DUN Sungai Limau adalah DUN pertama di adakan PRK selepas PRU 13, dan di PRU 13 juga memperlihatkan kerajaan sebelumnya PAS gagal untuk mempertahankan Kerajaan Kedah. Walaupun pada PRU13 PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN ini tapi pada kali ini mungkin ianya dijadikan pertaruhan antara PAS dan BN ( UMNO ) sebagai musuh utamanya.
Bagi UMNO sudah pasti ianya dijadikan " petunjuk " apakah kepimpinan Mukhris sudah dapat di terima oleh rakyat Kedah, sebagai peneraju kerajaan Kedah atau rakyat di DUN ini masih mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau adalah hak mutlak PAS. Jawapan akan terjawab pada 4 Nov. nanti?
Kita ambil peluang dan lihat sendiri bagaimana pengundi Kedah khususnya DUN Sungai Limau memainkan peranan kali ini. Apakah " Ini kali lah..." mereka mengambil peluang untuk memastikan kekuatan BN dalam mentadbirkan Kedah atau sebaliknya. Bagi GM posting menentang arus itu memang tak popular. Tapi
jika posting membodek dan mengampu tetap digemar orang. Macai sangat
suka. Kali ini GM cuba menyelemani hati nurani pengundi di kawasan ini.
"
Pilihanraya kecil kerapkali dipengaruhi pertimbangan moral (moral
judgement) iaitu pengundi mula melihat beberapa aspek sampingan terutama
terhadap calon dan parti. Apa yg dikhendaki seseorang pengundi, suasana
semasa dan etika masyarakat setempat akan.menjsdi faktor.
Penentu.
Prk Sg Limau akan menjadi ujian besar pada PAS dan Dato Mukhriz. Kekalahan
PAS menunjukkan rakyat sudah mula menolak kerjasama PAS dgn DAP,
khususnya. Kemenangan BN pula akan membuktikan kewibawaan Mukhris dan
gelapnya masa depan PAS di Kedah, khususnya..."
Jika
rakyat Kedah, khususnya pengundi DUN Sg Limau merasa aman dan tenang
bawah Mukhris, maka segala unsur kempen yg menyerang akan menyebabkan
pengundi atas pagar akn berubah. Ingatlah ada kalangan pengundi Sg Limau
yg mengundi arwah Ustaz AZIZAN bukan mengundi kerana PAS. Sentimen
mncalonkan anak didik arwah itu tepat tetapi hendaklah bijak
mengatur.kempen selaras dgn moral judgement itu.
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita,
dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada
nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "
No comments:
Post a Comment