SIAPA HARUSSANI?
Tan Sri Datuk Harussani Zakaria, mufti Perak sejak tahun 1985 merupakan mufti paling lama berkhidmat di negara ini dan juga satu-satunya mufti yang tidak mempunyai kelulusan ikhtisas iaitu sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda. Beliau adalah mufti yang dilihat paling cenderung menyokong kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan mengeluarkan kenyataan dan fatwa yang mengelirukan.
Hari
ini, melalui portal Malaysiakini, Harussani mendakwa mereka yang
menyertai perhimpunan TURUN pada malam menyambut tahun baru sebagai
mereka yang halal darahnya dikorbankan. Beliau menggelar mereka ini
sebagai pemberontak ataupun di dalam terma Bahasa Arabnya ialah
‘Bughah’.
Harussani
pada zamannya pada tahun-tahun 1985 di mana ketika itu para cendekiawan
Islam berkelulusan luar negara adalah tidak ramai. Jika ada sekalipun,
ramai yang memilih menyertai fakulti pengajian Islam di
university-universiti awam Malaysia sebagai tenaga pengajar. Namun
begitu, ramai kurang gemar dengan tindakan membiarkan Harussani terus
menjawat jawatan tertinggi agama di negeri itu sedangkan pada hari ini
sudah ramai anak negeri Perak yang sudah berjaya di peringkat pengajian
tertinggi seperti Doktor Falsafah di dalam pengajian berkaitan Islam.
Walaupun begitu, perlantikan ke jawatan Mufti ini tidak dibawah kerajaan
negeri tetapi terus di bawah Sultan yang merupakan ketua agama negeri.
Harussani
yang dilahirkan di Parit Buntar, Perak pada kini dilihat sebagai mufti
yang kuat berpolitik hanya mempunyai kelulusan peringkat sijil di pusat
pengajian tempatan. Beliau hanya mempunyai kelulusan Sijil Tertinggi
Kolej Islam Kelang pada tahun 1964 di mana ketika itu kelulusan tersebut
sama tarafnya dengan Diploma. Seperti dinyatakan pada zaman awal
tersebut, tidak ramai mereka yang berpengajian Islam yang tinggi maka
Harussani mempunyai peluang kerjaya di dalam pentadbiran Islam yang
luas. Malah, dengan pengalamannya sebagai pengajar agama Islam di
beberapa maktab perguruan juga memberi peluang kepadanya untuk
memperolehi jawatan yang baik kerana kekurangan mereka yang
berpendidikan ijazah sarjana muda berkaitan agama Islam pada ketika itu
dalam pentadbiran awam.
Beliau
dilantik oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menjadi Mufti pada tahun
1985 dan sehingga kini tiada lagi anak watan Perak yang dilantik untuk
menggantikan beliau meskipun sudah ramai anak watan Perak yang sudah
belajar sehingga ke Timur Tengah dalam pengajian Islam. Namun begitu,
beliau dianugerahkan dengan Doktor Kehormat yang membawa gelaran Dr.
dalam kurungan oleh Sultan sendiri yang merupakan Canselor Universiti
Malaya pada tahun 2001. Namun begitu, semua sedia maklum anugerah Doktor
Kehormat Syariah hanya bersifat mengiktiraf tugas dan sumbangan dan ini
tidak mencerminkan ilmu sepertimana yang ada dalam pemberian Doktor
Falsafah yang hanya boleh diambil selepas menyelesaikan Sarjana Muda,
Sarjana Masters dan mempunyai kemampuan menulis jurnal berwasit dan
bersifat pengkaji ilmiah. Malah, tidak salah untuk mengatakan mana-mana
anugerah Doktor Kehormat di kebanyakan university di Malaysia bersifat
politik dan perniagaan. Contohnya apabila sebuah universiti di Malaysia
yang menganugerahkan Doktor Kehormat Ekonomi kepada pemimpin diktator
Korea Utara, Kim Jong Un yang belum pun berumur 30 tahun semata-mata
untuk berharap dapat menarik lebih banyak pelajar dari Korea Utara untuk
dihantar belajar di university swasta berkenaan.
Tindakan
terbaru Harussani ini yang cuba ‘menumpahkan’ darah adalah amat dikesali
oleh ramai pihak. Tindakan beliau yang memprovokasikan keadaan
memburukkan nama baik Sultan yang merupakan ketua agama Islam di negeri
Perak. Terlalu banyak yang sudah dilakukan Harussani sejak dahulu lagi
yang mengguris hati umat Islam meskipun beliau hanya mufti di sebuah
negeri di Malaysia. Meskipun Harussani banyak menulis di majalah dan
buku (walaupun bukan dikategorikan sebagai ilmiah), ia masih jauh
meletakkan beliau sebagai ulama sebenarnya. Namun sekarang, Harussani
perlu berlapang dada dan menyedari kedudukan diri sendiri yang
sebenarnya seorang yang tidak layak pada abad hari ini kerana sudah
terlalu ramai anak watan Perak yang jauh lebih baik kelulusan
akademiknya dari Harussani.
Biarlah
artikel ingatan ini ditujukan kepadanya supaya ingat bahawa ramai orang
tahu kecetekan ilmunya itu tetapi malas sebelum ini untuk membuat
bising. Tetapi kali ini Harussani melampau dan ego besar, sudah sampai
masanya Harussani diingatkan bahawa Harussani ini tidak ada apa-apa pun
yang baik tentangnya dalam pembangunan ummah di negeri Perak dan
Malaysia.Biar pun dilantik menjadi penasihat Syariah di mana-mana bank
mahupun syarikat berkaitan kerajaan, orang ramai ternyata yakin lantikan
itu bersifat politik dan membayar di atas perjuangan politiknya untuk
pihak Umno. Diharapkan dengan kebijaksanaan Sultan Perak sebagai bekas
Ketua Hakim Negara dan YDP Agong dan Raja Muda Perak yang memiliki
Doktor Falsafah Undang-Undang dapat melakukan yang terbaik bagi
mengelakkan nama baik diraja Perak dicemari oleh individu seperti ini di
masa hadapan. Agaknya sudah sampai masanya Mufti baru dapat dilantik
demi nama baik institusi Islam di Perak.Wallahualam.
Anda boleh baca bahan-bahan dibawah
untuk kenali Harussani bagi anak-anak muda yang belum mengenali beliau
dan malah pembaca boleh sahaja Google nama Harussani untuk mengenali
beliau:
No comments:
Post a Comment