Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, January 20, 2014

NAJIB - PERLU BERHENTI....


Najib perlu letak jawatan segera, kata Tamrin

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak terus mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya apabila gagal serta tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan janjinya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Datuk Mohd Tamrin Ghafar ketika ditemui Harakahdaily turut menggesa agar Najib lebih bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam negara ini atas kegagalannya sebagai pemimpin.

Jelas beliau lagi, Malaysia sekarang hampir terjerumus ke dalam keadaan yang teruk terutamanya membabitkan ekonomi, justeru keengganan Najib melepaskan jawatan akan memberi tekanan yang amat teruk kepada rakyat.

"Saya mahu Najib segera melepaskan jawatan, tidak boleh tangguh lagi sebab negara ini sudah berada dalam keadaan yang semakin teruk terutamanya dari sudut ekonomi.

"Selain itu Najib juga dilihat mungkir janji beliau pada PRU13 yang lalu dan beliau turut bersikap sambil lewa serta tidak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku sekarang ini.

"Soal ekonomi, agama, perkauman, rasuah dan penyelewengan, apa yang dilakukan olehnya untuk mencari jalan penyelesaian. Semuanya semakin teruk, Najib dan kerajaan gagal menyelesaikannya," jelas bekas Pengerusi Mara itu.

Menurut bekas ahli Umno itu lagi, negara ini memerlukan seorang pemimpin yang lebih bertanggungjawab serta berhemah dalam soal membabitkan rakyat dan perbelanjaan wang negara.

"Sebelum PRU13 Pakatan Rakyat telah menjelaskan jika dapat memerintah maka harga kereta akan turut termasuk juga harga minyak dan lain-lain keperluan.

"Begitu juga Najib yang turut berjanji bahawa harga minyak tidak akan naik, tetapi apa yang kita lihat sekarang ini, harga minyak terus naik dengan alasan pengurangan subsidi.

"Jelas sikap tidak bertanggungjawab beliau dalam isu membabitkan kos sara hidup rakyat, sekarang sudah sampai masanya negara ini memerlukan seorang pemimpin yang lebih bertanggungjawab, dapat merasa keperitan hidup rakyat serta mengembalikan ekonomi negara," katanya yang menyertai PAS pada Ogos 2012.

Beliau yang turut berpendapat, semakin lama Najib memegang jawatan tersebut, keadaan ekonomi dan sistem pentadbiran negara tidak lagi dapat diselamatkan, malah rakyat akan terus menanggung beban hutang negara yang mencecah RM600 bilion.
- HD

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA