Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, March 6, 2014

KALIMAH ALLAH PENTING BUKAN ALLAH

Semalam sempat juga merakamkan detik-detik cemas kalangan NGOs yang berhimpun untuk mendengar sendiri apakah hujah dan keputusan mahkamah kaitan dengan isu Allah. Suasana tenang pada mula menjadi kelam kabut seolah-seolah mereka " bekelahi " sesama sendiri untuk mendapatkan " lokasi " yang strategis di perkarangan istana mahkamah tersebut.
 
 Apa yang direbutkan oleh mereka?

Keadaan di luar Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini bertukar kecoh apabila kira-kira 500 orang yang terdiri daripada pelbagai NGO pro-Melayu cuba merempuh barisan anggota polis yang berkawal di pintu utama untuk masuk ke lobi bangunan mahkamah.

Sekitar jam 11.15 pagi, kumpulan tersebut yang menyokong kalimah 'Allah' digunakan secara eksklusif untuk umat Islam, mula melaungkan "La ila Ha Illalah" (Tiada Tuhan Melainkan Allah) dan bertakbir secara keras.Kumpulan itu pada awalnya mula berkumpul di kawasan dataran terbuka di hadapan Istana Kehakiman seawal jam 8 pagi lagi.

Sebelum kekecohan mula tercetus sekitar jam 11.15 pagi, kumpulan itu dilihat menaiki tangga di hadapan kompleks Istana Kehakiman dan cuba mengasak anggota polis yang berkawal di hadapan pintu masuk.

Kumpulan itu bagaimanapun cuba ditenangkan oleh Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris dan Penolong Setiausaha PERKASA, Norlizaizul Ismail, yang berdiri di antara kumpulan penyokong tersebut dan anggota polis.

Keadaan semakin bertambah kecoh apabila pengerusi majlis, yang meminta hadirin bertenang dan berundur ke belakang, ditarik-tarik oleh hadirin yang kelihatan semakin berang.

Sebahagian wartawan yang membuat liputan tergamam seketika kerana kumpulan tersebut kelihatannya seperti bergaduh sesama sendiri.Punca kekecohan kemudiannya dikenal pasti apabila sebilangan hadirin yang berdiri berhampiran polis mendakwa wakil COMANGO dibenar masuk ke lobi mahkamah.

Pengerusi majlis yang memakai jubah berwarna hitam, penutup kepala bercorak batik dan berkaca mata hitam kemudiannya berjaya melepaskan diri daripada ditarik-tarik orang ramai.

Beliau kemudian dilihat menghampiri seorang pegawai polis bertugas dan meminta pasukan tersebut menahan individu tertentu dalam perhimpunan tersebut bagi menenangkan keadaan.

Pegawai polis itu bagaimanapun menolak permintaan tersebut dan memberitahunya keadaan masih terkawal.

Keadaan kemudian beransur reda pada kira-kira jam 12 tengahari apabila hadirin mula berundur ke arah tangga di hadapan kompleks mahkamah.
1 comment: - komen dari FB.
Anonymous said... 
 
Kenapa dihalang mereka nak pakai kalimah Allah..sy betul2 xfaham laa..kalau diperhatikan secara terperinci..kebaikannya akan kembali kepada islam..

1. Apabila mereka menggunakan kalimah Allah..secara xlangsung meraka juga tidak akan menpermain2kan kalimah Allah serta menggangkat tinggi kalimah itu..xkan laa mereka mahu merendahkan2 atau menghinanya.

2. Ini akan memudahkan ruang dakwah dan dialog yg lebih mudah apabila mereka telah mengakui Allah adalah sebenar tuhan..cuma tugas kita mengajar atau berdakwah untuk memperbetulkan pemahaman mereka tentang Allah tuhan yang 1.

3. Kenapa risaukan umat islam akan terpesong jikalau mereka gunakan kalimah Allah didalam bible..sedangkan Al-Quran pun org islam malas nak baca..tetiba pulak mereka rajin nak baca bible.

4. Jikalau lah ada umat islam yang boleh terkeliru dengan penggunaan kalimah Allah didalam bible..bayangkan lah betapa teruknya ketidak ambilberatnya kerajaan dalam subjek matapelajaran islam disekolah2..betapa teruknya akidah umat islam dimalaysia ni sehinggakan boleh terkeliru dan terpesong akidahnya hanya dengan penggunaan kalimah Allah didalam bible..sesungguhnya aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah..tp sayg umat islam diMalaysia tidak kenal siapa Allah..tidak belajarkah sifat 20..sehingga boleh terkeliru..kalau ini pun islam dimalaysia boleh terkeliru..bagaimana nak berhadapan dengan dajjal yang terang2 mengaku dia tuhan dikemudian hari..

1 comment:

  1. yang komen ni pun jenis bangang..kRISTIAN ada berapa tuhan dan jika kalimah Allah dibenarkan utk orang kafir ..seolah -olah tuhan ada lebih drp satu...anwar bangang dan kumpulannya saja yg benar..Nik Aziz pun tidak bersetuju..sekarang dah bertemu dgn dajal dimana mereka yg mempersendakan kalimah Allah tu lah dajal

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA