Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, March 10, 2014

SCORPENE OH SCORPENE....

Bila ada yang bertanya, apasal 2 kapal selam Scorpene yang Najib dan Tantuya beli dgn harga 9 billion itu tidak di gerakan sama dalam operasi mengesan kapal terbang MAS 307 yang hilang itu?

Menteri Auw-Auw pun jawab melalui tweetnya :Tweet, tweet.....:



"Kapal-kapal Selam kita bukan dibuat untuk operasi begini.Bukan peranan sebuah kapal selam untuk (kerja-kerja) mencari dan menyelamat"

Wow! Ada pula orang tanya lagi kat dia, why Singapore can send in their submarine?

Auw-Auw pun jawab,depa hantar Kapal Selam penyelamat (ASR)- direka untuk operasi menyelamat di permukaan .... Ia adalah kapal di permukaan , bukan sebuah kapal selam.....




  Aku pun google cari maklumat mengenai perkara yang Auw-Auw katakan itu.Inilah yang aku dapat:



  Memang betullah apa yang Auw-Auw katakan itu.Kapal ini - Swift Rescue ini memang tak boleh menyelam, tapi ianya dilengkapi dengan peralatan untuk menyelam untuk Deep Search and Rescue Six (DSAR 6)... Kapal Selamlah tu!!

  Tapi bukankah Scorpene itu berteknologi tinggi dan punyai pelbagai fungsi dan kemampuan ? Cer selongkar mengenainya:



  Berdasarkan beberapa aset yg tiada tandingan jika dibandingkan dengan kapal selam lain dalam kategori yang sama - sistem SUBTICS ® Sistem kuasa tempur bersepadu, besar dan pelbagai muatan senjata dalam air, kelebihan akustik yang tiada tandingan - Scorpene ® mewakili satu ancaman yang penting bagi kapal selam musuh dan kapal-kapal permukaan, dan juga kegiatan menyalahi undang-undang .

   Scorpene ® kapal selam dapat memenuhi skop keseluruhan misi yang boleh diamanahkan kepada kapal selam moden pelbagai guna:

 - Peperangan anti-permukaan
 - Peperangan anti-kapal selam
 - Operasi khas - Perisikan 
 - Operasi cegah Bom jerangkap samar
 - Kawasan pengawasan dan sekatan 
 - Serangan darat terhadap objektif di darat

  Scorpene ® boleh melakukan misi-misi ini dalam masa aman, krisis atau masa perang kedua-dua di perairan cetek atau lautan dalam.Sumber

  Aku hairanlah dengan alasan Auw-Auw yg mengatakan Scopene tu hanya untuk combat atau berperang semata-mata. Macam mana tak hairan? Korang pun tentu terkebil-kebil bila baca berita dengan kepala berita bunyinya :
Missing Malaysia Airlines plane: Singapore sends 
2 warships, naval helicopter to search for flight MH370

Singapore has sent two warships and a naval helicopter to help in the six-country search for Malaysia Airlines (MAS) flight MH370 that went missing on Saturday. This is in addition to a military transport plane that was deployed on Saturday, and a rescue submarine - equipped to search underwater and has divers on board - that will be sent on Sunday. 
Kapal perang Singapore boleh....Kapal perang Indonesia boleh, Kapal perang Amerika boleh.....Tapi kapal selam perang Malaysia, Scorpene tak boleh? 

Yes Sir, I believe you, our Scorpenes were design only for combat and kill.They have already claimed a mortal for the record ....

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA