Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, March 5, 2014

UMNO MELAHIRKAN PEMIMPIN KAKI AMPU


Sejak akhir-akhir ini amat jelas menampakkan UMNO akan kehilangan pemerintahan apabila para menteri mereka terus memperlihatkan " kebodohan " dan " ketidak warasan " dalam hujjah mereka, rakyat masih ingat bagaimana ada kalangan mereka yang memberikan kenyataan lebih  rendah daya fikir mereka. Cuba lihat carta di bawah dan fikirkan mereka.


Kini sekali lagi Ahmad Maslan cuba memperbodohkan rakyat dengan kenyataan semata-mata untuk menunjukkan dirinya sebagai " pengampu " untuk meneruskan survival dalam kepimpinannya. Kalau di carta di atas beliau menyatakan " Bukan keputusan Kerajaan BN harga minyak naik " ( rujuk carta ). Agaknya siapakah yang bertanggong jawab untuk menaikan harga tersebut?

Ahmad Maslan cuba menonjolkan kebodohan sendiri semata-mata kerana angin bertiup di mana kabinet akan dirombak dan sudah tentu beliau ingin mengisi salah satu Kementerian dengan jawatan menteri. Kalau ya pun agak-agak lah nak MENGAMPU untuk mendapat Jawatan MENTERI Penuh, beliau memberikan  AMPUAN betul-betul tahap Orang GILA NAK MAMPOS.


                 Inilah ungkapan yang memperlihatkan kebodohan Ahmad Maslan.

YB ini sanggup ibarat pepatah " masuk bakul angkat sendiri " Hanya orang tidak sedar diri saja sanggup menjual dan mengangkat diri sendiri. Beliau sanggup meluarkan kata-kata Tiada Kerajaan Di Dunia Ini Yang Sebaik BN. Apakah YB ini sedar kebaikan yang ada pada BN cuma pandai Merompak, menyamum harta rakyat, selain dari mempunyai memimpin yang boros bertaraf dunia. Kita boleh lihat sendiri bagaimana negara yang kaya dengan hasil bumi tapi mata wangnya lebih rendah dari negara yang terpaksa membeli air untuk minum dari Malaysia.



Kaitan dengan GST,  mengapa beliau cuba terus menipu rakyat, dengan kata-kata pada tahun kedua pelaksanaan barang akan lebih murah dari yang asal. Beliau terus cuba menipu rakyat, walau pun pada masa ini " maklumat " sudah di hujung jari, tapi mungkin pemimpin yang sudah gelap hati dapat menerima ungkapan ini. Mereka juga sudah tidak dapat membezakan antara harga naik dan turun.

Apakah Ahmad Maslan lupa GST cakap Melayunya - Cukai Perkhidmatan Kerajaan -Apabila disebut CUKAI mana pernah cukai boleh turun ianya juga seperti dengan cukai-cukai lain, Seperti yang selalu dikatakan Cukai Pintu, Cukai Tanah, Cukai Import, Cukai Export atau pun Cukai Pendapatan, kalau dah nama nya Cukai mana ada ianya MENGURANGKAN HARGA. Kecuali " penghapusan cukai "

Dengan kata lain, ini melambangkan betapa " rendahnya " daya fikir pemimpin UMNO masa kini, dan mungkin benar kata-kata Mahathir di mana sudah berpuluh-puluh tahun cerdik pandai tidak lagi berminat dengan UMNO. Kalau kita perhatikan cara mereka bercakap, cara mereka memberi  ulasan memang sungguh mendukacitakan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA