Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta.
Katanya,
siasatan dilakukan ke atas tiga sampel coklat Cadbury berkenaan bagi
tujuan pemantauan selepas timbul dakwaan dalam media sosial adanya DNA
babi dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk
yang tersebar luas dalam rangkaian media sosial, semalam…
Semalam ketika melihat keputusan ujian Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan terhadap coklat ini, saya menilai dalam beberapa aspek:
Pertama,
saya berpendapat pegawai yang mendedahkan perkara ini melalui laman
sosial adalah tidak mematuhi prosedur yang sepatutnya.
Sewajarnya,
kalau ini adalah keputusan yang sebenarnya, wajib ada kenyataan rasmi
dari pihak Kementerian. Lantaran itulah, pada hari semalam, bagi saya,
kebenaran fakta tentang apa yang tersebar ini masih diragui. Tambahan
pula ada kesilapan ejaan Cadbury menjadi Cabbury.
Hari ini saya
rasa amat pelik dengan Ketua Pengarah Kesihatan ekoran kenyataannya
bahawa siasatan ke atas 3 sampel coklat Cadbury berkenaan dilakukan
setelah timbul dakwaan dalam media sosial tentang perkara ini.
Bukankah
Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan yang melakukan ujian itu adalah satu
agensi di bawah Kementerian Kesihatan, bagaimana boleh berlaku Ketua
Pengarahnya cuma tahu melalui media sosial?
Tak kan tak ada
sebarang laporan atau pemakluman rasmi? Lagak Ketua Pengarah Kesihatan
macam terkejut je. Saya harap dia bukan buat-buat terkejut.
Apabila
tahu saja semalam, terus beliau buat siasatan dan hari ini sudah boleh
umumkan hasilnya. Cepatnya! Bagus! Tindakan yang cepat dan pantas!
Tetapi bagaimana kaedah siasatan dan ujian yang telah dilakukan sehingga hasilnya secepat itu boleh diumumkan?
Jangan
marah kalau masyarakat Jabi yang tak begitu bersekolah tinggi
meletakkan sangkaan, mungkin keputusan ujiannya dah lama diketahui,
tetapi kerana sesuatu kepentingan, maka ianya disembunyikan.
Melihat
kepada gambar foto keputusan ujian yang tersebar tersebut, tarikh
analisa telah dilakukan pada 27 Februari 2014 lagi. Maknanya telah 3
bulan yang lalu.
Kenapa baru sekarang diumumkan? Apakah kalau
perkara ini tak disebarkan melalui media sosial, ianya akan terus
didiamkan dan peminat coklat Cadbury akan terus memasukkan unsur haram
ke dalam perut mereka?
Kesilapan ejaan Cadbury menjadi Cabbury
bagi saya hanyalah typing error sahaja. Produk bernama Cabbury tak
pernah dilihat berada dalam pasaran. Memang yang diuji dan dimaksudkan
adalah Cadbury.
Hati kecil saya secara jujur rasa berterima kasih kepada insan yang mengambil alternatif mendedahkan perkara ni.
Walaupun
pada peringkat awal semalam saya kata, anda tidak amanah dalam menjaga
kerahsian maklumat yang sepatutnya bukan didedahkan melalui cara
sebegitu. Hari ini sebaliknya saya kata, kalau anda tak dedahkan, saya
yakin ianya terus disimpan rapi!
Seterusnya, setelah perkara ini
dimaklumkan secara rasmi oleh pihak KKM, cukupkah hanya sekadar Cadbury
Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik
produk itu dari pasaran dengan serta-merta?
Tak ada sebarang
tindakan undang-undang dan penguatkuasaan? Tak ada sebarang akta yang
boleh menghukum pengilang yang tak bertanggungjawab ini.
Masakan
Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd tak tahu bahawa mereka telah
memasukkan unsur babi (baca khinzir) ke dalam makanan yang diletakkan
tanda halal.
Kalaulah perkara ini berlaku di negara Cina di mana
pengilang memasukkan bahan yang tak dibenarkan ke dalam makanan,
nescaya pengilang ini akan tahu bahawa selepas hari Sabtu akan datang
hari Ahad! Tapi untungnya pengilang kerana insiden ini berlaku di
Malaysia.
Posted on Saturday, May 24 @ 22:20:00 MYT by paktam
Oleh DR AZMAN IBRAHIM
No comments:
Post a Comment