oleh : Mohamed Hanipa Maidin Presiden Barrack Obama memberi ucapan yang saya kira amat menarik semasa beliau berucap sempena pertabalan beliau sebagai Presiden Amerika. Obama menyatakan " bagi rejim yang bergayut kuasa melalui korupsi dan penipuan dan juga dengan mendiamkan suara-suara yang menentang , mereka kena tahu dan faham bahawa mereka sedang berada di kedudukan yang salah tentang sejarah ( wrong side of history )."
Melihat kepada keganasan polis menyerang rakyat Malaysia pelbagai kaum,
bangsa , warna kulit, bahasa dan agama di perhimpunan Bersih 3.0 yang
lalu memberi petunjuk yang jelas bahawa Umno berada-meminjam kata Obama-
'on the wrong side of history.'
Masa hadapan negara ini dengan izin Allah akan didirikan oleh rakyat
yang berjiwa seperti penyokong Bersih 3.0 yang berhimpun pada 28 April
yang lalu .
Rakyat seperti itulah yang tidak pernah putus asa mencari sinar keadilan ('adalah'- justice) , persamaan ( 'musawah-equality) dan kebebasan ( huriyyah-freedom) untuk dikecapi dan dinikmati keseluruhan rakyat di negara ini. Bagi kita Malaysia hanya boleh bergerak ke arah 'kedudukan betul sejarah' jika Kerajaannya mengetahui dan mengiktiraf bahawa rakyat seperti penyokong Bersih 3.0 tempoh hari adalah sebenarnya kekuatan kepada negara ini dan bukannya musuh negara ini.
Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia menyalahkan Penganjur Bersih yang menolak tawaran berhimpun di Stadium sebagai punca kepada kegawatan yang berlaku pada perhimpunan aman Bersih 3.0 Maaf Perdana Menteri alasan anda terlalu naif bagi seorang Perdana Menteri. Alasan kamu tersebut mengigatkan kami kepada filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P.Ramlee. Hanya kerana adinda bongsu Abdul Wahub memprotes keputusan dua kekandanya yang enggan menghantar ayahanda mereka ke Hospital ( supaya ayahanda mereka cepat mati dan mereka boleh membalut segala harta) Abdul Wahub dinafikan oleh kedua-dua kekandanya segala harta ayahandanya di dalam negeri Istambola.
Nampaknya begitulah logik Perdana Menteri. Hanya kerana penganjur Bersih enggan menerima keputusan Kerajaan Najib untuk berhimpun di stadium maka ikut logik Najib polis tidak salah melakukan tindakan ganas ke atas para penyokong Bersih 2.0 . Kita ingin katakan pada Perdana Menteri bahawa isunya bukan keengganan berhimpun di stadium. Sebaliknya isunya mengapa rakyat dilarang untuk duduk bantah secara aman hanya untuk tempoh 2 jam di Dataran Merdeka. Sejak bila duduk bantah secara aman dikira satu tindakan jenayah sehingga polis perlu dapatkan perintah Mahkamah untuk melarang rakyat duduk membantah.
Amat malang Majistret begitu mudah memberikan perintah secara ex parte ( sebelah pihak) kepada pihak polis hanya dengan sekadar berbekalkan maklumat atau versi pihak Polis tanpa mendengar versi pihak Bersih khususnya dari Pengerusi Bersih, Ambiga. Jika Majistret faham bahawa tugas hakiki seorang Hakim adalah melaksanakan keadilan dan untuk berlaku adil beliau perlu mendengar versi dua dua pihak sudah tentu beliau tidak akan begitu mudah memberikan perintah yang dipohon oleh polis secara ex parte. Apabila Rasululullah s.a.w menghantar Syaidina Ali r.a menjadi Hakim di Yaman antara pesanan Baginda s.a.w kepada Imam Ali r.a adalah jika ada pihak-pihak yang datang mengadu ( kes) kepada beliau ( Ali ) maka beliau dilarang membuat keputusan sehingga beliau mendengar dari pihak yang sebelah lagi.
Dalam undang-undang pentadbiran ini mendengar dua-dua pihak dinamakan 'audi alteram partem' yang menjadi asas utama prinsip keadilan semulajadi ( natural justice). Untuk Majistret yang berikan perintah melarang rakyat berhimpun secara aman di Dataran Merdeka pada 28 April ingatlah kamu tidak akan sama sekali terlepas dari keadilan Allah di akhirat kelak! Kita juga hairan sejak bila pula membantah piliharaya kotor menjadi satu kesalahan sehingga Datuk Bandara Kuala Lumpur yang dibayar gaji dengan wang rakyat bertungkus lumus mencari 1001 alasan untuk tidak membenarkan rakyat melalui Bersih untuk duduk bantah. Dataran Merdeka milik rakyat. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) hanya penjaga dan bukannya pemilik Dataran Merdeka.
Untuk Datuk Bandar KL kita ingin mengingatkan kata-kata Imam Ali r.a kepada Malik Al-Asytar r.a ( yang dilantik sebagai gabenor di Mesir ) " tanamkan dalam hati kamu rasa belas ehsan ke atas rakyat di bawah kamu, sayangi mereka dan berlaku baik ke atas mereka..kerana mereka ada dua kategori iaitu saudara kamu seagama dan saudara kamu yang dicipta oleh Allah..kesalahan datang dari mereka, kelemahan muncul dari mereka sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Oleh itu berikan mereka kemaafan sebagaimana Allah memaafkan kesalahan kamu..kerana kamu adalah di atas mereka dan mereka yang melantik kamu berada di atas kamu dan Allah berada di atas orang yang melantik kamu ..dan melalui rakyat Allah menguji kamu.' ( lihat buku "the sacred foundations of justice in Islam di m.s 85 )
Jika program-program yang lain termasuk program bersifat 'laghah' boleh dibenarkan oleh Dato' Bandar dan DBKL sebelum ini mengapa program duduk bantah secara aman untuk tempoh 2 jam tiba'tiba menjadi isu besar- mengancam keselamatan negara jika diteruskan! Bukankah lebih elok jika Dato Bandar atau DBKL atau pihak polis berterus terang kepada rakyat bahawa mereka adalah 'ejen' Umno dan mereka hanya menjadi 'jurucakap' Umno. Sekurang-kurangnya dengan bercakap begitu kita boleh menghormati mereka kerana berterus-terang!! Sebenarnya keganasan polis amat tidak perlu pada 28 April yang lalu. Jika rakyat dibenarkan berhimpun secara aman di Dataran Merdeka apa perlu polis ditugaskan di sana pada tarikh dengan jumlah yang ramai. Tugas rasmi polis menentang penjenayah dan bukan menjadi penjenayah dengan bertopeng uniform polis. Sedarlah Najib dan Umno hari di mana kamu menjadikan rakyat yang menyokong Bersih sebagai musuh kamu adalah hari di mana Kerajaan kamu mula menghitung saat kehancurannya. Teruslah bermusuh dengan rakyat jika kamu rasakan kamu terlalu hebat!!! Delete ReplyReply ForwardMovePrint Actions NextPrevious

You simply twisting the fcts or purposely being ignorant
ReplyDelete