Melayu
Kedah akan menjadi bangsat pada tahun 2030 jika kepimpinanan hari ini
masih tidur, terlalu banyak berpolitiking dan mementingkan kocek
sendiri. Ini kerana tanah rezab Melayu milik mereka sedang jatuh sedikit
demi sedikit ke tangan orang lain.
Amalan
mendabik dada konon Melayu Kedah kuat tanpa sesuatu tindakan yang bijak
dan strategik akan menjerumuskan mereka ke dalam gaung yang dalam.
Lapuran
Audit Negara 2013 yang terbaru amat mencemaskan. Lapuran ini telah
mendedahkan Tanah rezab Melayu di Kedah yang telah dibatalkan berjumlah
10,907.77 hektar. Manakala jumlah yang digantikan hanya lah 2,499.56
hektar sahaja . Ini bermakna sejumlah 8,408.21 hektar tanah rizab Melayu
tidak diganti.
Sebagai
contoh tanah seluas 1,051 hektar di Sik mukim Sungai Pau yang mana
kerajaan negeri telah meluluskan pembatalan tanah rizab Melayu daripada
PKNK sehingga kini tidak diganti.
Malah
yang membimbangkan lagi ialah apabila terdapat surat hak milik
tanah-tanah rizab Melayu yang diganti tidak diendorsekan oleh Pentadbir
Tanah Daerah khasnya di kawasan Kubang Pasu. Implikasinya kelak ia amat
mudah hak milik berpindah kepada pihak lain. Kawasan ini banyak
melibatkan sebuah pemaju harta tanah Cina di Jitra.
Akhirnya
laporan audit ini menegaskan agar tanah-tanah rizab Melayu yang
dibatalkankan hendaklah digantikan dengan segera supaya tanah-tanah
rizab Melayu tidak hilang.
Jika
ini berleluasa tidak mustahil Pulau Pinang akan meluaskan empayarnya ke
negeri Kedah pada tahun 2030 dan ketika itu Melayu Kedah akan
terpinggir dan menjadi bangsat di tanah nya sendiri.
Tanah-tanah strategik di dalam kawasan perbandaran akan ditawan oleh saudagar-saudagar Cina dengan harga pasaran yang melangit.
Pada
ketika itu Melayu Kedah akan diasak sehingga ke pinggir gigi-gigi
hutan Sik, Baling dan Kuala Nerang menubuhkan satu Kerajaan baru bersama
beruk, kera, siamang, monyet, mawa, lutung, musang dan jebon.
Mungkin
pada masa itu kerajaan tersebut akan dikenali sebagai "Kerajaan Barisan
Beruk" di bawah seorang "Chief Of The Jungle" kerana tidak ada lagi
jawatan Menteri Besar.
Hakikatnya
dengan angka-angka yang membimbangkan dari lapuran ini sepatutnya
membuat kepimpinan Melayu Kerajaan Kedah hari ini sedar dan bertindak
segera. Kalau mereka sedar akan survival bangsa mereka seharusnya mereka
kurang bermaharaja lawak dan kurang berdakapan dengan isteri kerana
tilam yang empuk itu adalah hak milik rakyat.
Sudah
hampir satu tahun Mukhriz menjadi MB dan sudah hampir satu tahun
exco-exco yang dilantik tidak menampakan apa-apa pembaharuan di negeri
Kedah. Aku janji Barisan Nasional “Bersama Memacu Transformasi Kedah"
masih terawang-awang tanpa hasil di depan mata rakyat.
WASSALLAM.
No comments:
Post a Comment