Berikut merupakan keluhan seorang veteran PAS, Dr Fauzi Zakaria mengenai perkembangan PAS hari ini...
Para ex-activists Pemuda
sejak awal 1980an seperti Mad Sabu, Khalid Samad dan Husam Musa tlh
terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kpd Jamaah (PAS).
Berjuang sejak drp zaman kelam. Menginfaqkan tenaga, masa muda dan harta
yg tak seberapa.
Tetapi mereka inilah yg
berjuang sejak zaman kelam, sejak umum Masyarakat Malaysia tak faham
sangat apa itu Islam. Sejak zaman masyarakat umum Islam tak mengenali
taraf Ulama melainkan hanya sebagai tukang2 baca Doa selamat.
Para ex-aktivist PEMUDA
inilah yg berjuang menegakan politik Islam,mereka inilah yg
memperjuangkan kedudukan Ulama sehingga kepimpinan Ulama diterima
sebagai kepimpinan tertinggi dlm Jamaah.
Kini nama2 mereka ini di jaja oleh sekumpulan Ulama muda pendatang baru
dlm Jamaah, sebagai munafiq Jamaah.
Apakah saudara ahli2 PAS boleh melabel sahabat dgn label begitu?
Ana sezaman dgn Husam
zaman tidur-bangun di Pej PAS Jln Dato Pati. Husam baru grad UM (1984).
Ana pelajar UM Nilam Puri. Kami pernah sama2 menerbitkan GEMA PEMUDA
sebelum adanya akhbar Harakah.
Setelah zaman berlalu (sejak era 2000 berlalu) Sejak 2003-2008 kami sekeluarga dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah.
Setelah zaman berlalu (sejak era 2000 berlalu) Sejak 2003-2008 kami sekeluarga dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah.
Sebagai "org Mekkah"
ana mendapat maklumat sebebasnya mengenai perkembangan Politik-Jamaah di
Malaysia hatta dpt berbincang dgn sebebasnya dgn bekas pimpinan UMNO.
Ana mendengar kenaikan Maqam Husam di dlm Jamaah.
Di Satu Majlis Hariraya
di Konsulat Malaysia Jeddah,saya berbicara dgn Tan Sri Sanusi Joned
pasal masa depan politik Malaysia sampai subuh. ( 3.00 pg waktu Saudi).
Beliau nampak potensi pimpinan masa dpn politik Melayu Islam dlm barisan muda PAS. Antara yg kerap di sebutnya, Husam Musa.
Sepulang saya ke
Malaysia 2008, saya join semula dunia akademik di UM. Sejak itu saya lbh
jadi pemerhati akademik. Sekali sekala jumpa (Dato) Husam di majlis2
akademik di kampus2.
Memang zaman semesra
sama2 melepak di Pej PAS Jln Dato Pati dulu sukar sudah nak wujudkan
kembali. Sukar saya nak panggil dia Dato' sukarnya dia nak panggil saya
Doktor....
Namun jauh di sudut
hati barangkali kami saling mendoakan kejayaan sahabat2 lama ini.
Sebagai org akademik yg tidak ada kepentingan politik, melihatkan
karismanya..hati saya semacam mengesahkan apa yg pernah di sebut oleh
Tan Sri Sanusi Joned 2008 di Jeddah dulu..
Namun org akademik berhadapan dgn realiti hanya blh berharap dan mengimpikan.
Para pemain politikus
lbh cekap mengelecek kan bola2 politik mengalahkan kami dan ramai lagi
yang mengimpikan sesuatu yg mungkin ideal....... Hanya kpd Allah .
"Ya Allah. Engkaulah Yang Maha Mengetahui betapa kasih dan sayangnya kami kpd pemimpin kami sejak lebih 30 tahun semenjak waktu pemimpin kami ini di kenali sebagai tokoh Ulama Muda Nusantara, kami dengan penuh kasih sayang terus menerus mendokong kepimpinannya.
Tiba2 di akhir2 ini petaka apakah yg menimpa, pemimpin yg kami kasihi selama ini kelihatan tidak mesra lagi kpd kami ex anak2 muda yg yelah mendokong begitu lama. Apakah dgn gara2 kemunculan kumpulan anak2 muda baru yg menggelarkan diri mereka "Ulama Muda", maka kami para ex Pemuda ( non-Ulama) tidak di kasihi lagi.Dlm ucapan2 terakhir pemimpin yg kami kasihi ini kedengarannnya mcm menghalau saja kami dari lengkongan Jamaah yg tercinta ini.
Ya Allah Ya Rabbi, Tak adakah sesiapa lagi di kalangan Umatmu yg mampu menangani...."
Apabila ada perwakilan suruh keluar Pas dlm muktamar.....
Tidak ada sapa2 berhak menghalau sapa2 dari Jamaah ini. Allah
dan Rasulnya yg meminta umat ini bersatu dlm Jamaah. Maka sesiapa
berjamaah kerana Allah sesungguhnya dia telah menyahut seruan ALLAH.Siapa kita yg boleh berasa org lain blh berambus dr jamaah yg kita syangi bersama.
Kenapa sehari dua ni pimpinan Ulama kita menggesa ahli2 bawahan menghormati Ulama. Rasanya ada sesuatu yg Allah swt nak tegur ni.
Selama ni sejak lbh
setengah abad PAS meredah Perjuangan Siyaasah Islamiyyah. Pendokong
bawahan sememangnya mendokong dan menjunjung tinggi kedudukan Ulama
tanpa dipinta2.
Masa tu rasanya tak ada anak menantu pimpinan Ulama turut nak membolot persada kuasa.
Namun kini setelah adanya fitnah penglibatan anak menantu bersama. Rakyat dan ahli bawahan berhak utk berkata-kata.
Kepatuhan membuta tuli atas apa2 nama yg agak rasmi blh diminta. Namun Penghormatan yg hakiki tidak boleh di paksa2
Ana dan Pimpinan
Tarbiyyah kampus UM memang pernah menangguhkan Wala' kpd Mad Sabu yg
menaiki TK DPPP. Kami bantah kerana kempennya menaikkan Allahyarham Ust
Dato Abu Bakar Chik dgn menjatuhkan kepimpinan Ust Ab Halim Arsyad.
Kami satu rombongan dtg
ke Rusila menemui Timb Presiden (TGHH) menyatakan stand kami. TGHH
menasihatkan kami bersabar dan tidak menentang Jamaah. Kami terima.
Bila program Tarbiyyah
kami hanya jemput pimpinan Ulama seperti alMarhum Ust Haron dan Ust
Yahya Uthman. Memang kamu tak jemput Mad Sabu dan Pimpinan Pemuda bagi
pengisian.
Namun apabila Mat Sabu bertanding di Kelantan PRU 1991 kami buat kerja bagi nak mati memenangkanya.
Puas hati dgn prestasi
nya sebagai ahli Parlimen. Sebagai wakil rakyat PAS beliau beraksi
bagaikan Singa di Parlimen. Beliau menjadi kebanggaan Jamaah.
Ini bukan kereta Mat Sabu
Beliau hidup sederhana, sepanjang 2 penggal sebagai Ahli Parlimen beliau tidak beli walaupun sebuah kereta buruk. Elaun ahli parlimen memang dihabiskan bersama petugas Jamaah di Kelantan. Kehidupan keluarganya di Shah Alam di pikul sepenuhnya oleh isterinya Puan Normah. Masuk ISA berkali2 kerana perjuangan.
Begitu hebat
pengorbanannya dlm perjuangan. Saya cabar adik2 baru dlm Pemuda yg duk
kutuk Mat Sabu. Kamu yg hidup dgn imej kehidupan mewah dgn kereta2
mewah, sanggup kamu kutuk org yg tidak pernah berkereta sepanjang jadi
Ahli Parlimen, Kamu diangkat ke pentas2 ceramah/kuliah berbayar RM
Ratusan sejam, sanggup kamu kutuk org yg berceramah dgn dibayar dgn
harga ISA.
Silakah berMUHASABAH.
Posted by Pasma Ngo
No comments:
Post a Comment