika kita menjadi rakyat pribumi tanpa tanah. Jadi badan ini mesti bertanggungjawab memberi latihan dan pendedahan kepada rakyat agar mereka mempertahankan tanah rizab Melayu," katanya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA