Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, September 10, 2014

PENDAPATAN HAMPIR 6K SETIAP RUMAH DI MALAYSIA KINI

Oleh DR AZMAN IBRAHIM

Baru-baru ini seorang menteri kabinte dengan bangga telah mengumumkan rakyat Malaysia  masa kini dengan jumlah hampir 29 juta memilik wang hampir 6 ribu setiap isi rumah. Hebat Malaysia. Dengan pengumuman ini mungkin tahun ini atau tahun depan pihak kerajaan akan membatalkan urusan BRIM.

WOW ini bermakna setiap rumah di Malaysia mampu memiliki sebuah kereta dengan bayaran ansuran bulanan sekitar 1,500 seperti sebuah Toyota Camry atau Honda CRV. Mampu tinggal di rumah banglo berkeluasan lebih 2,000 kaki dan ....

Bermakna juga kita tak akan mendengar lagi ada anak-anak yang tercicir persekolahan lantaran kemiskinan. Kita juga tak akan dapati lagi ada rumah yang atapnya bocor sehingga tidur malam penghuninya diganggu kebasahan titisan air hujan.

Kita tak akan dengar lagi ibu-ibu yang memasukkan air sejuk ke dalam botol susu anak-anak lantaran kehabisan belanja untuk membeli susu. Kalau ada pun memang kerana anaknya suka minum air sejuk.

Kita juga tak akan dengar lagi rakyat yang tinggal dalam rumah seperti pondok menunggu durian. Kalau ada pun, ianya adalah berita propaganda yang direka-reka untuk memburukkan kerajaan yang begitu prihatin dengan masalah kemiskinan rakyat.

Maka dengan ini juga diumumkan bahawa projek perumahan rakyat termiskin dan projek rumah mampu milik dimansuhkan serta merta kerana tak ada lagi rakyat yang nak duduk di rumah sebegitu.

Pusat-pusat zakat dan Majlis Agama Islam negeri-negeri dengan ini akan memansuhkan asnaf zakat untuk fakir dan miskin lantaran mereka tak dapat ditemui lagi walau dicari di segenap ceruk muka bumi Malaysia.

Saya juga selaku pengamal perubatan pergigian swasta bolehlah menaikkan sedikit caj rawatan yang selama ini masih berada di bawah paras harga rawatan yang disyorkan oleh Persatuan Pergigian Malaysia. Rendahnya caj rawatan di klinik saya kerana saya menyangka bahawa masih terlalu ramai rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yang miskin. Rupanya saya silap atau saya tak menyedari bahawa rata-rata mereka berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan. Alangkah ruginya saya selama ini!

Bila saya balik kampung dan meninjau kawan-kawan yang kerjanya sebagai NGO @ Noreh Getah Orang, didapati mereka semua ke kebun memandu pickup 4WD. Ada yang pakai Hilux, Navara dan Ranger. Zaman pergi menorah dengan motor buruk dah lama berlalu.

Alangkah makmurnya negaraku hasil kebijaksanaan pemimpin yang berintegriti tinggi dan amanah.

Saudara semua boleh bayangkan, inilah scenario yang mungkin berlaku andai statistik yang dikemukan oleh Bapak Menteri adalah satu kebenaran. Tapi apakah benar sebegitu?

Jawabnya tidak dan tidak!

Purata pendapatan isi rumah di Malaysia RM5,900. Itu adalah fakta. Tetapi bagaimana kaedah pengiraan, itu ramai yang tak tahu.

Secara mudah contohnya, seorang esekutif sebuah syarikat swasta yang menyara satu isi rumah berpendapatan RM11,000 sebulan sementara seorang NGO di Jabi berpendapatan RM800 sebulan juga menyara satu keluarga.

Apabila dicampur income antara 2 orang rakyat Malaysia yang menanggung 2 isi rumah ini, jumlah pendapatan keduanya adalah RM11,800.
Purata pendapatan isi rumah dikira dengan RM11,800 dibahagi 2, jumlahnya ialah RM5,900!

Benarlah RM5,900. Tapi hakikatnya, seorang mewah sementara seorang lagi tak cukup makan. Sepatutnya pihak di Putrajaya perlu membuat satu kajian di mana pengagihan perkapita ini tidak sesuai atau tidak releven, adalah lebih baik pihak menteria memberi kenyataan penoh dari hampir 29 juta rakyat Malaysia itu, berapa ramaikah sebenarnya yang berpendapatan sejumlah 5k tersbut. Amat mudah ambil saja satistik mereka yang terlibat dengan BRIM, kalau mereka terlibat dengan BRIM bermakna pendApatan isu rumah bawah 2k. ( satu pandangan )

Saya tak kata menteri berbohong, cuma beliau tidak bercakap benar 

Oleh DR AZMAN IBRAHIM- DETIK DAILU

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA