Jakim jangan jadi boneka politik BN, kata Anwar
Anwar gesa Jakim tidak jadi boneka BN.
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) tidak seharusnya membenarkan diri mereka menjadi boneka untuk menjatuhkan musuh politik Barisan Nasional (BN).
Mengulas tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Anwar berkata, sekiranya kerajaan sudah cukup mempunyai bukti maka teruskan pendakwaan dan jangan hanya retorik semata-mata.
Menurut Anwar, Mohamad
yang mesra dengan penggilan Mat Sabu perlu diberi peluang untuk membela
dirinya diatas tuduhan menganut fahaman Syiah semata-mata kerana kagum
dengan Ayatollah Ruhullah Musawi al-Khomeini.
"Dalam perundangan Islam pun sudah termaktub yang menuduh harus kemukakan bukti kemudian barulah dituduh membela diri.
"Dalam perundangan Islam pun sudah termaktub yang menuduh harus kemukakan bukti kemudian barulah dituduh membela diri.
"Jadi biarlah beliau diberi ruang
dan peluang," kata Anwar kepada media selepas melancarkan buku "Spirit
of Merdeka" di Hotel Empire, Subang Jaya hari ini.
Susulan dari pendedahan 10 bukti Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mohamad terlibat dengan fahaman Syiah, Jakim pula tampil memberi kenyataan untuk menggesa pemimpin PAS itu mengemukakan bukti.
Susulan dari pendedahan 10 bukti Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mohamad terlibat dengan fahaman Syiah, Jakim pula tampil memberi kenyataan untuk menggesa pemimpin PAS itu mengemukakan bukti.
"Saya ingin bertanya kepada pegawai
Jakim adakah beliau mengikut arahan dari Naib Presiden Umno atau
berdasarkan undang-undang Islam?" soal Anwar merujuk kepada Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Kerana sebelum ini ada kes yang saya bawa di Mahkamah Syariah, Jakim tidak pernah menolong, Jakim perlu tetapkan pendirian dulu," katanya.
"Kerana sebelum ini ada kes yang saya bawa di Mahkamah Syariah, Jakim tidak pernah menolong, Jakim perlu tetapkan pendirian dulu," katanya.
Anwar turut
mengatakan beliau pernah melawat Imam Khomeini pada awal tahun 1980 di
atas kapasitinya selaku Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia.
"Saya
merupakan rombongan kedua ke Tehran selepas Revolusi di Iran untuk
bertemu dengan Khomeini.
"Adakah ini juga bermaksud saya turut
mengamalkan fahaman Syiah?
Saya pergi pada tahun 1980 kerana diundang
dan semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri tiada orang dakwa saya
pula?" soal beliau sambil menambah Mohamad sendiri tidak pernah berjumpa
dengan Imam Khomeini.
Anwar pada masa sama turut menggesa untuk tidak
terus menggunakan Syiah sebagai isu politik.
"Mereka kata sudah kumpul bukti maka kalau dah ada sudah sah buktinya terus saja dakwa kenapa perlu berdolak-dalih orang tertuduh pula kena kemukakan bukti sistem apa ini?" soal Anwar.
"Mereka kata sudah kumpul bukti maka kalau dah ada sudah sah buktinya terus saja dakwa kenapa perlu berdolak-dalih orang tertuduh pula kena kemukakan bukti sistem apa ini?" soal Anwar.
Tambahnya lagi kenyataan KDN yang mengatakan
mempunyai bukti "gred A" merupakan sesuaatu yang tidak berasas apabila
kerajaan sekali lagi gagal mengemukakan bukti kukuh.
"Ini yang saya tidak faham apa dia gred A, gred B ini? Kita tidak tahu dulu tidak ada, bulan lepas tidak dengar pula alih-alih ada gred A.
"Ini yang saya tidak faham apa dia gred A, gred B ini? Kita tidak tahu dulu tidak ada, bulan lepas tidak dengar pula alih-alih ada gred A.
"Kalau betul
kementerian mempunyai gred sedemikian, maka jelaskan kepada rakyat apa
itu gred yang dikatakan," katanya.Mohamad sebelum ini menafikan
sekeras-kerasnya berfahaman Syiah, tetapi tidak menolak beliau mengagumi
Imam Khomeini dan Setiausaha Agung Hezbollah, Sayyid Hassan Nasrallah. –
15 Disember, 2013. [TMI]
ulasan admin :
Sebaiknya jakim lebih fokus pada membanteras rumah lendir dimalaysia lebih bagus daripada bermain politik.
Lagi satu, kalau ada function kerajaan wasatiyyah umno berunsur maksiat, jakim perlu lebih berani bersuara.. jangan bersuara bila isu nya babitkan lawan politik umno sahaja!!! You understanding!!!

No comments:
Post a Comment