Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, August 18, 2014

UMNO AKAN DI SWASTAKAN

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin melontarkan cabaran kepada UMNO bahagian seluruh negara agar mengemukakan idea luar biasa ke arah memastikan perjuangan parti itu terus relevan dan diterima rakyat. Bagi merangsang munculnya idea luar biasa dan mempunyai faktor wow itu, beliau juga mengumumkan ganjaran RM10 ribu kepada bahagian yang berjaya nanti.


Di samping meminta setiap bahagian menubuhkan jawatankuasa khas bagi memikirkan secara serius idea yang mahu dicari itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, sebuah jawatankuasa di peringkat Majlis Tertinggi akan turut ditubuhkan bagi menilai idea-idea yang diterima daripada seluruh bahagian itu.

Apa sudah jadi dengan UMNO sekarang ini? Nakkan idea bagi kepentingan parti dan kelangsungan masa depannya pun terpaksa ditawarkan wang sebanyak RM10 ribu.

Apakah jika tiada ganjaran, UMNO tidak mampu memberikan idea yang bernas dan terbaik? Atau ini merupakan cara terbaru Muhyiddin mendidik ahli UMNO mengenai nilai perjuangan dan bagaimana berjual-beli mengenainya.

Tidakkah beliau sedar, UMNO cawangan setiap tahun mengadakan persidangan tahunan, begitu juga UMNO bahagian setiap tahun juga mengadakan mesyuarat perwakilannya. Perhimpunan Agung UMNO juga diadakan tiap-tiap tahun. UMNO bahagian pula biasanya setiap bulan mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasanya, begitu juga peringkat Majlis Tertinggi.

Apakah dalam semua mesyuarat itu selama ini dan begitu banyak yang bercakap atau berucap, tidak ada satu pun di antara mereka itu memberikan idea-idea bernas atau mempunyai faktor wow? Atau hanya Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO tidak pernah menyemak idea-idea yang dilontarkan dan membiarkan saja buku laporan mesyuarat tahunan terperosok di sudut stor tanpa diusik?

Secara sedar atau tidak, sebenarnya amat memalukan bila Muhyiddin menawarkan ganjaran RM10 ribu semata-mata untuk mendapatkan idea terbaik bagi kelangsungan masa depan parti itu sendiri. Seolah-olah ahli dan pimpinan UMNO hanya boleh bergerak dan berjalan pemikirannya apabila ditawarkan wang ringgit saja.

Jika tiada wang, semuanya beku dan kaku.

Kalau sudah begitu nazaknya, lebih baiklah Muhyiddin cadangkan saja UMNO ini diswastakan sebagaimana kerajaan menswastakan TNB, Telekom, Pos, MAS dan sebagainya sebelum ini. Dengan ini bolehlah mereka yang memiliki UMNO itu memikirkan idea-idea baru dan fantastik serta memasarkannya seperti barang dagangan kepada rakyat.

UMNO yang sudah diswastakan ini bolehlah pula memilih sesiapa yang difikirkan layak untuk mentadbir kerajaan dengan syarat beberapa peratus daripada gaji dan projek yang dikendalikan oleh kementerian mesti diserapkan kepada UMNO yang sudah dimiliki oleh kaum pedagang dan kapitalis yang mungkin dari dalam dan luar negara itu.

Atau kalau susah sangat dan Muhyiddin sendiri sebagai orang nombor dua dalam parti dan kerajaan sudah tidak boleh memikirkan bagaimana untuk memastikan UMNO ini terus relevan dan diterima rakyat, buatlah tender terbuka agar ia dijual terus kepada mana-mana usahawan Melayu yang berminat membelinya.

Dengan itu, para pemimpin UMNO sekarang tidak perlu berfikir langsung bagaimana untuk memastikan parti itu terus relevan dan diterima rakyat. Ganjaran RM10 ribu juga tidak perlu ditawarkan kepada bahagian-bahagian lagi. Biarlah pemilik barunya, yang mungkin dibelakangnya tauke besar atau mafia daripada China, Amerika, Perancis, Australia, Afrika atau Amerika Selatan memikirkan idea-idea wow itu.
Oleh Shahbudin Husin detik daily

1 comment:

  1. Ahli dan kepimpinan dalam UMNO mana ada idea wawasan untuk rakyat membangun khasnya untuk Melayu dan amnya untuk rakyat Malaysia ,mereka hanya boleh mendapat idea membangun hanya dengan ada ganjaran itulah sebabnya melayu ketinggalan dalam DEB hingga lebih setengah abad semua peminpin UMNO hingga keakar umbi serendah Jawwatan Jin Jaga Kampong pun rembat duit rakyat,itulah sebabnya TPM sendiri berani buat tawaran sedemikian rupa,itu yang terang yang gelam belum tahu lagi,itulah sebabnya juga kita boleh lihat bagaimana seseorang ketua bahagian UMNO bermatian-matian pertahan jawatan bila ada pertandingan.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA