Siapa yang kena dengan tajian Pak lah ini?
Kalau guna Akta Hasutan tidak ikhlas,
boleh bawa mudarat
Kalau kita tidak ikhlas, maka undang-undang yang baik pun boleh membawa mudarat
boleh bawa mudarat
Kalau kita tidak ikhlas, maka undang-undang yang baik pun boleh membawa mudarat
PETALING
JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan
keadilan dan keikhlasan amat penting dalam pelaksanaan undang-undang.
Beliau yang
lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah berkata pelaksanaan undang-udang
yang adil dan ikhlas itu termasuk dalam isu penggunaan Akta Hasutan
1948.
“Banyak isu melibatkan keikhlasan. Termasuk juga isu Akta Hasutan 1948 yang hangat dibincangkan masa kini.”
“Undang-undang
sesebuah negara adalah ciptaan manusia dan sebaik mana pun
undang-undang tersebut, ia tidak akan seratus peratus sempurna,” tulisnya dalam entri terbaru di www.paklah.net.
Tambah Pak Lah
tiada gunanya jika menggubal undang-undang yang lebih bagus tetapi
perlaksanaan undang-undang tersebut tidak dilakukan secara adil dan
ikhlas.
“Kalau kita ikhlas undang-undang yang kurang sempurna pun boleh diguna pakai dan boleh membawa manfaat,” jelasnya.
Katanya, keikhlasan juga perlu dalam apa jua jenis muafakat.
“Tiada
jenis pakatan akan berpanjangan jika kita tidak ikhlas bermuafakat.
Tiada makna berganding bahu jika jalan tak seiring. Lambat-laun orang
akan tahu juga sama ada ianya berniat untuk membangunkan negara atau
semata-mata untuk meraih sokongan.
“Kebelakangan
ini juga saya lihat ramai individu kerap mengkritik secara lantang dan
menuding jari ke arah orang lain di atas sesuatu perbuatan atau
kesalahan yang mereka sendiri lakukan di masa lampau,” ujarnya.
Jelasnya, walaupun kritikan itu berbunyi munasabah tapi ianya tidak diterima umum dan dipandang sinis.
“Saya tidak bermaksud yang seseorang yang melakukan kesilapan di masa lampau langsung tidak berhak menegur orang lain.
“Tetapi kalau kita ingin menegur dan mengkritik orang lain pandanglah diri sendiri dan mengakulah akan kesilapan sendiri dahulu.
“Saya sendiri
pun melakukan banyak kesilapan. Kalau kesilapan saya menyinggung atau
mengecewakan orang lain, saya meminta maaf. Saya tahu yang ungkapan ‘buat apa yang saya suruh dan bukan apa yang saya lakukan tidak boleh diterima orang’,” katanya.
No comments:
Post a Comment