SEGALA puji bagi Allah, dan selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, keluarganya dan sahabat serta yang mengikuti petunjuk-Nya.
Malaysia
mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi kami, dan kami menaruh kasih
sayang terhadapnya dengan hati yang jujur. Impian kami adalah untuk
melihat Malaysia sebagai realisasi model Islam yang wasatiyyah,
bertamadun, maju dan kontemporari. Semua itu tidak akan berlaku kecuali
dengan perjuangan orang-orang ikhlas terdiri daripada anak-anak
Malaysia, berusaha dan kerjasama berganding bahu, mereka yang amat ingin
untuk menjayakan masa depan negara. Mereka saling bantu membantu
sehingga berdiri tegak rakyat Malaysia seluruhnya.
Sesungguhnya
Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya,
dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang
tersusun kukuh. (As Saff: 4)
Adalah tidak
patut bagi badan kehakiman bertukar menjadi pentas kebencian dan
permusuhan politik atau wasilah bagi menjerat pihak lawan di dalam
cengkaman kes-kes. Perkara demikian kebanyakannya bertujuan untuk
mencalar peribadi melebihi tujuan mencari kebenaran.
Sesungguhnya
kami percaya bahawa kemajuan Malaysia, kebangkitan dan kekuatannya
terpancar daripada ketinggian nilai-nilai kebebasan dan demokrasi, dan
pengukuhan prinsip-prinsip kepelbagaian pemikiran serta persaingan yang
mulia demi berkhidmat untuk negara yang berdaulat ini.
Anwar
Ibrahim terdiri daripada pemimpin ternama dengan sejarah dan
pengalamannya serta perjuangannya, dan kesabaran serta ketabahannya
sejak zaman usia muda sehingga ke hari ini. Anwar sewajarnya dilayani
dengan jasa perjuangannya dan kerja gigihnya, bukannya menuduhnya dengan
tuduhan-tuduhan batil yang tanpa asas.
Mahkamah
sebelum ini telah membebaskannya daripada tuduhan itu. Tetapi jelas
bahawa terdapat pihak yang yang merekayasa komplot dan tidak
mempedulikan kebaikan negara dan masa depan rakyatnya.
Kami beriman dengan apa yang difirmankan Allah SWT tentang peristiwa Hadithat al Ifk:-
Sepatutnya
semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang- orang yang beriman - lelaki
dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka
sendiri, dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".
Sepatutnya
mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan
itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka
mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.
(Surah An Nur 12-13)
Aku
menyeru kepada saudara-saudaraku rakyat Malaysia supaya bekerjasama dan
saling bantu-membantu. Aku berharap saudara-saudara di Malaysia
menjauhkan diri daripada konflik-konflik yang tidak ada faedah di
sebaliknya, malah ianya memudaratkan, tidak memberi manfaat,
menghancurkan, tidak membina, merosakkan dan tidak mendatangkan
kebaikan.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Yusuf al-Qaradawi
Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam
26 Oktober 2014
2 Muharram 1436
No comments:
Post a Comment