Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, March 2, 2014

UMNO SUDAH LUPA JANJI PERJUANGAN

UMNO (Malaysia).svg 

Pada sekitar 1985/86 kedengaran rakyat dan ahli-ahli Umno sendiri tidak begitu selesa dengan perkembangan baru dalam kerajaan dan negara kerana budaya meninggalkan perjuangan asal Umno itu semakin jelas.
Ciri-ciri pemimpin menumpukan untuk mengumpulkan harta kekayaan sudah menjadi semakin nyata. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sebelum itu mendapat sokongan berbilang kaum sudah mula diabaikan oleh pimpinan semasa itu dan kerajaan mula menumpukan hanya kepada pembangunan fisikal untuk menjadi bahan tayangan dan “testimonial” kepimpinan Mahathir yang baru berusia 6 tahun semasa itu.
Pimpinan mengambil pembangunan fisikal sebagai satu-satunya ciri pembangunan negara tanpa menghiraukan pembangunan nilai moral dan kemasyarakatan yang maju. Secara cepat masyarakat telah dibentuk sebagai masyarakat materialistik dan menganggap kemajuan ekonomi seseorang itu sebagai petanda arah kemajuan negara
Pimpinan berbangga dengan lapangan terbang yang cantik dan besar, jambatan yang terpanjang dan bangunan yang tinggi-tinggi serta tiang bendera yang tertinggi dalam dunia sebagai tanda kemajuan. Suatu ketika dahulu dalam kawasan Angkasapuri ada sebuah gong yang dibanggakan sebagai tanda kemajuan negara kerana gong itu merupakan gong yang terbesar di dunia.
Segala-galanya mesti dilakukan dengan tergesa-gesa untuk melihat negara berkembang kemajuan tanpa “planning” yang difikirkan cermat sebelum melaksanakan projek pembangunan.
Dalam pembangunan fisikal negara yang tergesa-gesa itu banyak elemen penting untuk rakyat diabaikan dan dengan deras sikap materialistik rakyat wujud dengan jelas sehinggakan ada yang bertanya, “berapa harga yang terpaksa ditanggung semata-mata kerana pembangunan yang begitu cepat” tanpa sebarang perancangan yang teliti untuk membawa pembangunan negara yang seimbang diantara pembangunan fisikal, material dan sosial rakyat.
Maka perasaan dan keresahan rakyat terzahir dengan tindakan banyak bahagian Umno mencadangkan supaya Mahathir diketepikan untuk menjaga masa depan negara dan rakyat.
Sebanyak 38 bahagian Umno mencadangkan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menyumbang kepada kepimpinan negara dengan meminta beliau bertanding dan menyaingi Dr Mahathir sebagai presiden Umno dan seterusnya menjadi perdana menteri negara ini.
Hasilnya Mahathir berjaya mempertahankan kerusi presiden itu dengan majoriti 43 undi sahaja – satu keputusan yang sangat “controversial” semasa itu.
Jika kita teringat janjinya (Mahathir) semasa mengambil alih kepimpinan Umno pada tahun 1981 sebelumnya kita beranggapan yang Mahathir akan berundur daripada kepimpinan negara. Beliau berjanji jika ada tanda-tanda yang sebahagian daripada rakyat sudah tidak menyokongnya beliau akan berundur secara terhormat.
Tetapi apa yang beliau lakukan adalah sebaliknya. Semasa berkempen dalam pemilihan itu beliau berkata menang satu undi pun itu adalah kemenangan.
Beberapa hari selepas itu beliau membuat kenyataan, jika beliau kalah sekali pun beliau masih boleh menjadi perdana menteri dengan bersandar kepada sokongan di Parlimen dan pelbagai alasan yang lain yang bertentangan dengan janji beliau semasa mengambil alih kepimpinan daripada Hussein Onn enam tahun sebelum itu.
Jika Mahathir mengambil sikap Tun Hussein Onn dan berundur dengan kekurangan keyakinan rakyat itu, ramai berpendapat keadaan sekarang tidak akan menjadi begitu nyata. Lagi pun itu bukan janji sesiapa, tetapi janji itu adalah janji beliau sendiri untuk berundur jika ada sebahagian rakyat yang sudah tidak menggemari beliau lagi.
Tetapi beliau mengambil tindakan yang terbalik dari apa yang beliau telah janjikan. Oleh kerana beliau mahu lagi meneruskan duduk di kerusi perdana menteri itu lebih lama lagi, beliau telah menghancurkan semua pihak termasuk membakar semua institusi demokrasi dan juga membunuh partinya sendiri yang kemudiannya diarahkan kesalahan kepada pihak lain.
Ini kejadian kejadian yang tidak dapat dilupakan oleh setengah pihak yang insaf dan kebanyakan darpadai mereka kini berada jauh daripada politik “gutter” seperti ini. Politik diambil alih oleh mereka yang tidak mempunyai roh perjuangan asal lagi.
Dengan keadaan begitu, ramai yang menyertai pasukan Mahathir tidak lain daripada hanya untuk mendapat laba kepimpinan dan kuasa, semata-mata untuk kuasa.
Lebih baik kita berterus terang kerana itu sahaja yang boleh membikin sesiapa yang ingin membetulkan keadaan poltik itu boleh menyelesaikan masalah. Masalah akan hanya selesai jika masing-masing memahami bagaimana masalah itu timbul dan dengan itu boleh membuka kembali kekusutan yang tersimpul sekian lama.
Pihak-pihak yang bergaduh sekarang tidak boleh menyelesaikan kekusutan ini, bukan parti-parti politik, dan bukannya mereka yang berjaya mengumpulkan orang untuk menolak kumpulan yang lain untuk mendapatkan kuasa.
Yang mampu membina kembali politik dan negara yang aman seperti yang pernah kita alami dahulu, hanya boleh dilakukan dengan jiwa yang sabar dan luhur dan tidak mungkin oleh mereka yang berjuang diatas landasan parti-parti politik semata-mata.
Tetapi saya ulangi, keadaan buruk yang wujud hari ini adalah keadaan yang boleh membawa keadaan untuk menunjukkan perbezaan jika kita telah bersedia untuk memulakan agenda baru politik negara, dalam negara yang baru dan dalam keadaaan dan situasi yang baru.
Kita terlalu jauh tersasar dan marilah memulakan langkah untuk berbaik-baik di antara satu dengan lain sampai ketahap kita rela untuk tidak mendapat apa yang kita hajati semata-mata kerana kepentingan negara yang kita dahulukan itu.
Tidak perlu kita merancang pilihanraya kecil misalnya, semata-mata kerana kepentingan politik peribadi dan menggunakan isu yang dirancang untuk menghalalkan tindakan politik “gutter” yang mengelirukan ini.
Cukup-cukuplah, berikan pemimpin yang mampu membawa kesejukan kepada negara daripada memilih dia ntara pemimpin yang sentiasa berperang di antara satu dengan lain, memilih salah satu diantara dua pihak yang berperang seperti sekarang ini, ia tidak akan membawa apa-apa kesejukan kepada negara.
Jangan diikutkan hati, nanti mati.
aspanaliasnet.blogspot.com,

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA