Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, June 28, 2014

AF - ASTRO UNTUNG MELAYU MERUDUM


Kecoh apabila peserta yang menghadiri uji bakat rancangan realiti Akademi Fantasia 2014 (AF2014) di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di sini, semalam bertelingkah sama sendiri merebut borang dihadkan kepada 500 orang terawal.

Kejadian berlaku apabila borang itu habis dan ia menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa peserta yang mahu mencuba nasib menyertai rancangan terbitan stesen Astro Ria itu.
Foto: SEBAHAGIAN daripada 1,000 yang hadir untuk sesi uji bakat AF2014, semalam.

Ketika ditemui Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad menjelaskan pihaknya tidak boleh mengedarkan borang lebih daripada 500 bagi membolehkan sesi uji bakat berjalan lancar dan habis dalam waktu ditetapkan.

“Justeru, saya menasihati peserta yang mahu mencuba nasib agar faham keputusan diambil produksi. Ini kerana sekiranya kami mengeluarkan borang lebih daripada jumlah itu ia mengambil masa panjang. Ia mempengaruhi juri kerana keletihan dan tidak dapat menilai bakat peserta dengan baik. Lagipun uji bakat dilakukan dalam tempoh dua hari di sini,” katanya.

Perebutan berlaku antara peserta yang menghadiri sesi uji bakat terbabit, apabila pihak produksi cuba menyelesaikan masalah mereka yang datang dari jauh seperti Singapura dan Pantai Timur yang sudah sampai ke lokasi uji bakat seawal jam 4 pagi.

Sumber Harian Metro.
1. Ramai betul orang Melayu yang tak sedar diri. Kalau dah tahu suara memang tak sedap, tak payahlah perasan nak cuba nasib pergi uji bakat pertandingan nyanyian. Kalau sekadar pergi audtion untuk buat kelakar dan tahu diri akan direject, jangan buang masa diri sendiri dan orang lain. Do something else yang korang memang ada bakat.

2. Ramai betul orang Melayu yang menjadi hamba hiburan sampai sanggup datang dari jauh, menunggu seawal jam 4 pagi, beratur panjang2, berebut2 borang bagai semata2 nak masuk pertandingan nyanyian. Cuba kalau rancangan2 realiti berbentuk ilmiah, korang datang ujibakat last minit pun mesti diorang masih terima sebab orang yang datang audition ciput sangat.

3. Aku rasa pertandingan Akademi Fantasia dah tak relevan. AF sekarang hanya dilihat sebagai mesin duit bagi Astro sahaja. Berapa kerat saja artis AF yang benar2 berjaya dan bertahan sehingga sekarang. Malah juara daripada musim yang lepas2 pun ramai yang hilang entah ke mana tanpa sebarang berita, pulang ke kampung dan kembali kepada kehidupan asal. Ada yang merasakan AF bakal merubah masa depan anda? Think again.

4. Kalau nak buat program realiti nyanyian lagi, mungkin boleh buat rancangan The Voice versi Malaysia, dengan coachnya mungkin M. Nasir, Siti Nurhaliza, Edry KRU dan Awie. Aku nak tengok apakah diorang akan berebut2 peserta macam siri2 The Voice negara lain sebab artis2 Malaysia ni kadang2 ada ego diorang sendiri dan tak sporting macam artis luar negara.

5. Ramai artis baru tak perlu berebut2 masuk AF pun tapi masih lagi berjaya dan mempunyai ramai peminat. Apa yang mereka perlukan adalah suara yang sedap, bakat bermain gitar, kamera web dan talian Internet. Upload sahaja nyanyian anda di Internet dan kalau nasib baik, anda boleh dapat masuk studio jadi recording artis dan bertanding di Anugerah Juara Lagu. Paling bangang pun, upload je benda2 bodoh macam Bobo Bubu dan Syasya Solero, silap haribulan dapat kontrak jadi artis dengan syarikat penerbitan filem lagi. 

tags:ramai orang melayu sanggup menjadi hamba hiburan akademi fantasia peserta audtion ujibakat rebut borang gaduh tarik rambut af juara the voice nak jadi artis penyanyi
......
Prince of Noob
http://buasirotak.blogspot.com

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA