UMNO kini seolah-0lah sudah hilang hala tuju dalam perjuangan, mereka leibh meletekan yang bukan penting tapi sebagai penting, mereka sudah kemaruk kuasa. Hilang pertimbangan.
TIGA hari berturut-turut, Malaysia telah menyaksikan tiga rusuhan ganas yang dipelopori oleh pemuda Umno yang cuba mengganggu-gugat keamanan yang dinikmati masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
" pencerubahan di DUN Pulau Pinang "
Pada
hari pertama, gerombolan perusuh Umno ini merempuh masuk ke Dewan
Undangan Negeri Pulau Pinang, dan mencemarkan kemuliaan sebuah institusi
yang mendapat mandat Yang di-Pertuan Agong dalam sebuah sistem
demokrasi dengan raja berperlembagaan.
Pada hari
kedua, gerombolan Umno juga telah berhimpun dan merusuh di ibu pejabat
kebangsaan DAP di Kuala Lumpur. Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan,
Mohd Razlan Mohd Rafii telah mengancam untuk membakar bangunan DAP.
Papan tanda ibu pejabat parti dirosakkan, manakala petugas parti dan
juga anggota polis dikasari. Kumpulan ini turut bertindak membakar patung wakil rakyat DAP.
Tidak
berhenti di situ, walaupun telah ditegur oleh Ketua Pemuda Umno Khairy
Jamaluddin, gerombolan Umno ini merusuh pula di pejabat DAP di
Kuantan.
Pada hari ketiga, sekali lagi keganasan tercetus dan
pintu pejabat ditendang dengan ganas sehingga bengkok manakala bangunan
tersebut dihujani telur busuk.
Persoalan yang timbul kini ialah
ke mana pula mereka akan bertindak tidak rasional dan ganas selepas
ini? Adakah mereka akan merusuh di pejabat DAP Selangor, atau adakah
mereka akan merusuh di Dun Selangor pula?
Melihat kepada trend
serangan-serangan yang tidak diambil tindakan undang-undang ini, kita
melihat kemungkinan bahawa kumpulan ini nampaknya mendapat lesen besar
untuk mencetuskan kekecohan tanpa kemungkinan dikenakan apa-apa
tindakan undang-undang.
Dengan ‘lesen’ besar ini, di manakah sasaran seterusnya untuk pemuda Umno untuk bertindak melakukan rusuhan ganas lagi?
Adakah
pemimpin Umno, terutamanya presiden parti tersebut, Datuk Seri Najib
Razak telah sama sekali gagal mengawal ahli-ahlinya? Atau adakah
pimpinan Umno sememangnya mahu dan suka ahlinya bertindak seperti
samseng?
Rakyat Malaysia resah dengan tindak-tanduk kumpulan yang
merupakan anggota pelapis parti pemerintah. Kita pastinya tidak rela
masa depan mereka ditadbir dan dikuasai sekumpulan samseng yang tidak
rasional mahupun berakal waras.
Tidak ada tempat untuk keganasan
di negara yang tercinta ini. Setelah tiga hari, tiga rusuhan, di tiga
tempat berlainan; dengan tiada tindakan Perdana Menteri mesti campur
tangan dan mengawal ahli-ahli partinya. Mereka yang bertanggungjawab
mencetuskan keganasan ini mesti segera dihadapkan ke muka pengadilan,
sebelum gerombolan ini bertindak menyerang sasaran mereka yang
seterusnya.
No comments:
Post a Comment