Dia pernah menangis dan melutut depan Mahathir dan Hasmah benarkan ini?
Sekiranya anda
menganggap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seorang yang tidak ada 'class',
suka menghina dan jahil, salahkanlah Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Karier politik
beliau pernah terkubur selepas meletak jawatan Ketua Pemuda Umno, malah
beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sejurus
selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.
Kepada mereka yang lupa sejarah Zahid, beliaulah yang menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad atas tuduhan kronisme dan nepotisme.
Rancangan itu
tidak jadi, dan Dr Mahathir menelanjangkan sifat talam dua muka Zahid
dengan membongkar bagaimana Zahid telah memperkayakan diri menerusi
kronisme. Dari segi politik, Zahid terkubur, sehinggalah Abdullah,
selepas mengambil alih dari Dr Mahathir, memberikan beliau nafas baru
dalam Umno dan kerajaan.
Yang selainnya
tinggal sejarah. Menyedihkan. Zahid kemudiannya bangkit semula dan kini
merupakan Menteri Dalam Negeri. Sesuatu yang ironis, kerana orang yang
dituduh memukul kekasih anak perempuannya kini ditugaskan menjaga
keamanan. Pertuturannya umpama samseng; tidak berupaya membezakan
dirinya sebagai orang Umno dan Menteri Dalam Negeri, dan ia menjadi
peringatan betapa ramai pak menteri dalam kabinet XXL Najib sekarang
terdiri daripada individu yang tidak cekap.
Hari ini, jauh
dari merasa kesal dan terganggu dengan perbuatan meninggalkan kepala
lembu di rumah R.S.N. Rayer di Pulau Pinang, Zahid memarahi Adun
DAP itu atas keceluparannya, sambil berkata beliau sendiri mengundang
perbuatan tersebut kerana kenyataan "Umno celaka" yang diucapkan di
sidang Dewan Undangan Negeri.
Ingat, ini
kata-kata seorang Menteri Dalam Negeri. Seolah-olah beliau bersetuju
dengan mereka di belakang perbuatan melemparkan kepala lembu itu. Beliau
tidak berbeza dengan seorang lagi menteri dalam negeri dari Umno, Datuk
Seri Hishammuddin Hussein, yang satu ketika dulu turut bersimpati
dengan orang partinya yang mengheret kepala lembu di Shah Alam pada
2009.
Apakah seseorang
akan berfikir dua kali sebelum mengulang perbuatan yang dianggap
penghinaan ke atas penganut Hindu itu? Tidak peliklah apabila sejak
kebelakangan ini, golongan minoriti terpaksa berdepan dengan bangkai
binatang dilemparkan di rumah ibadat dan tempat lain?
Tindakan provokatif mereka jauh sekali mengundang hukuman. Bilakah kali terakhir polis menangkap sesiapa yang perlu ditangkap?
Mudah, malah
terlalu mudah, untuk mengatakan bahawa ini mengenai Rayer semata-mata
dan rakyat Malaysia tidak perlu terlalu teruja dengan kenyataan Zahid.
Keceluparan Zahid
menunjukkan ramai di dalam kerajaan tidak mampu membezakan yang hak dan
batil, dan tidak faham akan asas kepimpinan, iaitu mereka di tampuk
kuasa perlu buta warna dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam
menjalankan tugas.
Zahid menunjukkan
beliau tidak layak menjadi seorang pengadil jujur. Dia cumalah orang
Umno, tidak lebih dari itu. Cuma seorang yang mengeluarkan penghinaan,
seorang yang tiada 'class'.
Cuma sebuah
hadiah peninggalan Abdullah Badawi, seperti juga suruhanjaya rasuah yang
tidak bertaring dan kehakiman yang tidak berkredibiliti.
dollah yankee -malaysian insider,28jun2014
No comments:
Post a Comment