Penerbit
 filem The Wolf Of Wall Street, dari kiri Joey McFarland bersama Riza 
Aziz, Irwin Winkler dan Joe Low dalam satu majlis pelancaran filem ini 
di Ziegfeld Theatre. Gambar Zimbio.com. 
Kira-kira 45 minit adegan lucah dalam filem 'The Wolf Of Wall Street' 
terbitan Riza Aziz, anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor dipadamkan 
kerajaan Dubai, lapor portal Britain, Daily Mail.
Daily Mail melaporkan, selain aksi lucah, turut 
dipadamkan dalam filem tersebut ialah dialog mengandungi perkataan 
kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur 
Tengah.
Pengkritik filem menyatakan filem yang keterlaluan mengangkat citra 
'dadah, seks dan wang itu turut merakamkan lebih 500 kali penggunaan 
perkataan kurang sopan, yang diistilahkan sebagai 'f-bomb'.
Juma al-Leem, pengarah kandungan media National Media Center berkata, 
penapis filem di UAE termasuk Dubai lazimnya membuang babak atau 
penggunaan bahasa yang dianggap mencela, berbahaya kepada keselamatan 
negara selain adegan keterlaluan.
Laporan Daily Mail turut memetik komen penonton wanita di laman Facebook
 Reel Cinemas, pengendali dua pawagam di Dubai yang terpaksa keluar 
selepas 40 minit tayangan, kerana filem tersebut disifatkannya 
menjengkelkan dan 'tidak boleh ditonton'.
Filem 'The Wolf Of Wall Street' lakonan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.
menelan belanja USD100 juta (RM325 juta)Ketika hangat diperkatakan media
 barat, 'The Wolf Of Wall Street' menjadi lebih panas di Malaysia 
apabila spekulasi mengatakan filem terbitan Riza Aziz itu dibiayai 
ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz 
Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium 
mewah berharga RM 100 juta di New York. 
~kd 
 


No comments:
Post a Comment