Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, March 21, 2014

MH370 - DESAKAN BERHENTI UNTUK NAJIB


PETALING JAYA: Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatannya kerana beliau telah memalukan negara apabila enggan bersoal jawab selepas sidang akhbar baru-baru ini.

Katanya, Najib hanya membaca teks ucapan sahaja dan selepas membacanya terus meninggalkan dewan yang menyebabkan semua wartawan tempatan dan antarabangsa kecewa dengan tindakannya itu.

Minggu lepas Najib bukannya membuat sidang akhbar sebaliknya memberi taklimat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.

Sejumlah 227 penumpang dan 12 anak kapal menaiki pesawat itu, yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac lalu.

“Yang menjadi persoalannya sekarang kenapa Najib tidak mahu menjawab soalan-soalan yang amat penting di sidang media tersebut sedangkan seluruh dunia mahukan penjelasan dari pemimpin tertinggi negara,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada FMT.

Syed Rosli bertanya adakah Najib seorang yang penakut dan tidak berani untuk berhadapan wartawan di dalam negara dan luar negara yang akan menyoal beliau?

“Melihatkan pengumuman Perdana Menteri Australia Tony Abbot yang telah membuat pengumuman di Parlimen adalah sewajarnya Kerajaan Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri Najib Razak melakukan perkara yang sama di parlimen Malaysia,” cadang beliau. Katanya lagi, di sini kita boleh lihat betapa tingginya kreditabiliti dan akauntibiliti seorang pemimpin di Australia berbanding pemimpin cap ayam di Malaysia. -FMT


Saadun Sulaiman said... 
 
Abang Syed, tak takut ke kalau Rosmah bertindak dan kamu akan di siasat oleh pehak Polis nanti. Bukan kah Tian Chua dah kena.

Saya percaya bahawa teks yang di baca semasa PC dulu di sediakan oleh APCO. Kalau begitu lah rupa PUNAHsehat PM kita, elok kalau di lantik budak budak dari "PERMATA" sahaja untuk melakukan tugas APCO. Tak gitu wahai abang Syed.

Seperkara yang kamu lupa bahawa pelantikan si NAJIB ini merupakan mala petaka buat Malaysia. Selain dari Mahathir yang beria ia berkehendakkan dia menjadi PM. Sehingga Mahathir sanggup menurunkan Pak Lah dulu. Malang nya dia tak berani melakukan nya sendiri tetapi di suruh Mahyiddin untuk melaksana kan misi nya.




No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA