Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, April 6, 2014

MH370 - KETIDAK SEPAKATAN DALAM PENYELESAIANNYA

Punyalah Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Hishamuddin Hussein KECEWA dengan Syarikat Pembuat Kapalterbang BOEING yang beliau katakan TIDAK MEMBERI KERJASAMA, tetapi hari ini Pihak Malaysia Airlines System (MAS) tidak secara langsung telah MENYANGGAH dengan mengatakan yang Syarikat Boeing TELAH MEMBERI KERJASAMA dalam mencari Pesawat Mas MH370 yang HILANG pada  8 Mac 2014 yang lalu. 

Satu lagi PERCANGGAHAN MAKLUMAT dari Pihak-Pihak yang Bertanggungjawab dalam Pemberian Maklumat yang ditanyakan oleh Wartawan, jadi macam mana lah tidak dikatakan yang Maklumat tidak disampaikan dengan TELUS. Jikalau diulang kembali semua Sidang Media yang dibuat oleh Pihak berkenaan gua rasa 51 peratus BERCANGGAH, 47 Peratus Boleh Sikit-Sikit Percaya dan 2 Peratus lagi PENIPUAN... kah kah kah !.

51 Peratus Percanggahan antaranya bila Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Pemenang Anugerah PERSEPSI telah mengatakan bahawa "Bukti-Bukti yang sedia ada MENCADANGKAN Kedudukkan Terakhir Pesawat MH370 adalah di Pertengahan Lautan Hindi, Tempat ini adalah LOKASI TERPENCIL, JAUH daripada Tapak Pendaratan yang MUNGKIN". Tetapi Pihak Mas pula telah mengatakan yang PESAWAT itu telah JATUH di Selatan Lautan Hindi.

47 Peratus Boleh Percaya Sikit-Sikit ialah pada Awalnya mengatakan yang kata-kata terakhir Komunikasi antara Pusat Kawalan Udara adalah "All Right, Good Night" tetapi kemudian nya mengesahkan yang Komunikasi terakhir antara Pusat Kawalan Udara adalah "Good Night Malaysia 370". Sebab itu gua katakan ini antara 47 Peratus Boleh Percaya Sikit-Sikit setakat ini, kerana gua risau gak takut-takut nanti Komunikasi tersebut bertukar menjadi "Good Night Hishamuddin" pulak... kah kah kah !.

Manakala 2 Peratus PENIPUAN antara nya ialah berkenaan BUAH MANGGIS yang dikatakan didalam Kargo seberat 4 Tan, sedangkan diketahui USAHKAN untuk mendapatkan Buah Manggis sebanyak 4 Tan tetapi seberat 4 Kilo pun belum tentu beb. Lu orang carilah Buah Manggis kalau boleh dapat pada masa sekarang, mungkin Bunga atau Putik Buah Manggis boleh lah dapat. Tak tahu lah gua kalau Kementerian Pertanian ada hasilkan Buah Manggis TABUNG UJI beb... kah kah kah !.

hemmmmm..... rakyat bukan mempertikaikan kenapa pesawat tidak lagi dijumpai, tetapi yang dipertikaikan ialah cakap berbelit macam mahathir kutty penyokong kassim ahmad anti hadis... kah kah kah... A B U.
 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA