Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, August 17, 2014

SELANGOR DENGAN KEMELUT PRNYA


Kemelut politik Selangor menampakkan bagaimana ketiga-tiga parti gabungan memberikan pendapat bagaimana ikatan " Pakatan " perlu diteruskan, cuma yang hebatnya ialah DAP tidak menampakkan sangat " paniknya " dalam mengharapi kemelut ini. Tap yang jelas ialah bagaimana PAS harus " keluar " dari kemelut ini dengan kata pepatah " seperti menarik rambut dalam tepong ", kini seolah-olah PAS sudah ada 2 kumpulan. Ya dan tidak untuk terus bersama Pakatan Rakyat.

Kita lihat saja coretan 2 pemimpin ini:

husam musa 

Bagi Husam Musa ( naib presiden ) gambar - 
PAS lebih baik bersama PR, Jika kita ikut UMNO, kita umpama gerabak pada UMNO bukan lokomotifnya.

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menolak dakwaan dari sesetengah pihak yang mengatakan PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR).
Menurut Husam, beliau berjuang dengan memasuki parti PAS ketika PAS sendirian dan keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada awal tahun 1980-an.
“Saya muda masa tu, lihat seolah PAS tiada masa depan. Bertanding kalah, Kelantan yang kuat pun tinggal 2 kerusi.
“Tapi yakinlah bahawa Syed Qutb pernah menyebut, al-mustaqbal fi hadzad deen (masa depan hanyalah untuk Islam),” katanya di laman Facebook.
Tambah beliau lagi, keadaan PAS sekarang jauh berbeza dan jauh lebih baik daripada zaman mudanya.
“Tapi jika adik-adik atau anak muda yang rasa lebih baik PAS keluar PR, saya tak pasti.
“Percayalah kita perlu 30 tahun nak betulkan dan yakinkan semula orang ikut PAS. Pada saya situasi PAS sekarang lebih baik,” jelasnya.
Tegasnya lagi, jika PAS mengikut Umno, mereka umpama gerabak pada Umno, bukan lokomotifnya.
“Tetapi dalam landasan PR kita parallel kerana kita mempunyai persaingan sihat untuk masa depan politik yang lebih baik.
“Kalau baik ikut PAS, maka PAS akan ‘lead’. Jika PKR lebih baik maka parti itu akan ‘lead’,” katanya.
Ujarnya kita perlu yakin bahawa akan berlaku rekonstruksi dalam politik Melayu .
Husam berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang mengatakan PAS akan keluar daripada PR ekoran krisis Menteri Besar Selangor.
Semalam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mendapat perkenan daripada Sultan Selangor untuk beliau terus menjalankan tugas sebagai MB kerana mendapat sokongan majoriti DUN Selangor.




Saya masih mahu PAS bersama Pakatan Rakyat”

ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman secara peribadi menjelaskan bahawa beliau masih mahu terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

Menurutnya, pihak yang menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Selangor bukannya PAS, DAP dan PKR tetapi dilakukan bersama-sama sebagai Pakatan Rakyat.

“Saya secara peribadi tak nak Pakatan Rakyat berpecah,” ujarnya sewaktu diserbu oleh media di Lobi SUK.

Dalam pada masa yang sama, Rani turut menjelaskan sehingga 17 Ogos ini, beliau telah diberikan surat arahan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu kemelut Menteri Besar di Selangor.

Rani turut menjelaskan bahawa tujuan beliau hadir ke SUK adalah bagi membincangkan mengenai isu sebuah kuil di kawasannya iaitu Meru bukannya untuk berjumpa Khalid Ibrahim.

“Saya hadir ke sini untuk jumpa Pegawai EXCO Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V. Ganabatirau berkaitan isu kuil di Meru,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa beliau tidak sependapat dengan beberapa ahli PAS yang tidak bersetuju wanita diangkat menjadi Menteri Besar.

“Saya tidak setuju dengan perkara tersebut. Kalau tak setuju wanita menjadi pemimpin, kenapa kita meletakkkan Dr Halimah Ali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Insan,”
katanya. -FMT

ULASAN GB

Jika berdasarkan kenyataan di atas dan jika kesemua ADUN PKR dan DAP dicampurkan, PR sudah memperolehi majoriti mudah yang dikehendaki iaitu 29. 13+15+1=29.

Ini bererti TSKI berdusta dengan Sulatn Selangor yang menyatakan beliau memperolehi majoriti ADUN untuk kekal sebagai MB. 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA