Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, September 25, 2014

GST - PEMIMPIN BERHUTANG - RAKYAT YANG BAYAR


OLEH MD IZWAN May 02, 2014  
Badan penyelidik bebas, Merdeka Center mendedahkan sebanyak 62% rakyat Malaysia tidak menyokong pelaksanaan cukai kontroversi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Kaji selidik melibatkan seramai 1,009 orang itu dibuat pada bulan lepas, malahan 33% daripada responden tidak memahami mengenai GST.
Semalam, kira-kira hampir 20 ribu orang berhimpun secara aman di Dataran Merdeka untuk membantah pelaksanaan cukai tersebut oleh Putrajaya yang akan berkuatkuasa 1 April, 2015.‎
 "62% responden tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST, jelas menunjukkan walaupun hasil yang akan diperoleh daripada cukai pengguna tersebut, kebanyakan orang awam tidak menyokong pelaksanaannya," kata penyelidik bebas itu.
 
Selari dengan kaji selidik tersebut, sebanyak 64% responden berkata mereka tidak faham bagaimana ekonomi negara akan bergerak.
"Pandangan tersebut lazimnya datang daripada isi rumah yang berpendapatan rendah, sekitar kawasan pedalaman dan di kalangan wanita," kata Merdeka Center.
Kaji selidik tersebut dijalankan oleh Merdeka Center sekitar 12 hingga 21 April.
Daripada kaji selidik itu, 1,009 responden yang juga pengundi  adalah 60% Melayu, 31% Cina dan 9% India serta dijalankan menerusi panggilan telefon.
Responden dipilih berdasarkan persampelan rawak berlapis bersama-sama etnik, jantina dan negeri didiami. Responden juga ditanya sama ada GST adalah sistem cukai yang adil dan 40% memberi jawapan negatif.
Kaji selidik itu juga melibatkan jumlah responden yang sama rata antara lelaki dan wanita dari kawasan pedalaman dan bandar mendapati 45% mengatakan GST tidak adil.
Lebih memburukkan, seramai responden 46% tidak yakin Barisan Nasional (BN) mampu menangani ekonomi sehingga 2020, sekaligus menjejaskan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, kaji selidik mendedahkan responden kaum Cina juga tidak yakin dengan kemampuan Putrajaya untuk memacu ekonomi negara.
Sebanyak 73% daripada responden kaum Cina dan 45% responden Melayu mempersoalkan cara Putrajaya mengendalikan ekonomi Malaysia.
Walaupun dengan pengenalan GST tahun depan, 51% daripada responden berkata mereka tidak yakin Putrajaya akan dapat mengendalikan ekonomi negara dan memulihkan defisit fiskal.
Hanya 38% daripada 1,009 responden menyatakan mereka mempunyai keyakinan ke atas pentadbiran Najib dapat menangani ekonomi Malaysia dan defisit fiskal.
Di samping itu, 52% daripada responden berasa Malaysia tidak akan dapat mencapai status negara maju dalam masa enam tahun, seperti yang disasarkan oleh Putrajaya.
Bagaimanapun, 41% responden berpendapat negara akan mencapai status negara maju menjelang 2020. – 2 Mei, 2014. The Malaysian Insider

Kenapa rakyat menoloknya?

Ketidakcekapan pemimpin dalam menguruskan kewangan negara. Terlalu banyak skandal rasuah, ketirisan dan penyelewengan dalam agensi kerajaan yang bukan sahaja berjaya dibongkar, didedahkan oleh pembangkang bahkan oleh jabatan audit, dan ada yang dibawa ke SPRM untuk siasatan rapi namun, penyelesaian bagi kes2 begitu adalah bersifat penyelesaian mee segera, acuh tak acuh ataupun tak sampai ke tahap yang boleh memastikan perkara itu takan berulangan lagi.

Rakyat juga bukan buta. Kita perhati aje permainan dorang. Ikan bilis kena tangkap laju2. Tapi ikan bilis yang songlap, dia tak boleh songlap buta2. Dia nak songlap kena ada kelulusan, sign dan cop. Tapi seringkali orang atasan bebas atas nama ini KRONISM. Masalah utama dalam agensi kerajaan ialah RASUAH. Pemimpin negara gagal mengatasi masalah Rasuah yang melibatkan agensi mereka lagi mao sembang kencang bab tambah pendapatan negara? Hak ala.

Laksanakan GST untuk bayar hutang. Ini bukan cakap tipu2. Idris Jala pernah keluarkan statement. Bahkan diakui secara direct ataupun indirect oleh menteri2 dalam forum, sidang media ataupun pertanyaan2 oleh wartawan ke atas mereka. Kerajaan mahu kutip duit cukai2 banyak2 disebabkan beban hutang yang ditanggung negara. 

Tapi siapa yang buat hutang2 ini? Betul ke negara berhutang untuk kebajikan rakyat? Ini point2 yang selalu disebarkan oleh geng2 UMNO. Are you sure negara berhutang demi rakyat? Dah takde duit sapa suruh buat istana mahal2? Tak rasa bongok ke? Bina istana demi rakyat? Dah tahu takde duit sapa suruh labur sana labur sini buat projek2 pembangunan yang berskala besar tapi tak memberikan impak sosial, kebajikan mahupun pertambahan nilai ekonomi ke atas rakyat? Contohnya bina jambatan kat tempat yang takde orang nak guna? Dan bina stadium runtuh? Ataupun bina menara demi menara padahal dah ada 2 menara antara tertinggi di dunia? Ada banyak projek gajah putih. Tahu, banyak. Ada banyak projek yang lepas siap tak memberikan nilai pada rakyat, ya kemajuan ada, tapi tak selari ataupun selaras dengan apa yang rakyat perlukan. 

Satu lagi taktik nak perbodohkan rakyat. Yang sebetulnya. Memang la SST ditukar kepada GST. Kerajaan memang tak tambah jenis cukai hanya mengantikan sistem sahaja. Tapi apa beza sistem lama dengan sistem baru? Bezanya ialah KERAJAAN MELUASKAN LAGI SKOP KUTIPAN CUKAI.

Pelaksanaan GST akan menyebabkan kos sara hidup rakyat bertambah. Ini sebab rakyat tak setuju. Perubatan, pendidikan, pengangkutan, perumahan, kos sara hidup, jaminan keselamatan, semuanya sedia mahal. Dengan pelaksanaan GST ia akan membuatkan perkara2 itu bertambah mahal. Sepatutnya kerajaan cari jalan untuk sesuaikan keadaan. Laksanakan GST pada kadar rendah. 2% macam SG. Ini terus2 buat pada kadar 6%. Alasan Ahmad Maslan kenapa kerajaan tetap pada 6% ialah kerana jika dibuat kurang dari kadar itu, maka serupa macam kerajaan tak tukar dari SST kepada GST. Takde pertambahan dari segi kutipan cukai sebab matlamat kerajaan buat macam tue ialah nak tambahkan jumlah kutipan cukai. Ye ye jek Ahmad Maslan ko berhujah macam tue tanpa tunjukkan solid evidence. Dia bercakap macam tue dalam satu forum di tv1 tak berapa lama dulu. Sebenarnya. Itu hanya kenyataan dia je. Bagi dulu bukti jika GST pada tangga 2% tidak akan menambah jumlah kutipan cukai. 


Kesimpulannya

Sepatutnya kerajaan kau cermin diri. Cari dari mana puncanya negara berhutang banyak2. AKu rasa antara punca utama negara kehilangan wang berbillion2 ringgit adalah disebabkan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan. Contohnya projek PKFZ. Ini berapa banyak billion punya rugi. Sekor pun tak kena hukum. Lancau betul. Kan aku dah naik angin.

Dan kalau pun pada kadar 2% tak menambah hanya mengekal maka apa masalahnya? Kerajaan patut focus untuk dapatkan lebihan dana daripada sumber lain jika kerajaan bercita2 nak bayar hutang negara. CONTOHNYA, PASTIKAN AGENSI KERAJAAN BERBELANJA DENGAN CEKAP DAN BEBASKAN DIRI DARI UNSUR2 KORUPSI DAN BUANG DUIT DALAM PROJEK GAJAH PUTIH. Kenapa tidak kerajaan buat hukuman bahawa setiap yang didapati bersalah dalam menyeleweng duit kerajaan perlu dibayar balik setiap satu sen? Hukuman penjara? Dok dalam penjara lagi rakyat nak tanggung. Dah rompak duit rakyat satu hal. Dok dalam penjara pun rakyat nak bayar. Ini babi punya undang2. Aku nak bahas isu penjara terbuka suatu hari nanti. Aku ada idea bagaimana penjara terbuka (ikut idea aku) bukan saja berperanan kepada mendidik pesalah yang berbuat salah bahkan berperanan menambahkan pendapatan negara. 

Setelah memahami point2 kenapa RAKYAT TOLAK GST, Ia tiada kaitan pun dengan pembangkang. Ia atas kesedaran rakyat. Yela, rakyat tak berapa faham nak ulas GST dari kerangka ilmiah disebabkan yang mereka bukan tolak GST itu kerana GST tapi mereka tolak pemimpin2 yang tak amanah. Bagi rakyat tiada keperluan untuk beri penambahan cukai kepada pemimpin2 yang tak amanah. Sama juga balik2 duit hilang sana sini dalam projek2 yang merugikan rakyat selagi mana BN tidak mengubah cara mereka mentadbir negara.

Kena faham. Beza rakyat tolak GST kerana sistem ataupun rakyat tolak GST kerana BN. Tak mustahil rakyat akan terima GST andaikata PR naik. Ia bergantung kepada cara kau uruskan perbelanjaan negara. Jika ko dapat banyak2 dan kau agihkan kekayaan negara kepada semua pihak, semua rakyat mendapat faedah dan manfaatnya, maka rakyat takan bising. Nak bising pasal apa? Kita bayar cukai sama2 dan kita terima faedahnya sama2. Ini, tidak. Di Malaysia, ko kutip cukai sana sini tapi bab agih kemain lagi. Hanya golongan tertentu mendapat faedah langsung, golongan tertentu pula ramai yang diabaikan sampai naik meluat pada pentadbiran BN. Memang korang bermasalah, mengaku sudah. Kalau ada maruah, berambos sama.

2 comments:

  1. syabas!!.....pendapat anda mmg selari dgn citarasa saya....mmg perfect....amazing!

    ReplyDelete
  2. Ini belum campur dgn hutang 1MD yg dok hutangRM30 bilion, duit pelaburan tah kemana dilaburkan tak tahu. Yg kita tahu bila rosmah keluar negara pasti pengarah 1MD dok ekor dan sponsor apa yg dibelanjakan. Macam ni memang patut negara bangkrup. Harta negara dah jadi harta mak bapak pemimpin umno dan kroninya.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA