Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, September 11, 2014

PAS - ANTARA PEMIMPIN MUDA DAN DEWASA

 Utusan Melayu Online : Nik Abduh dilaporkan berkata:

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil mempertahankan kuasa pemutus Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung senarai nama calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

 1) Beliau menegaskan, tindakan Abdul Hadi itu terpaksa dibuat tanpa perundingan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berikutan perbuatan khianat yang dilakukan sekutu mereka itu terhadap Pas.


ulasan al-Husseyn:

Haji Hadi bukan sahaja bertindak sendirian, malah Timbalan dan AJK PAS Pusat pun tidak dirundingkan untuk membuat keputusan.Surat-menyurat diuruskan secara terus antara Hadi dan istana tanpa melalui pejabat Setiausaha Agung.

Timbalan Presiden, Hj Mohd Sabu dan AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti.

Apakah kesemua AJK PAS Pusat termasuk Hj Mohd Sabu itu telah buat khianat sepertimana tohmahan Nik Abduh terhadap PKR dan DAP?

Kalau Hj Hadi sudah hilang kepercayaannya terhadap kesemua AJKnya sendiri, dia tunggu apa lagi? Buatlah usul tidak percaya kepada AJK pada Muktamar nanti.


Nik Abduh dilaporkan berkata:

2) Katanya, pengkhianatan itu tercetus apabila berlakunya tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor yang memberi sokongan kepada PKR.

3) "Dua pengkhianat daripada ADUN Pas yang melompat telah memberi sokongan kepada PKR. Ini memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman Pas.

4) "Pengkhianatan PKR terhadap setia kawan dengan Pas dalam pakatan pembangkang apabila mereka menerima pengkhianatan dua ADUN Pas dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.

5) "Sebagaimana dua ADUN itu memutuskan wala' dan kesetiaan kepada Presiden, begitu juga PKR telah memutuskan setiakawan dengan Pas," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

6) Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh menjelaskan, sesiapa pun yang menginsafi akan memahami tindakan yang perlu dilakukan oleh Abdul Hadi apabila partinya dikhianati dari dalam oleh ahli sendiri.

7) Menurut beliau, pergolakan di dalam Pas sekarang sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan dua ADUN tersebut.

8) "Anda juga sedang melihat akibat pengkhianatan PKR, pergolakan dalam pakatan pembangkang akibat Pas kehilangan taruhan kuasanya dalam menentukan kelangsungan kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang Majlis Syura Ulama Pas putuskan untuk mempertahankannya," katanya.


ulasan al-Husseyn kpd 2,3,4, 5, 7 & 8:

Keputusan muktamar dan ucapan dasar Presiden untuk memperkukuhkan PR telah turut dibahas dan diterima secara sebulat suara oleh perwakilan. Ianya merupakan resolusi di setiap muktamar sejak 2009.

Apa erti para perwakilan menerima dan meluluskan Ucapan Dasar DS Presiden dan merupakan resolusi Muktamar sekiranya ianya tidak dipatuhi dan dilaksanakan oleh sebahagian ahli dan pimpinan sendiri? Tidakkah itu merupakan tindakan tidak wala’ kepada Presiden dan keputusan parti yang dibuat di badan tertingginya, iaitu Muktamar?

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor yang memberi sokongan kepada PKR adalah tindakan wala' kepada Presiden dan keputusan parti yang dibuat di badan tertingginya, iaitu Muktamar.

Sebelum kita tuduh dua adun tersebut  atau PKR bersama DAP buat khianat kepada PAS, cerminlah diri sendiri terlebih dahulu; siapa sebenarnya yang telah mengkhianati resolusi parti sendiri dan tidak wala' kepada Presiden?

Jelas bahawa pergolakan di dalam PAS sekarang bermula dari U-turn Hj Hadi sendiri :

a) Mesyuarat AJK PAS 178, Hj Hadi sendiri telah menamakan WAWI sebagai calon pertama dan Azmin Ali calon no.2.Dalam mesyuarat MPPR, Hj Mohd Sabu sebagai wakil PAS bersetuju hanya nama WAWI sahaja dipersembahkan kerana Azmin Ali menarik diri. Pada PC di Kota Baru, bersama TGNA dan Mustafa Ali, bila wartawan tanya samada menghantar nama WAWI satu tu sahaja menyalahi keputusan Mesyuarat AJK PAS 178, Haji Hadi dan Mustafa Ali menyatakan :
3:55-4:59 ~ Wartawan: Sekiranya, minta maaf… diserahkan nama Wan Azizah, tidakkah bercanggah dengan…  
4:00 – 4:06 ~ Mustafa Ali: Tak! Tak! Tak! Tak! tu… tidak bercanggah! Itu kaedah sahaja. (kedenganran TGHH turut ‘bertaktak’ dan mengatakan ‘tidak bercanggah’ juga) Videonya di sini
Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh dalam satu kenyataannya pada 22 ogos lalu berkata:

“Tetapi Pas tetap dengan pendirian bahawa kita cadang dua nama, satunya (Dr Wan Azizah) sebab ambil daripada muafakat tersebut, kita tidak tolak kerana itu (suara majoriti) PR tetapi pegangan Pas sebagaimana yang saya tegaskan tadi,” katanya kepada media di Majlis Aidilfitri Pas Terengganu, di sini.

Dr Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS dalam satu staus Face booknya secara sinis menggelar Hj Mohd Sabu sebagai 'Ayam Daging'

b) Gejala penentangan oleh MSU dan mereka yang sewaktu dengannya ini berpunca dari Dr Zuhdi Marzuki hingga telah mendorong PAS mengadakan satu lagi mesyuarat pada 258.Dalam mesyuarat kali ini , ketegangan berlaku kerana Hadi buat U-Turn.

Hj Hadi berkeras tidak mahukan WAWI manakala 13 Adun PAS Selangor pula menolak Azmin untuk dicalonkan sebagai MB Selangor.Kenapa Hj Hadi berdegil mahukan Azmin? Rupa-rupanya Hj Hadi telah menemui Azmin dan memujuknya menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.Walaupun dakwaan tersebut dinafikan oleh setiausaha politiknya, sehingga kini PAS tidak mengambil apa-apa tindakan mahkamah untuk menidakannya.Sekadar penafian untuk tutup malu Presiden.Bukankah PAS ada Asmuni Awi dan Hanifah Maidin yang boleh memberikan khidmat percuma?

c) Perlu diambil perhatian, keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat pada 178 itu tidak dimansuhkan ketika mereka bermesyuarat lagi pada 258. Ini bermakna PAS masih berpegang kepada keputusan dua nama iaitu, WAWI dan Azmin.


Nik Abduh dilaporkan berkata:

9) Tambah Nik Mohamad Abduh, terdapat dua pilihan yang perlu dilakukan Abdul Hadi dan salah satunya adalah untuk terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti Pas ke arah keluar daripada pakatan pembangkang. 

10) "Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan tahaluf siyasi," jelasnya.


ulasan al-Husseyn:

Jika Hadi memilih untuk bertindak drastik dan keras iaitu keluar daripada PR, sila buat muktamar tergempar dan buat usul pembatalan tahaluf siyasi kerana ianya merupakan resolusi di setiap muktamar sejak 2009.

Sila bentangkan segala butir pengkhianatan yang telah dilakukan ke atas PAS untuk mendapatkan mandat baru daripada parti supaya keluar PR. Presiden atau MSU tidak ada kuasa wewenang begitu saja untuk menyeret PAS keluar PR mengikut selera mereka sendiri.

Kita ada tatacara iaitu resolusi muktamar adalah yang paling tertinggi yang Presiden dan MSU wajib patuhi.

Perlu diingat, jika PAS keluar daripada gabungan itu dan bersendirian, ia akan menguntungkan Umno kerana rakyat sudah tiada lagi gabungan alternatif untuk disokong. Kalau PR jatuh kita akan kembali kepada zaman 1950-an dan 1960-an di mana rakyat tiada pilihan.

Nik Abduh dilaporkan berkata:


11) Kedua, kata beliau, adalah Abdul Hadi bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman Pas dan hubungan dengan PKR serta pakatan pembangkang.

12) Bagaimanapun, tegas beliau, Abdul Hadi telah memilih pilihan kedua dan tindakan itu menerima pujian apabila Pas melalui mesyuarat 17 Ogos lalu, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada Abdul Khalid.

13) Tindakan itu, ujarnya, telah dilakukan walaupun dilihat bercanggah dengan keputusan asal Majlis Syura serta mengejutkan pihak yang menyokong Abdul Khalid.

14) Malah, jelas Nik Mohamad Abduh, Abdul Hadi mengemukakan dua nama calon baharu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal Majlis Syura.

15) "Lihat, alangkah berjiwa besarnya Presiden (Abdul Hadi). Beliau mampu mempengaruhi Majlis Syura agar menerima hakikat pakatan pembangkang perlu diselamatkan," tegasnya.

ulasan al-Husseyn:

Nik Abduh merapu bila dia kata "...apabila Pas melalui mesyuarat 17 Ogos lalu, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada Abdul Khalid." 

Apa maksud Nik Abduh 'memberikan sokongan sementara kepada Abdul Khalid' ? 

Bukankah pada mesyuaarat itu Hj Hadi sendiri mencadangkan nama Azizah sebagai calon pertama dan Azmin Ali calon no.2? Mana ada sebut nama Khalid?

Nik Abduh merapu lagi dengan katanya, "Abdul Hadi mengemukakan dua nama calon baharu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal Majlis Syura."

MSU membuat keputusan mengekalkan TSKI sbg Menteri Besar pd 6/8/2014 tetapi bila 2 Adun membuat keputusan menyokong DS Wan Azizah selepas TSKI dipecat. Apabila TSKI dipecat dari parti beliau, maka keputusan MSU yang menyokong beliau sudah terbatal kerana TSKI bkn lagi ahli PKR yang bersama PR yang mana PAS di dalam PR.

Maka itu Setiausaha MSU, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh pada 22 ogos lalu buat kenyataan baru:
“Tetapi Pas tetap dengan pendirian bahawa kita cadang dua nama, satunya (Dr Wan Azizah) sebab ambil daripada muafakat tersebut, kita tidak tolak kerana itu (suara majoriti) PR tetapi pegangan Pas sebagaimana yang saya tegaskan tadi,” katanya kepada media di Majlis Aidilfitri Pas Terengganu.
Dimanakah percanggahannya wahai Nik Abduh? Ini macam kes ketinggalan teksi ....

Cakap mahu menyelamatkan Pakatan pembangkan tapi bermukah dengan Umno :
.....dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.  
"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.  
AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.  
AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”  
Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno. 
"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu 
 alhusseyn

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA