Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, September 28, 2014

HARGA RUMAH - MELAYU TERTIPU LAGI

Kuala Lumpur: Di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB), Undang-undang Lot Kuota Bumiputera diperkenalkan dengan tujuan meningkatkan peratus penguasaan Bumiputera dalam pemilikan hartanah kepada sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang 2020.
Bermula dari tahun 1971, pemaju perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keseluruhan unit sama ada kediaman atau komersial kepada Bumiputera.
Lot Bumiputera adalah unit ataupun tanah yang hanya boleh dimiliki ataupun dibeli oleh Bumiputera dan ia tidak berkaitan dengan Tanah Rizab Melayu.

Pembelian Lot Bumiputera oleh Bumiputera adalah tertakluk kepada diskaun sehingga 15 peratus dari harga jualan asal. Bagaimanapun, peratusan itu berbeza untuk setiap negeri dan di Johor, ia berkadaran langsung dengan harga hartanah.

Foto

Pemaju perumahan di Johor misalnya menawarkan diskaun Bumiputera sebanyak 15 peratus dan diskaun sebanyak enam peratus kepada pembeli bukan Bumiputera untuk kediaman yang mencecah harga RM1 juta.

Mengulas mengenai isu manipulasi harga diskaun rumah untuk Bumiputera, Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan Malaysia (HBA) melihat dengan serius isu berkenaan dan menyarankan supaya pembeli membuat aduan secara rasmi.

Setiausaha Agungnya, Chang Kim Loong berkata, aduan perlu segera dilaporkan kepada bahagian penguatkuasaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Beliau berkata, pihaknya mengakui menerima aduan daripada pembeli mengenai perkara itu dan memang terdapat segelintir pemaju yang tidak bertanggungjawab memanipulasi harga rumah untuk kepentingan sendiri.

“Kami menasihatkan pembeli supaya lebih peka mengenai sebarang tawaran yang diberi dan aduan ini sudah diajukan kepada pihak berkuasa.

“Malah, kami juga menyarankan supaya KPKT mengambil tindakan tegas kepada pemaju yang didapati bersalah memanipulasi harga dengan menarik semula lesen mereka,” katanya kepada Bisnes Metro di sini, ketika dihubungi semalam.

Beliau diminta mengulas aduan seorang pengguna mengenai diskaun yang diberikan untuk pembeli Bumiputera yang berbeza dengan pembeli bukan Bumiputera yang dianggap tidak membawa apa-apa makna selepas beberapa pengiraan dibuat.

Dalam aduan itu, pembeli berkenaan mendakwa hanya perlu membayar 10 peratus wang pendahuluan dengan anggaran sebanyak RM85,000 manakala, pembeli bukan Bumiputera perlu membayar sebanyak RM40,000 iaitu sekitar empat peratus daripada harga rumah memandangkan diskaun enam peratus yang diberikan itu dikira sebagai sebahagian daripada bayaran pendahuluan.

Beliau juga perlu menanggung kos tambahan lain seperti yuran guaman, duti setem dan yuran pinjaman dengan jumlah mencecah RM42,000. Secara keseluruhan, pembeli berkenaan perlu membayar sehingga RM127,000 sedangkan pembeli bukan Bumiputera hanya perlu membayar RM40,000 saja.

Chang berkata, pihak berkuasa perlu menggantung lesen pemaju yang tidak mematuhi undang-undang dan bukan hanya mengenakan kompaun semata-mata.

Katanya, selain itu lembaga pengarah pemaju terbabit juga perlu disenarai hitamkan kerana bagi setiap projek mereka perlu mewujudkan syarikat baru.

“Semua perlu bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan supaya masing-masing memperoleh manfaat terutama pembeli,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA