Selepas minyak naik, giliran anak muda jadi mangsa senarai hitam PTPTN
Nampaknya tahun ini malang untuk anak muda, baru sahaja minyak naik,
mereka berdepan pula senarai hitam pinjaman PTPTN. Ini umpama sudah
jatuh ditimpa tangga dengan tahun depan cukai GST akan berkuatkuasa,
anak muda nampaknya bakal berdepan dengan segala-galanya mahal, tetapi
pakar-pakar berkata memadai RM2,500 untuk menyara kos sara hidup.
Setakat ini saya bertemu rakan-rakan sebaya, ada masih bujang dan sudah
berkeluarga, semuanya mengeluh dengan anggaran RM2,500 diberikan
tersebut.
Mungkin ada rasional hujah rakan saya mengatakan, "Kalau mahu kahwin, kahwin tahun ini. Silap-silap borang daftar nikah pun kena caj," dalam nada gurauan. Mengenai anggaran pendapatan tersebut, saya sendiri tertanya bagaimana pecahan belanjawan yang akan anak muda ini buat, selepas ditolak KWSP, gaji bersih mereka hanya sekitar RM2,300.
Saya ambil dua situasi, bujang dan berkahwin. Bagi bujang, untuk makanan RM600 (RM20 sehari), minyak kenderaan motor atau belanja pengangkutan awam untuk ke tempat kerja RM300 (RM10 sehari, bergantung kepada jenis kerja sama ada di pejabat atau di lapangan), sewa bilik RM400-RM600 (bergantung kepada lokasi), ansuran pinjaman kereta sekitar RM350-RM600 (selalunya kereta seperti Proton atau Perodua jadi pilihan mereka yang bujang), pembayaran pinjaman PTPTN jika ada sekitar RM200, lain-lain belanja yang tidak nampak (kira sendiri).
Di atas adalah senarai asas belanja yang akan anak muda hadapi kelak apabila bekerja, mungkin ada lagi senarai lain, kalau belanja asas begini keadaannya, saya tidak tahu berapa jumlah simpanan yang anak muda mampu letak ke tepi setiap bulan dengan pendapatan RM2,500.
Pecahan belanja ini bagi mereka yang bujang, bagi yang berkeluarga jumlah ini adalah berganda, lain ceritanya kalau kereta dan rumah disediakan oleh ibu bapa yang senang. Bagi anak muda tidak bernasib baik datang daripada keluarga senang, anda mungkin tergolong sebagai miskin kota walaupun masih bekerja dengan tali leher dan kemeja kemas, itu adalah realitinya.
Bagi anak muda seperti saya yang sebatang kara datang bekerja di Kuala Lumpur, ini adalah belanja asas yang saya hadapi ketika awal bekerja, cuma ketika itu saya masih tidak ada kenderaan hanya bergantung kepada motor kapcai. Kita berbalik semula kepada PTPTN, kerajaan dan agensi tabung pinjaman pendidikan semalam mengumumkan peminjam yang tidak membayar ini akan disenarai hitam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).
Persoalannya di sini, adakah mereka yang disenarai hitam itu sebenarnya tidak mampu membayar? Bagaimana mahu memaksa seseorang yang tidak mampu bayar itu untuk membayarnya? Apakah logiknya di sini? Anak muda akan terpaksa mengabdikan diri selepas belajar menjadi hamba kepada hutang PTPTN, mungkin ini apa yang dikatakan "mendidik" oleh menteri untuk menghalalkan hujah mereka.
Ia sama dengan ketirisan dalam pentadbiran, rakyat didendangkan dan dilagukan dengan alasan sama apabila setiap kali berjuta-juta wang negara dibazirkan dan diborosi oleh kerajaan. Adakah kerajaan sudah "mendidik" penjawat awam atau kroni mereka ini daripada berhenti membazirkan dana awam? Sejauh mana "mendidik" itu? Untuk anak muda, tahun depan bukan lagi bulan madu, bersedialah.
Empat tahun dari sekarang tidak panjang, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pula bakal berlangsung, ketika itu pengundi kumpulan muda ini membentuk 60% daripada keseluruhan pendaftar pemilih. Jika pada 2013, pemerintah hilang undi popular buat kali pertama, mungkin jalan keluarnya kini berada di tangan anda sendiri. Kalau menteri berkata kerajaan mahu "mendidik" rakyat, mungkin kini tiba masanya untuk rakyat pula "mendidik" kerajaan. Apa salahnya kita saling sama "mendidik" satu sama lain?
Harta negara ini bukan Ahmad Albab yang punya, tetapi rakyat yang punya.

No comments:
Post a Comment