Anggota krew kapal frigat Brazil, Constituicao menemui cebisan pesawat
Air France 447 yang terbang di Atlantik pada Jun 2009.
Air France 447 yang terbang di Atlantik pada Jun 2009.
2009: Air France Penerbangan 447
Pesawat jenis Airbus A330 berlepas dari Rio De Janeiro ke Paris pada 31
Mei 2009. Beberapa jam kemudian, semasa menyeberangi lautan Atlantik
dalam keadaan cuaca yang buruk, ia memberitahu pusat kawalan tentang
kedudukan terkininya.
Itu ialah perhubungan terakhir pesawat itu dengan pusat kawalan. Posisi
terakhirnya mengambil masa dua hingga empat jam untuk didekati dari
pelabuhan terdekat, dan kedalaman laut tersebut menyukarkan proses
pencarian.
Hampir dua tahun berlalu sehingga sebahagian besar bangkai pesawat
ditemui, dan majoriti mayat serta rakaman suara dan data turut ditemui.
Semua 228 orang dalam pesawat disahkan terbunuh.
Pada tahun 2012, pihak berkuasa Perancis mengumumkan bahawa kristal ais
yang berfungsi menentukan kelajuan udara pesawat itu telah menyebabkan
mod autopilot terputus. Pesawat itu kemudiannya terhempas ke dalam laut.
Rakaman dari kotak hitam mengisyaratkan yang berlaku kesilapan apabila
pembantu juruterbang 1 dan pembantu juruterbang 2 membuat
keputusan-keputusan tertentu yang menyebabkan keadaan lebih buruk untuk
pesawat tersebut selepas mod autopilot dinyahaktifkan. Semasa itu
juruterbang sedang berehat dalam masa yang diperuntukkan kepada beliau.
Kesemua yang berada dalam kokpit hanya menyedari pesawat itu akan
terhempas 10 saat sebelum ia berlaku.
2003: Boeing 727
11 tahun lepas, sebuah pesawat Boeing 727 hilang di ibu kota Luanda, Angolan.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Quatro de
Fevereiro pada 25 Mei 2003 untuk ke Burkina Faso. Ia berlepas dengan
lampu yang tidak menyala dan transponder yang tidak berfungsi.
Ada beberapa laporan yang bercanggah tentang jumlah penumpang dalam
pesawat, tetapi jurutera Ben Charles Padilla dipercayai berada dalam
pesawat tersebut. Sesetengah laporan mendakwa dia terbang seorang diri,
manakala beberapa laporan lain memberitahu terdapat tiga orang dalam
pesawat itu.
Tidak ada apa-apa khabar berita tentang apa yang telah terjadi kepada
pesawat itu selepas itu. Lokasinya tidak diketahui hingga ke hari ini.
Wakil media mengambil gambar apa yang berkemungkinan serpihan pesawat
penerbangan 990 Egypt Air di Nantucket, Massachusetts pada November 1999.
1999: EgyptAir Penerbangan 990
15 tahun dulu, penerbangan 990 EgyptAir terjunam, pada jarak 14,000 kaki dalam masa 36 saat.
Jet 767 itu dalam perjalanan dari Kaherah ke bandaraya New York, terhempas ke Lautan Atlantik berdekatan pantai Massachusetts.
Walaupun serpihannya ditemui, masih terdapat spekulasi tentang punca
sebenar kejadian tersebut, yang menyebabkan 217 orang yang menaiki
pesawat itu pada Oktober 1999 terbunuh.
Pelbagai teori termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang membunuh
diri, juga terdapat kisah yang tidak dapat diakui kesahihannya tentang
pertengkaran untuk mengawal pesawat di kokpit antara juruterbang dan
pembantunya. Mesir pula memberitahu ia kerana kegagalan mekanikal.
Bahagian sayap Penerbangan 800 TWA terapung di Lautan Atlantik
berdekatan Long Island, New York pada Julai 1996.
1996: Penerbangan 800 TWA
Pesawat yang dalam perjalanan ke Paris meletup di udara sejurus selepas
berlepas di bandaraya New York, dan menyebabkan kesemua 230 orang dalam
pesawat terbunuh.
Saksi mendakwa mereka menyaksikan lingkaran cahaya dan bola api,
menyebabkan ada yang curiga bahawa pesawat itu dibedil oleh pengganas
dengan roket. Ada yang mendakwa peluru berpandu dan meteor.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) memutuskan yang letupan
tersebut ialah disebabkan litar pintas elektrik yang meletupkan tangki
bahan api dan seterusnya memusnahkan pesawat tersebut sehingga menjadi
cebisan kecil di perairan Long Island.
Walaupun diberi penerangan sebegitu, masih wujud teori konspirasi tentang pembabitan kerajaan dalam insiden tersebut
.
.
1947: British Stardust
67 tahun lepas, sebuah pesawat British lenyap di banjaran Andes setelah berlepas dari Buenos Aires ke Chile.
Setelah pencarian pesawat yang diberi nama Stardust itu tidak berhasil
selama 50 tahun, teori konspirasi mula muncul, antaranya tentang makhluk
asing, dan semua ini terbukti tidak benar apabila bangkai pesawat itu
ditemui tertanam dalam bongkah glasier. Kejadian itu berlaku pada 2 Ogos
1947 dan membunuh 11 orang dalam pesawat, seperti laporan BBC.
Mesej terakhir dari Stardust dalam bentuk kod Morse ialah perkataan
‘STENDEC’. Walaupun setelah beberapa dekad, maksud perkataan tersebut
masih misteri.
Anggota tentera laut bergambar di harapan Penerbangan 19 yang lenyap pada tahun 1945.
1945: Para tentera laut pengebom di Penerbangan 19 (Segitiga Bermuda)
Penerbangan 19 tidak merujuk kepada satu pesawat, sebaliknya lima orang
tentera laut pengebom yang hilang di pantai Florida pada 5 Disember
1945.
Seorang jurulatih penerbangan memandu pesawat itu, yang turut membawa
juruterbang-juruterbang berkelayakan dalam penerbangan selama 350 hingga
400 jam, menurut Sejarah Tentera Laut dan Arahan Warisan US.
Transmisi radio menunjukkan yang jurulatih itu sesat kerana kompas tidak
berfungsi. Hubungan radio juga putus sebelum masalah yang sebenar
dikenal pasti, dan kehilangan pesawat tersebut tidak meninggalkan
sebarang jejak.
Menambah misteri, pesawat yang ditugaskan untuk mencari Penerbangan 19
juga hilang lenyap. Pesawat patrol itu, yang berlepas keesokan harinya,
tidak pernah dilihat atau didengar lagi.
Penerbangan 19 dilaporkan kali terakhir berada di satu kawasan yang secara tidak rasmi dikenali sebagai Segitiga Bermuda.
Pesawat P-40 Kittyhawk tentera udara diraja British di gurun Sahara.
Pesawat itu terhempas pada 28 Jun 1942 dan ditemui pada 2012
Pesawat itu terhempas pada 28 Jun 1942 dan ditemui pada 2012
1942: Jet Pejuang British
Sebuah pesawat pejuang tentera udara diraja British terhempas di kasawan gurun Sahara Mesir pada 29 Jun 1942.
Tidak ada sebarang berita didengari tentang juruterbang pesawat itu
selepas itu, dan pesawat P-40 Kittyhawk yang dipandunya dianggap hilang
buat selamanya.
Bagaimanapun, dua tahun lepas, seorang pekerja syarikat minyak menemui
bangkai pesawat itu. Apa yang mengejutkan, pesawat itu ditemui dalam
keadaan baik, dengan keadaan sayap, ekor dan instrumen kokpit masih
terbina.
Di masa itu, menurut pakar, pesawat terbang dengan kelengkapan yang
sangat asas, jadi peluang untuk juruterbang untuk terselamat ialah
tipis.
Dalam sebuah gambar yang diambil pada tahun 1930-an,
Amelia Earheart melihat keluar menerusi tingkap kokpit pesawatnya.
1937: Amelia Earhart
Kehilangan Amelia Earheart berkemungkinan merupakan misteri paling terkenal kehilangan pesawat yang tidak dapat diselesaikan.
Juruterbang yang mencipta sejarah itu berada dalam penerbangan yang
paling bercita-cita tinggi untuknya, iaitu untuk menjadi wanita pertama
terbang mengelilingi dunia.
Pada tahun 1937, dia terbang dengan pesawat miliknya Lockheed Elektra,
yang mempunyai enjin berkembar. Dengan baki penerbangan sejauh 7, 000
batu, dia cuba mendarat di Pulau Howland di tengah lautan Pasifik.
Menurut biografi Earheart, transmisi radio beliau menjadi tidak jelas di
situ, dan laporan terakhir yang dibuat olehnya ialah, “kami terbang
utara dan selatan”.
Setelah menbelanjakan USD 4 juta dan pencarian sejauh 250, 000 batu
persegi di lautan pasifik, Amerika Syarikat membatalkan pencarian.
Pelbagai teori wujud hari ini tentang kehilangannya, namun nasibnya dan
pemandu arah yang terbang bersamanya, Fred Noonan, tidak diketahui.
No comments:
Post a Comment