Lelaki miliki payudara seperti wanita (Gambar)
payudara Edgeworth membesar seperti seorang wanita.
Charlie
Edgeworth, 19, mengalami tekanan perasaan kerana memiliki payudara
seperti seorang wanita sehingga terpaksa menjual sebuah kereta miliknya
hanya untuk menampung kos pembedahan bagi mengecilkan payudaranya itu.
Payudara
remaja lelaki itu mula membesar ketika dia berusia 13 tahun dan dia
digelar ‘Mooby’ oleh rakan-rakan sebayanya selain menjadi mangsa buli
di sekolah selama bertahun-tahun sejak itu.
Pekerja
pusat panggilan dari Hastings, East Sussex itu mengalami gynaecomastia
iaitu ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh badan yang menyebabkan dia
mempunyai hormon estrogen melebihi daripada hormon testosteron.
Keadaan
itu menyebabkan tisu payudaranya menjadi berlebihan. Disebabkan
keadaannya itu, dia tidak pernah mempunyai teman wanita kerana tiada
wanita yang sudi menjadi kekasihnya.
Dia juga
malu untuk membuka baju di tempat awam dan sering mengelak untuk pergi
ke pantai hanya disebabkan tidak mahu membuka baju.
Terdesak
untuk mengembalikan saiz payudaranya, Edgeworth mengamalkan diet ketat
dengan harapan payudaranya itu kembali seperti saiz payudara lelaki
normal yang lain.
Tindakannya
itu menyebabkan berat badan Edgeworth menurun kepada paras bahaya
ketika dia masih berada di sekolah sehingga membuatkan saiz payudaranya
lebih menonjol berbanding keadaan biasa.
edgeworth terpaksa menjual kereta nb
untuk menjalani pembedahan.
Jual kereta
Setelah
bertahun-tahun terpaksa menanggung malu, dia akhirnya mengambil
keputusan untuk menjual keretanya bagi menampung kos pembedahan dan
berharap menemui cinta selepas itu.
“Saya
tidak pernah membuka baju sejak di sekolah rendah lagi, malah saya juga
akan sentiasa memakai baju ketika di rumah bagi mengelakkan ibu
mengetahui masalah saya ini.
“Setiap
kali kami pergi bercuti, saya akan sentiasa memakai baju-T di dalam
kolam renang dan hanya menggunakan alasan kulit saya mudah terbakar,”
jelasnya yang sudah mencuba pelbagai cara untuk menyembunyikan bahagian
dadanya itu.
Ujarnya, penurunan berat badan yang dialaminya semakin membuatkan bahagian tersebut kelihatan lebih menonjol.
“Saya akhirnya menaikkan kembali berat badan bagi mewujudkan jurang antara bahagian dada dan perut,” tambahnya.
Dalam
usaha untuk menyembunyikan rasa malunya itu, dia akan memakai pakaian
yang mempunyai saiz lebih besar berbanding saiz badannya.
Walaupun
sudah melepasi zaman persekolahan, tahap keyakinan dirinya diuji
apabila tidak pernah mempunyai kekasih sepanjang zaman persekolahan.
“Sukar bagi saya mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih disebabkan keadaan fizikal saya ini.
“Sepanjang
enam tahun lalu, saya tidak pernah mempunyai pasangan dan ia turut
menambah tekanan perasaan yang saya alami,” katanya.
Pembesaran
tidak normal yang dialami oleh Edgeworth itu dikenali sebagai
gynaecomastia dan dipercayai ia menjejaskan kira-kira 40 peratus
daripada lelaki dan jumlahnya dilaporkan semakin meningkat.
Keadaan itu disebabkan ketidakstabilan yang berpunca daripada hormon estrogen dan testosteron.
Gangguan perasaan
Pengambilan
ubat-ubat tertentu seperti antikemurungan dan penyakit hati dalam
jangka panjang juga boleh menyebabkan gynaecomastia. Ubat-ubatan
terbabit bertindak mengubah payudara secara terus dengan mengganggu
aktiviti biasa kelenjar pituitari.
Penyakit itu hanya boleh dirawat melalui pembedahan untuk mengembalikan payudara kepada keadaan asal.
Kebanyakan
kes gynaecomastia tidak menyebabkan sebarang risiko penyakit fizikal
tetapi ia boleh menyebabkan gangguan perasaan yang mungkin memberi impak
kepada kehidupan harian.
Gynaecomastia
biasanya dapat dikenal pasti dengan pemeriksaan fizikal oleh doktor
tetapi pemeriksaan tertentu seperti imbasan tomografi berkomputer,
ujian ultrasound dan ujian darah mungkin diperlukan untuk memastikan
punca terjadinya penyakit itu.
Edgeworth kini perlu memakai bengkung bagi menutupi bahagian dadanya dan disebabkan itu, dia berasa seperti orang lain.
Tahap
keyakinan dirinya semakin hilang apabila dia ditegur oleh majikan
lamanya yang berpendapat bahagian dadanya kelihatan lebih besar
berbanding biasa.
Selepas itu, dia mula berfikir untuk menjalani pembedahan sebagai jalan keluar kepada masalahnya itu.
Tiga
tahun kemudian, dia membuat keputusan untuk menjalani pembedahan
membuang lebihan lemak yang terdapat di kedua-dua bahagian payudaranya
itu.
Edgeworth
menjual sebuah kereta jenis Volkswagen Polo bagi menjalani pembedahan
mengecilkan payudaranya yang menelan belanja sebanyak £1,750 (RM9,164)
di sebuah hospital di Poland.
“Saya
lebih yakin dengan penampilan terbaharu ini dan ia memberi kesan kepada
tahap keyakinan saya untuk berdepan dengan masyarakat, malah saya tidak
sabar untuk membuat temu janji dengan seorang wanita dan mempunyai
kekasih.
“Saya
tidak menjangkakan keputusan untuk menjalani pembedahan ini memberi
peluang baharu kepada saya untuk menjalani kehidupan. Jika saya tidak
mengambil tindakan drastik dengan menjual kereta, saya tidak akan mampu
untuk membiayai kos pembedahan,” jelasnya.
Menurut
pakar bedah, Adam Kalecinski, dia amat berpuas hati dengan hasil
pembedahan Edgeworth dan ia penting bagi membuang tisu kelenjar dan
lemak bagi menghentikan penyakit tersebut kembali.
-kosmo-
No comments:
Post a Comment