Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, March 22, 2014

MH370 - PENDERITAAN PENUNGGU MULAI DI RASAI


KAUM KELUARGA MH370 MULA MENUNJUKKAN  
KERESAHAN DAN KEKECEWAAN.


Ahli psikologi yang menjalankan sesi kaunseling kepada keluarga penumpang China yang terlibat dalam insiden pesawat hilang MH370 di Beijing berkata tekanan menunggu berita orang tersayang menyebabkan ada antara mereka terfikir untuk membunuh diri manakala sesetengah lagi dalam perancangan berbuat demikian, lapor ABC News.

Paul Yin, kaunselor sukarela kepada keluarga yang berkumpul di Hotel Lido, Beijing, berkata situasi terdesak untuk mendapatkan maklumat mengundang kepada perkara itu selain ada ahli keluarga yang dimasukkan ke hospital mengalami masalah sama.

Beliau berkata, keadaan itu memuncak apabila daripada rasa penuh pengharapan kepada putus asa menunggu berita orang yang mereka sayangi.


“Kebanyakan ahli keluarga mula bergantung antara satu sama lain. Sesetengah daripada mereka cuba menerima takdir orang yang mereka sayang tidak akan kembali lagi.

“Mereka yang lain bergantung kepada khabar angin atau teori konspirasi yang membuat mereka tenang merasakan penumpang masih hidup,” kata ABC News. ~tmi

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA