Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, November 3, 2013

SPRM, SPR - KINI AGEN UMNO

Kewibawaan agensi kerajaan SPRM dan SPR kini memang sudah tidak lagi menunjukkan mereka adalah agensi yang bebas, mereka sudah hilang pedoman dalam mengendali uruskan agensi di bawah jagaan mereka, mereka kini jelas memihak kepada UMNO dan kerajaan. Kredibiliti mereka memang sudah di curigaai, pegawai kedua-duanya sudah bertindak seperti anak suruhan kepada UMNO. Mereka ( pegawai ) juga sudah berhelah, seperti berhelahnya orang politik.

Apa yang berlaku di PRK Sungai Limau cukup memalukan.

PAS hari ini melahirkan kekesalan kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi "kayu mati" yang gagal menghalang rasuah pilihan raya yang berlaku secara berleluasa dalam PRK Sungai Limau.

Parti itu mendakwa pemberian dilakukan secara terang-terangan dalam bentuk pemberian wang ringgit dan barangan atas pelbagai nama.

"Ia dilakukan secara terbuka oleh pimpinan kerajaan, di samping penggunaan hampir seluruh jentera kerajaan, kecuali Jabatan Kaji Cuaca sahaja yang tidak kelihatan," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim mendakwa SPRM yang diharap menjadi agensi penguatkuasaan pencegahan rasuah serta pihak polis hanya menjadi pemerhati kosong di atas apa yang berlaku.

"Alasan bodoh yang sering kali didengar ialah ianya bukan diberi oleh calon atau wakil calon, maka ianya bukanlah rasuah," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Budaya berkenaan jelasnya diterima umum, menyebabkan penduduk yang terpinggir dan miskin akan bergantung kepada pilihan raya kecil untuk kawasan mereka diberi perhatian, paling tidak, pelbagai janji yang memenuhi impian mereka.

"Bilamana kekuasaan diperolehi melalui rasuah dan salahguna kuasa, bagaimana pemimpin tersebut akan tampil menentang rasuah," katanya.

"Kegagalan Malaysia untuk mengambil contoh pencegahan rasuah negara luar telah jadi bahan ketawa pemerhati asing," tambahnya lagi.

Di samping itu, Tuan Ibrahim turut mendakwa budaya salahguna jentera kerajaan untuk kempen BN akan berhenti jika rakyat ambil pendekatan tidak menyokong penyalahgunaan sebegini.

"Pengundi DUN Sungai Limau diharap dapat menghantar isyarat jelas menolak calon BN bagi menyatakan tentangan mereka kepada amalan rasuah," katanya.
– 3 November, 
2013.-tmi

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA